Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas Tapi Sodaaaapppp!

9:07 PTG

Ketika petang menghampiri senja, Fairuz beberapa kali tanya: Malam ini kita makan apa? Mummy masak apa? 
Agaknya tak senang hatinya melihat Amie baring-baring saja depan televisyen.
Amie pun tak tahu nak jawab apa, sebaliknya bertanya pula kepada Encik Suami: Nak makan apa? Encik Suami terus jawab: Kita makan mee hoon goreng sajalah.
Amie sahut : Mana-manalah, ikut suka. 

Jadi...  memang ikut sukalah nak masak apa, dan nak makan apa malam ini. Mana-manalah ikut suka....

Bila tengok bungkusan mee hoon, rasa malas pulak nak mengolahnya. Ada sebungkus kuey teow, seikat daun bawang, dan taugeh.... eloklah goreng saja! Keluarkan daging ayam, fish cake dan juga sosej. Okeylah kaaannn..... jom kita main masak-masak! Ingat ye Amie.... Firdaus tu pun nak ikut makan apa yang isi keluarga makan, jadi jangan masak pedas!

Bahan-bahan:
600 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan daging ayam
2 keping fish cake - hiris nipis
4 batang sosej - potong bulat
1 cawan taugeh
1 cawan daun bawang yang dipotong sepanjang 3cm
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan daging ayam dan tumis hingga masak.
3. Seterusnya masukkan fish cake dan sosej. Gaul sebati.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos dan kicap manis.
5. Masukkan kuey teow bersama taugeh.
6. Tambahkan perasa dengan menaburkan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang.
7. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


                                                                Bismillah....

28 comments

  1. saya peminat k.teow...mlm2 mcm ni lapo plak

    BalasPadam
  2. Layan kueteow mlm2 ni..panas2 lak tu mmg syok!

    BalasPadam
  3. dapat sepinggan sedap ne kak amie,zila baru lpas mkn nasi dengan rendang ayam..firdaus dah besar kan..snng boleh join sama.

    BalasPadam
  4. tengah bertugas malam ni,perut jadi lapar tiba2 tengok kuey teow goreng Amie ni,favourite kita pula tu!

    BalasPadam
  5. Makan panas2 memang menyelerakan..

    BalasPadam
  6. sedang lapar ni Mie adoiii sabo jelah

    BalasPadam
  7. Kalau ada cili jeruk huhu. Terangkat!

    BalasPadam
  8. Wah sedap...slm kenal dari cheq da

    BalasPadam
  9. Mama Sara Nur,
    kami hantu kuey teow ha hahaahha!

    lala Yusof,
    saya kalau lapar dah memalam... selalu order kuey teow di warung hihihii.

    Atie,
    syok oohhh.... lagi pedas lagi syok!

    BalasPadam
  10. Zila,
    kenyang tu makan sepinggan Zila, Firdaus memang nak makan apa yang kita makan!

    Suzana,
    kuey teow memang pilihan ramai kan Suzana.

    Zanita,
    ada pulak teh atau kopi panas secawan ye... jadik!

    BalasPadam
  11. Kak Noor,
    jemput Kak Noor...kih kihhhh.

    Bearcat,
    betul tu... sayangnya kalau buat cili jeruk hayatnya tak panjang... cepat abisss!

    Cheq da,
    terima kasih... salam kenal juga.

    BalasPadam
  12. memang takyah letak garam langsung ke?
    sbb ingt nk letak,,takut masin pulak.. :)

    BalasPadam
  13. Sedap ni...mmg feveret ni..senang pulak tu..

    BalasPadam
  14. Resepi ini indah sekali. Sungguh menyelerakan!

    BalasPadam
  15. Resepi ini indah sekali. Sungguh menyelerakan!

    BalasPadam
  16. Adik baru belajar nak masak kui tiau ni alhamdulillah jumpa resipi kakak ni.umur dah 15 tahun baru nak belajar masak.huhu malunya saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Takpa. Peserdiaan dik. Akak dah kawen baru nak blaja masak. Nasib ada resepi mudah ni. :)

      Padam
  17. Ermm..sedap ni makan panas2..pastu goreng jenis kuew teow halus tu....Allah terliur nih..

    Jemput ke blog saya:)
    http://mamafreshpicks.wordpress.com

    BalasPadam
  18. Dah cuba. Mudah dan lazat. ��
    Jom makan. Bismillah. ������

    BalasPadam
  19. Br nk try ni harap menjadi amin

    BalasPadam
  20. Pagi esok nak goreng kuew tiau je sahur. Mudah dan sedap 😊

    BalasPadam
  21. Baru je lepas try...ok menjadi..terima kasih

    BalasPadam
  22. Baru je lepas try...ok menjadi..terima kasih

    BalasPadam
  23. Fatin Farzana,
    pada kakak kicap dan sos tiram tu dah ada rasa masin, cukup rasa. Nak bubuh garam sikit pun tak pe, boleh jew.

    Halimatun,
    takpe, pelan2 belajar masak, lama-lama ok.

    Kepada yang sudi mencuba, terima kasih banyak!

    BalasPadam
  24. saya dah cuba. terbaik resepi akak. terima kasih

    BalasPadam
  25. Saya dah cuba, tq memang sedap izin save tqvm

    BalasPadam

Subscribe