ADSENSE

Ahad, 22 Mei 2016

Udang Galah Masak Asam Pedas

Nak habiskan stok udang galah.....
Bukannya selalu boleh dapat bekalan. Sekali beli, bolehlah masak-masak untuk tiga empat kali. Simpan lama-lama nanti hilang kesegarannya pula.
Kali ini kita masak asam pedas pulak. Kita pilih aroma serai dengan daun limau purut, tak bubuh daun kesum atau bunga kantan.

 Bahan-bahan:
8 ekor udang galah saiz besar - bersihkan
600 ml air
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 biji tomato - belah 2
5 helai daun limau purut
2 batang serai - dititik
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 cm halia 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. 2. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
2. Tambahkan air dan biar mendidih  selama 10 minit atau lebih.
3. Kemudian masukkan udang galah. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak ikan salmon di antara 5 hingga 7 minit dan kemudian masukkan tomato serta daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.


Asam Pedas Udang Galah dah siap!


3 ulasan:

Zulfa Zainal berkata...

First time tengok org masak asam pedas udang galah....ble cuba ni....udang galah ada skit lagi tu

Cik Wan berkata...

mengancam sungguh nampak udang galah tu..susah nak cari udang galah besar kat sini.

Acik Erna berkata...

Boleh masak asam pedas udang galah Amie..tak pernah acik buat ..sedap ye Amie