Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 20) : Sekian & Jumpa Lagi!

9:59 PTG

Ini episod terakhir.
Episod  ke-20 catatan tentang ekspedisi mendaki gunung Kinabalu, yang meleret sehingga ke pulau, sampailah kami selamat sampai ke LD lewat pukul 3 pagi pada 19 Februari 2015. Kalau diimbas kembali memang tak cukup tangan Amie nak tulis... tapi secara ringkasnya, kami bertolak dari Kota Kinabalu pada sebelah petang, ada masalah tayar van dan kami berhenti seketika untuk menyelesaikan masalah tersebut di sebuah kedai.... kedai terakhir akan ditutup sebab esoknya sambutan Tahun Baru Cina akan bermula! 

Waktu itu... bateri kamera pun sudah lemah... habis khidmat untuk tuannya! Bateri telefon pun sama juga, bukan Amie seorang... kawan-kawan pun sama! Memandangkan Junizam tidak boleh memandu disebabkan kakinya yang masih sakit, kami bergantung sepenuhnya kepada James. Adeeeehhh.... bayangkan James, yang tidak pernah sedikit pun mengeluh, memandu van sebaik sahaja turun dari gunung, terus ke Kota Kinabalu. Kemudian akan memandu dari Kota Kinabalu ke LD... oh! Semua orang dapat rasakan betapa kuatnya semangat James! Kami berhenti di Kundasang, berhenti untuk menunaikan solat dan membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika itu, hari sudah malam. Dan... sepanjang perjalanan dari Kundasang kami sengaja membuat riuh rendah dengan pelbagai permainan bersahut-sahutan supaya James tidak mengantuk. Ramlee ... yang duduk di depan Amie sudah 'mematahkan lehernya' awal-awal lagi, dan entah suara kami mengganggu lenanya entah tidak, kami tak tahulah.... Tapi, tidak lama kemudian suara-suara jadi hilang lenyap! Dan Amie pun tak sedar... kami berhenti di hadapan restoran. James berehat, tidur sebentar dan kami masuk ke bilik air. Lepas tu sambung lagi perjalanan sampailah LD!

Seminggu kemudian pada 26 Februari, kami sepakat ingin mengadakan bacaan doa selamat, bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah Cikgu Munim.... yang kami sudah anggap sebagai seorang abang, salah seorang pentadbir yang sangat berwibawa, berpengalaman, kuat bekerja, tenang dan yang paling kami kagumi kerana beliau dikenali sebagai seorang yang sangat penyabar!

Amie cuba cari gambar-gambar arwah yang sempat Amie rakam, di antara berpuluh ribu gambar masakan yang tersimpan dalam folder. Gambar ini diambil sempena sambutan Aidil Fitri yang diadakan di sekolah pada tahun lepas.

Ini pula sewaktu Cikgu Munim menjadi salah seorang pengadil pertandingan masak-masak di sekolah. Ini bukan gaya pengadil lagi ni... Cikgu Munim memang benar-benar ingin menikmati keenakan menu soto!

Ini pula semasa sambutan hari guru peringkat sekolah.... teringat kata-kata beliau: Cikgu Salami kalau menyanyi Lagu Negaraku dalam perhimpunan kalah suara murid! He he heee... betul tu! Nampaknya Amie memang memiliki suara yang kuat! Bukan merdu.... hiks!

Gayanya... memang sentiasa begitu terutama ketika mesyuarat. Merenung, memikir dan paling akhir bersuara... tapi tiap patah perkataan yang diucapkan sentiasa penuh makna dan didengar oleh semua!

Beliau sentiasa melayani setiap karenah kami, mendengar dengan bersungguh-sungguh apa sahaja masalah yang kami timbulkan, dan kemudian cuba memberikan jalan penyelesaian. Pyan kata.... sekarang Cikgu Munim berehat.... berehat dengan aman, sebab kata Pyan... selama ini Pyan melihat Cikgu Munim penat bekerja... siang dan malam, tidak cukup tidur, dan tidak cukup rehat! Benar itu Pyan...memang benar! Sewaktu Amie menjadi 'jirannya' beliau sendiri mengatakan tidur pada pukul 3 pagi, dan bangun pukul 4.45 pagi untuk bergegas ke sekolah. Ya... Pyan banyak bercerita tentang ketekunan dan kegigihan beliau ketika bersama-sama bertungkus-lumus untuk menyelesaikan 2 tahun pengajian di peringkat sarjana. Oh! Hanya guru sahaja yang memahami tugas seorang guru... apalagi jika guru itu seorang penolong kanan di sekolah. Kebetulan pula setelah memiliki sarjana,  beliau sambung belajar lagi untuk memiliki Diploma Kepengetuaan, dan Alhamdulillah hajatnya sudah terlaksana. Cuma satu lagi... beberapa kali beliau suarakan kepada Amie... Salami, marilah sama-sama ambil Ph.D.... Oh! Cikgu Munim ambillah... saya tak laratlah cikgu... selesaikan masters dulu pun dah setengah mati! Cukuplah setakat ini dulu... nanti dah tua-tua lepas pencen baru saya ambil Ph.D ha ha haaa....!

