ADSENSE

Ahad, 15 Disember 2013

Terung Goreng Berlada .... resepi simple dimple tapi sodap!

Sesekali menikmati hidangan ringkas seperti Terung Goreng Berlada memang membangkitkan selera! Penyediaannya cukup ringkas tapi hasilnya naik 2 jempol ke atas!


Untuk hasil yang tidak mengecewakan sila pilih jenis terung yang sedap.... bagi Amie terung yang sedap sudah tentulah terung Taiwan seperti gambar di bawah ini. Selain isinya yang putih dan lembut, rasanya lebih manis berbanding terung lain.


Bahan yang digunakan pun tak banyak, cuma terung, lada merah, bawang putih & bawang merah, bawang besar (jika suka), serta udang kering. Tak mahu guna udang kering, boleh gantikan dengan ikan bilis.


Amie gunakan udang kering jenis tak masin macam gambar di atas. 



Ohhh! Jangan lupa sedikit pati asam jowo yeaaa...



Resepi : Terung Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah

Cara:
1. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.


Ratah-ratah pun sodap!




5 ulasan:

MulutPayau berkata...

Simple tapi sedap....terliur tengok...
Nak kena buat jugak ni....
Thnks kak amie, berkongsi resepi yg simple dimple ni..pssttt, saya mmng suka resepi yg simple..hihihi..

lena berkata...

pagi2 nampak nasi lemak tadi and this terung goreng berlada already make me hungry!

rozlihaya berkata...

sedappnyaaaa..lapaqqq

rozlihaya berkata...

sedappnyaaaa..lapaqqq

rozlihaya berkata...

sedapnyaaaa...