ADSENSE

Selasa, 14 November 2017

Pecak Jantung Pisang

Resipi Pecak Jantung Pisang ini pernah tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Februari 2017 DI SINI. Bonda yang kongsikan resipi ini ketika Amie berbual-bual melalui telefon dengannya pada suatu petang lama dulu.
Untuk paparan resepi pada hari ini, Amie kongsikan resipi kegemaran Bonda dan kami sekeluarga (di Malaya).

Salah satu bahan wajib dalam penyediaan resipi pecak ini sudah semestinya isi dan daun cekur @ kencur! Tanpa herba tersebut, memang tidak akan timbul aroma 'pecak' yang sememangnya turut mengundang selera untuk menikmatinya!

Selain itu, bahan yang perlu diambil kira selain kencur ialah cili padi berwarna hijau! Santannya pula hendaklah diperah menggunakan air masak, tidak terlalu pekat dan tidak cair! Aromanya tambah semerbak dengan campuran bawang putih dan bawang merah bakar!

Jom kita lihat resepinya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang
2 cawan santan pekat - gunakan air masak sewaktu memerah santan
3 helai daun kencur - hiris halus
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk:
20 tangkai cili padi hijau
4 biji isi kencur
2 ulas bawang putih - bakar
5 biji bawang merah - bakar

Cara memasak:
1. Kupas kulit jantung pisang sehingga kelihatan warnanya yang putih kuning. Belah empat dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan airnya.
2. Dalam sebuah bekas, campurkan santan pekat bersama bahan tumbuk, garam, gula atau perasa pilihan, jus limau kasturi dan hirisan daun kencur.
3. Letakkan jantung pisang di atas pinggan, dan kemudian siramkan kuah pecak di atasnya.

Air tangan sendiri memang tidak dapat menyamai kelazatan air tangan ibu, akan tetapi dengan hasil air tangan sendiri inilah akan wujudnya resipi warisan untuk anak cucu dan generasi akan datang. Selamat mencuba!

6 ulasan:

Phong Hong berkata...

Tentu membuka selera masakan ini, Amie! PH tak pernah rasa jantung pisang. Susah nak jumpa melainkan ke pasar.

Rohah berkata...

Assalam kakaakk..


Waduh duhh ..jantung pisang dup dap ye..

Kemecerr dah ni kak Amy😄

notie berkata...

wah lama tak makan masakan ni...kencur memang wajib kalau tak ...tak naik baunya... oh jantung pisang di mana ko...

Amie berkata...

PH,
memang sedap kalau kena gaya masakannya, he he heee.

Rohah,
waalaikumussalam.... gawey yo. mmg enak kok!

Notie,
memang aroma kencur mampu membangkitkan selera makan.

hainom OKje berkata...

Mak pernah buat mcm ni tp guna ikan pari tuka tu.
Sendiri mmg tak pernah buat tp kalau org hidang habislah haha...
Anak anak tak biasa dgn lauk gini sure tak makan punya

Amie berkata...

Hainom,
banyak bahan boleh digunakan termasuk ikan pari bakar, ikan bakar, terung bakar dll.