Tahun depan saya akan pindah sekolah.
Saya sedang tunggu surat arahan pindah.
Tahun depan saya tidak ada lagi di sekolah ini.... itu kata-kata yang sering beliau ucapkan sewaktu bersama-sama menikmati sarapan di kantin, atau ketika duduk-duduk di bangku bersebelahan pintu bilik guru. Kemudian beliau tergelak perlahan.
Kami sahut...
Kami nak ikut cikgu.
Kalau cikgu jadi pengetua di sekolah lain, bawalah kami bersama.
Kalau cikgu jadi pengetua, janganlah jahat dengan kami...
Dan Cikgu Munim tetap senyum-senyum mendengar ocehan kami.
Rupa-rupanya... memang benarlah seperti apa yang diperkatakannya. Cikgu Munim memang berpindah... Cikgu Munim berpindah dari sekolah kami! Cikgu Munim berpindah dari alam nyata ke alam barzakh!  

Petang Khamis itu... 26 Februari 2015... rakan ekspedisi pertama yang tiba di rumah Amie... Kamsiah di bawah ini:

Bertungkus-lumus Kamsiah menggulung popia! banyak cantik aku kan? Main arah-arah saja ha ha haaa...

Lepas tu muncul Nano... hah! Apa dibuatnya tu? Jenuhlah Nano memotong sepanjang petang tu... nak buat acar! Tapi nasi belum dimasak lagi.... Bila kawan-kawan tanya, nak masak nasi apa kak? Amie jawab... tengoklah apa bahan yang ada... memang tak terfikir nak masak nasi apa! Ini kira sudah bagus... acar siap dulu, nasi kemudian fikir!

Akmi dan Misa pun sampai... Pyan pun ada. 

Ini dia Mimie... yang berjanji akan cuci piring lepas makan kah kaha kaaahhh...

Fauzan dengan ceritanya... apa ceritanya tu?Kalau tak silap Fauzan bercerita tentang kejadian api dapur menyambar tangan dan mukanya...  kan Fauzan?

Terima kasih Azman kerana sudi datang... jauh tau tempat tinggal  Azman, tapi demi semangat kumpulan yang kental, sanggup Azman meluangkan masa bersama kami.

Aturcaranya... solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yasin, dan tahlil....

Allahu Akbar!
Ya Allah... sesungguhnya dengan izin-Mu jua kami dapat melihat alam maya ini dengan penuh rasa ketakjuban... dari darat ke gunung terus meredah lautan... semoga apa yang kami saksikan akan menambah taqwa kami kepada-Mu yang Allah. Sesungguhnya kami teramatlah kerdil di tengah-tengah kebesaran-Mu! Syukur pada-Mu ya Allah kerana memberi peluang kepada kami melihat keindahan alam semesta, pergi dan kembali dengan selamatnya. 

Marilah menempuh kejayaan.....

Wah! Hidangan sudah tersedia...
Terlebih dahulu Amie ucapkan terima kasih berjuta-juta kerana rakan-rakan memberi sumbangan... walaupun sebenarnya Amie tidak mengharapkan, disebabkan memang Amie selalu adakan majlis bacaan Yasin di rumah bersama keluarga. Apa pun... Amie terima dengan rasa ikhlas sebab mereka memang ikhlas mengumpul dana untuk majlis pada malam tersebut. Jadinya... bila ditambah dengan hidangan yang Amie sediakan, banyaklah menu yang tersaji pada malam itu...

Antaranya... menu Ayam Masak Batu Hitam....

Bell pula sibuk menyiapkan minuman... Jus Oren Tropicana Batu Kuning! Ha haaaa...... sebenarnya kami sepakat menamakan setiap menu dengan nama-nama sempena peristiwa dan objek yang kami temui sepanjang ekspedisi... yang meninggalkan kesan manis dalam hidup kami! Cerita pasal batu kuning ini... memang kami tak boleh lupa menyeret kaki berkilo-kilo meter menuju ke Laban Rata mengikut laluan batu-batu bewarna kuning!

Darwisah dan Akmi sedang menyusun Popia Tangga Bersusun... sempena peristiwa menyusuri anak-anak tangga ketika pendakian, dan teringat betapa sakitnya lutut dan kaki ketika menuruni tangga bersusun menuju ke Pondok Timpohon dalam keadaan hujan!

