Kek Lapis Cempedak.... Sedap Giler!!!!

8:04 PTG

Inilah satu-satunya kek lapis yang paling banyak pernah Amie makan setakat ini!


Kami makan sehingga ke potongan yang terakhir dalam tempoh 5 hari! Tentu anda boleh bayangkan betapa enak dan lazatnya Kek Lapis Cempedak! Abaikan segala ketidakemasan rupa parasnya, sebab apa yang penting Amie ingin menikmati kelazatannya selain aroma puri cempedak yang sungguh menyelerakan! Maklumlah... asyik siapkan tempahan kek lapis untuk pelanggan, sesekali teringin juga buat untuk keluarga. Jadi Amie cuba gunakan cempedak pula. Bagaimana pun kenalah ringankan sikit tulang empat kerat untuk sediakan puri cempedaknya dulu.



Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang resepi Kek Lapis Cempedak yang tidak lain dan tidak bukan daripada BROTHER ROZZAN! Minta izin untuk Amie panjangkan resepinya di sini buat rujukan akan datang dan juga untuk teman-teman yang berminat.

Resepi : Kek Lapis Cempedak
Sumber : BROTHER ROZZAN

Bahan A :
500g mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen cempedak - (optional)
1 sudu teh esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas dengan high speed)

Bahan B :
20 kuning telur
5 putih telur
270 gm gula kastor (halus)
1 sudu besar ovallete

120 gm tepung Hong Kong/ Top
20 gm tepung susu
150 gm puree cempedak*

*Bahan Untuk Puree :
600 gm  isi cempedak (dibuang biji)
220 gm gula kastor/halus
220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Dikacau selalu agar tidak hangit)
 
Cara :
1. Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dengan high speed sehingga kembang dan pekat.
2. Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.
3.Seterusnya, bubuh tepung Hong Kon dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu dikacau rata.
4. Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.
5. Sediakan loyang kek berukuran 10” x 7” atau 8” x 8”. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
6. Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180 darjah Celsius.
7. Untuk lapisan pertama, bakarlah dengan menggunakan api atas dan bawah sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus membakar sehingga kekuningan.
8. Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar hingga cempedak betul-betul kering. 
9. Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.
10.Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kepada 130-140'C  dan buka semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.  

NOTA :
Untuk menambah rasa lebih lemak kepada kek, anda bolehlah sapukan mentega cair di permukaan setiap lapisan kek yang plain (tanpa cempedak).
Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek... 
 


Nak jemput makan sepotong pun dah tak boleh sebab dah habis licin. Kalau teringin cubalah buat sendiri ye... resepi sudah dikongsikan di atas. Ringan-ringankan sikit tulang-temulang tu kalau ingin menikmati keenakan Kek Lapis Cempedak ini... ahaks!

14 comments

  1. OMG..20 kuning telur... hmmm
    .macam ini kalo buat tak boleh bagi tau hubby quantity kutel nya..nanti hubby takut makan nya.. makasih kak share recipe nya..simpan bookmarked dulu..kapan2 mau buat.. ;)

    BalasPadam
  2. Ermmm rajin sungguh Amie melapis.. Biler lah D5 nk jd rajin gini kan hehehhe :)..

    BalasPadam
  3. Pasti nya sedappp kan...ada cempedak..wangi satu umh..terbaik..:-)

    BalasPadam
  4. aduh..dah keluar kek lapis cempedak pulak..rajin tul la kak amie ni melapis...kemas betul...
    Mana model kek lapis kak amie..rindu la kat dak tecik yg bam-bam tuh

    BalasPadam
  5. Wangi smpi smnnjung baunya kak....:-)

    BalasPadam
  6. aduhhh amie.. sedap gilerr takper... tapi jangan sampai gila bila mkn kek lapis cempedak ni sudahla ye.... hehehe... terliur dah bila dok bayangkan keharuman kek lapis cempedak ni... dahla cempedak tu my feberet juga..

    BalasPadam
  7. tabik spring atas kerajinan akak melapis! mantap betol..
    tun terbau2 keharuman kek nih..

    BalasPadam
  8. Daku tak tahannnn...akakkkkk pos barang seketoi dua kak..mieza nak rasa...bila nampak akak tulis cempedak terus air liur saya ni meleleh kak..seakan dapat saya hidu keharumannya huhuhuu

    BalasPadam
  9. alamak sedapnya....nampaknya kena cari cempedak la ni ye. ada beli aritu dah abis goreng. family semua suka cempedak.

    BalasPadam
  10. menariknya kek lapis tu kak..em, teringin mau mencuba..Nampak sedap..

    BalasPadam
  11. Salam. Saya gembira anda berjaya menghasilkan Kek Lapis Cempedak ini. Syabas!

    BalasPadam
  12. Salam Amie,

    Thanks for the recipe. Nak try

    BalasPadam
  13. Salam amie, saya dah try resepi ni raya tadi sesekali makan memang sedapkan,,tq amie di atas perkongsian resepi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe