Assalamualaikum kawan-kawan.... Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke dapur Amie yang tak seberapa ini. Petang ini mendung. Sunyi sepi. Fuad keluar main futsal. Encik Suami ambil Firdaus di kampung. Fairuz khabarnya baru sampai di Kuala Lumpur, ikut perkhemahan pengakap selama 9 hari di sana. Nak makan pun rasa kurang berselera, tapi dah siap masak. Petang ni nak kongsi resepi tapi bukan masakan...
Nak kata sibuk, ada juga masa untukk berehat. Nak kata terlupa... selalu juga teringat! Sewaktu pergi Labuan tempohari, sempat shopping di beberapa buah kedai buku. Terjumpa beberapa buah buku resepi kawan-kawan blogger masakan. Seronok tak terkira! Terus rembat mana yang ada dan belum kita miliki! Entah berapa buah kedai buku kita masuk. Sempat belek-belek dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke LD. Sempat...
Assalamualaikum... Apa khabar semua? Dah makan ke belum? Kalau belum marilah datang ke dapur kita. Hari ini kita kongsi resepi Kambing Masak Ungkep. Yang biasa makan kambing tu bolehlah cuba resepi ini. Yang tak makan kambing tu diam-diam saja ye.... jangan banyak songel sebab kita kena ikut akhlak mulia Nabi Muhammad S.A.W, diam-diam saja kalau tak gemar nak makan satu-satu hidangan yang disajikan...
Masak ikan lagi...hiks! Hari ini olah ikan masak cuka. Masakan ini cukup digemari Fuad. Dia pun pandai masak resepi ini kalau dah terpaksa! Maknanya kalau di nak makan, kita malas masak... dia pun berusaha sendiri untuk masak di dapur! Amie terlupa nama ikan yang Amie masak ni! Ada rupa ikan tenggiri tapi bukan ikan tenggiri. Saiznya kecil sedikit tetapi isinya penuh, dan warna...
Alhamdulillah... Fuad sudah mula bercuti untuk selama tiga minggu. Pukul 2.30 pagi Ahad sampai di rumah, dengan menaiki bas dari Kota Kinabalu setelah menyeberang laut dengan menaiki feri dari Labuan. Nampak agak kurus, dan tinggi. Kalau bercakap sambil berdiri, memang kita terpaksa mendongak nak tengok mukanya! Kami sangka kegemarannya masih seperti dulu, makan nasi lauk ayam. Kelmarin Amie masak kari ayam kegemarannya, tapi...
Berselera nak ke dapur...eh! Pulak dah! Apasal pula berselera nak ke dapur? Tiba-tiba teringin nak makan masakan kampung sebenarnya. Jadi, hari ini merajinkan diri mengeledah peti sejuk. Jumpa seekor ikan jenahak. Terjumpa pula satu balang tempoyak yang belum terusik! Ada belimbing buluh. Ada lebihan buah mangga separuh masak. Yang terlebih suka, sebab terjumpa sepaket ikan gelama kering! Mula-mula masak nasi. Nanti kalau nasi...
Akhirnya dapat juga bawa Firdaus ke Desa Diary Farm setelah percubaan kali pertama dan kedua gagal pada Mei lepas sebab terlalu ramai pengunjung! Kali pertama tak dapat masuk sebab terlalu sesak, dan terpaksa patah balik ke pangkal jalan ha ha haa.... Kali kedua, dapat masuk tapi tidak dapat letak kereta dengan hujan lebat dan keadaan yang tidak selesa kerana kabus tebal, menutup semua...
Sambung cerita yang hampir dilupakan... Petang 30 Oktober 2016, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang lancar sahaja. Kali ini kami menginap di Nabalu Kundasang. Tempat penginapan ini tidak menawarkan banyak bilik. Letaknya di tepi jalan, senang nak keluar masuk kalau nak ke mana-mana terutama waktu nak cari makan. Ada balkoni untuk duduk santai-santai ambil angin petang. Tempat letak kereta di sebelah hadapannya. Tapi...