Sudah menjadi kebiasaan tiga bulan kebelakangan ini, Amie tidak mengambil gambar hasil air tangan sendiri. Petang ini agak terkial-kial juga untuk mengambil gambar....hiks! Setakat gambar togel saja tanpa sebarang prop set. Bolehlah kan...yang penting, dapat memulakan kembali kebiasaan yang sudah lama ditinggalkan! Oh! Hampir lupa nak kongsi cerita. Resepi laksa kali ini Amie perolehi dari Norhidayah Su, rakan kembara ke India baru-baru ini....
Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali setelah merehatkan diri agak lama dari dunia maya. Terkial-kial jugalah kita untuk memulakan bicara... hiks! Resepi ini sebenarnya agak lama tersimpan dalam folder. Waktu itu Fuad pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina dari Labuan. Dia teringin makan pecal, jadi Encik Suami suruh Amie buatkan. Bagaimanapun, Encik Suami membeli bahan untuk gado-gado pula! Maka, hasil kejadiannya sudah tentulah gado-gado yang...