Minta maaf kawan... Amie nak buat Mango Casablanca tapi hampir 5 hari berpusing mencari mangga di seluruh LD, sebiji pun tadak!.Amie gantikan dengan buah pic... jadi menu Pic Casablanca Laban Rata!

Wah! Nampak bertingkat-tingkat Popia Tangga Bersusun!

Inilah dia nasi yang dimasak... kami menamakannya Nasi XPDC!

 Alhamdulillah... rezeki kami pada malam itu....

Pandai ko lipat popia ye Kamsiah... pandai ko goreng popia ye Nano! 

 Mmmmm.... tak sabar nak makan!

 Ada lagi ni.... Sate Ayam Pulau Sapi.... laaaaa... dah sate ayam ada sapinya pulak. Hantam sajalah labu.... koran jugak yang namakan menu tu begitu kan...ahaks!

Ini acar yang Nano potong sepanjang petang... katanya ini Acar Timpohon. Wokeh... ada kenangan di Pondok Timpohon tuh!

Ayam Batu Hitam ni... dah tak nampak rupa sebab dah tertimbus dengan pelbagai aksesori termasuk bunga kantan, daun ketumbar, hirisan mangga dan juga sos ...

Ini Udang Kam Heong Balsam... ho hohoooo... teringat peristiwa sarapan pagi sebelum mendaki di Balsam Restaurant!

Fauzan pula ringan tulang sediakan puding.... terima kasih Fauzan. Malam itu kami ramai-ramia namakan puding ini sebagai Puding Kabus Kinabalu!

Jom kita makan... Bismillah...

Baca doa dulu ye kawan-kawan...

Ustaz Za Fauzan khusyuk membacakan doa.... Allahumma bariklana fima razaktana waqina azabannar... amin.

Makan Akmi... jangan segan, jangan malu....


Moga gembira menikmati hidangan yang disajikan....

Selamat menikmatinya....

Tambah ye James... jangan malu-malu bah...

Ko jumpa bebek mainan Firdaus pulak ye Bell... ha ha haaa

Selalunya Johnny tukang sponsor sate... kali ini berikan peluang Johnny makan sate puas-puas!

He he heee...memang pandai Akmi menempatkan dirinya!

Harap semuanya berpuas hati pada malam itu.

Seronok tengok kawan-kawan makan. Misa... nanti ko limpang-limpang lagi di dada Gunung Kinabalu tu yea... cantik gambarmu itu...

Apa agaknya aksi yang boleh kita fikirkan selain aksi Misa di atas tu ha....


Wokeh... Fauzan... selamat menjamu selera! Fauzan tanya resepi Nasi XPDC tu... alahai, dah tak ingat apa benda yang dicampak masuk dalamnya... kita buat resepi barulah Fauzan yea... haaa... satu lagi, bila kita nak buka kedai makan he he heee.

Ini adik bongsu kesayangan kami... yang kuat semangat, dari gunung sampai ke pulau... Tidur sendirian dalam van ketika ahli kumpulan bermain bowling... dan membuatkan kami tertoleh-toleh ke belakang melihat kesungguhannya berjalan walau kakinya dalam keadaan sakit!

Anwar kata dia habiskan 1/2 kilo udang... ha hahaaa... kalau ko suka, makan jak laaa... Terima kasih Anwar sebab sudi makan udang, dan tunjukkan kulit udang penuh satu pinggan! Nanti kita panggang-panggang udang di Semporna pulak ya Anwar.

Ijat... moga terus sihat, dan mendaki lagi untuk tahun-tahun berikutnya! banyak rupanya cerita budak ni... tiap kali terserempak semasa mendaki, ada saja kisahnya yang kami kongsi....

Jamasri @ James... terima kasih berjuta-juta sebab sanggup bawa kami dari LD ke KK dari KK ke LD dengan selamatnya. Moga Allah kurniakan ganjaran besar buatmu...

Azman... walaupun tidak lagi di bawah bumbung yang sama, tapi diharapkan selepas ini tetap bersama kami! Terima kasih sebab sporting!

Faiz... lepas turun gunung, kena jaga badan pulak dah... he he hehe selamat menjadi ayah! Moga dikurniakan cahayamata yang sihat walafiat... amin.

Terima kasih ... Johnny sudi hadir malam itu... Johnny merupakan pencetus idea mendaki gunung bersama Cikgu Munim....

Cynthia... orang terakhir sampai pada malam itu!
Sebenarnya ada dua orang lagi yang tidak dapat hadir iaitu Jill...terpaksa ke Kudat membawa pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum.

 dan juga Junizam, yang terlibat melatih pelajar untuk aktiviti sukan.

Dan Bell... apa pula yang Bell buat di tangga tu?

Amboi!! Comelnya.... Bell bawa aiskrim dan bekas contongnya sekali...

Bertambah cute adik bongsu kami ini dengan aiskrim coletnya!

Malam itu... terasa sungguh kelucuannya... masing-masing dapat asikrim colet yang disediakan oleh Bell! Ha haaa... bila dikenang kembali memang mahu ketawa saja....

O'oooo... majlis belum habis tau... ada orang sambut birthday malam tu!

Nano... dengan kek harijadinya!
Selamat ulang tahun Nano... moga bahagia selalu, ceria, panjang umur, dimurahkan rezeki dan bertambah ketaqwaaan kepada Allah!





Usia ke berapa Nano? Biarlah rahsia.... ha ha haaa... yang penting terus awet muda giteww...

 Ada yang melucukan kot... sampai tergelak besar kawan-kawan.

Apa agaknya lagu yang dinyanyikan kawan-kawan tu...

 Moga Nano rasa gembira pada malam itu... kita raikan ulang tahunnya bersama-sama!

Majlis pun selesai... kawan-kawan yang lain membantu membersihkan pinggan mangkuk, Cynthia pula habis satu rumah disapunya... sampai ke dapur! Apa pun terima kasih ye Cynthia dan kawan-kawan!

Kawan-kawan,
di samping kita bergembira... sebenarnya pada malam itu terlintas dalam ingatan tentang arwah abang kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.Pemergiannya pada 30 November 2014 masih lagi kita rasai... dan ketika kita menjamu selera, di tempat yang sama beliau pernah ada di situ....

Ya... ketika itu hari raya, beliau berkunjung ke rumah... dan dinding kayu di belakangnya belum dicat seperti dinding yang kawan-kawan belakangkan pada malam itu! Jadi... sebenarnya beliau tetap bersama kita.... Semoga doa ikhlas untuknya akan Allah sampaikan padanya.

Sesiapa yang pernah bekerja bersamanya akan mengatakan betapa beruntungnya mempunyai seorang penolong kanan yang begitu penyabar, tenang dan banyak membantu menyelesaikan segala masalah. Dan sudah semestinya pemergiannya memberi kesan mendalam kepada kami yang ditinggalkan...
Darwisah... sudah tentu akan mengenang beliau selama-lamanya sebagai seorang insan yang berhati mulia, sehingga beberapa kali Amie terdengar Darwisah menyuarakan.... orang yang baik cepatnya dipanggil Tuhan!

Dan Kamsiah... membawa semangat Cikgu Munim sehingga berjaya menawan  puncak Gunung Kinabalu... Kamsiahlah guru wanita pertama yang menyahut cabaran beliau!

Amie minta maaf... 
Kawan-kawan ekspedisi... sebenarnya masing-masing ada kenangan bersama beliau, tapi sayangnya kita tidak sempat kongsikan bersama.
Anwar dan Mimie yang pada mulanya sangat sedih dengan berita mengejut pemergian Cikgu Munim, akhirnya bertekad menguatkan semangat meneruskan hasrat dan cita-cita Cikgu Munim.

Tahukah kalian... kita telah melalui jejak-jejak yang pernah Cikgu Munim lalui suatu ketika dulu... dan kita telah menyudahkan hasratnya itu...

Walaupun Amie berpatah balik turun ke Laban Rata... tapi sekurang-kurangnya  sampai juga ke sini suatu masa dahulu! Teringat kata Cikgu Munim... daki saja, sampai tak sampai itu belakang kira!

 Apa pun semuanya hanya tinggal kenangan.....

Hanya tinggal kenangan... setelah kutinggalkan dunia pentadbiran yang penuh cabaran, Cikgu Munim pula meninggalkan kami buat selama-lamanya!

 Sekadar berkongsi gambar kenangan bersama arwah...

Dia sudah tiada lagi... jauh... jauh... jauh..... selama-lamanya!

Seorang Sahabat (Jatt Black Dog Bone)
Telah hilang takkan pulang
seorang sahabat setia
yang menjadi pembimbingku
semasa hayatnya masih ada

Belum sempat ia melihat
kugenggam cita dan harapan
yang disemai agar aku
berjaya menempuh hidup

Datang pula khabar pilu
membuat aku tersedu
ia pergi lebih dulu
menyahut panggilan Ilahi

Tidak dapat kumembalas
segala jasa dan budinya
hanya doa tulus ikhlas

2 comments

  1. Assalamualaikum.

    Semoga roh Cikgu Munim tenang di sana.

    Seronok dapat berkumpul bersama-sama. :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam,
    mudah-mudahan... amin, arwah dikenang sebagai seorang yang berhati mulia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe