ADSENSE

Isnin, 16 Disember 2013

Ikan Susu @ Milkfish Panggang

Ikan susu memang sedap! Rasanya ala-ala ikan terubuk. Apalagi kalau dapat saiz besar! Tulang-tulangnya yang halus memang tidak ada! Kalau dapat saiz yang agak kecil memang kena buat kerjalah sambil makan.... sebab nak pisahkan tulang halus dari isinya!


Hidangan paling menyelerakan sudah tentulah dengan memanggangnya! Sedap sangat kalau dipanggang basah.... masukkan dalam aluminium foil! Dan apalagi kalau ikan saiz besar sudah tentulah Amie pilih bahagian perutnya yang berlemak!


Hohooo.... inilah bahagian yang paling Amie suka... oppps! Bukan Amie saja yang suka, yang suka makan ikan susu memang suka perutnya...... berlemak.... lemak yang tidak ada pada ikan lain (rasa Amie laaaaa). Itu pasal kalau mengolah ikan susu ini untuk panggang ke, untuk asam rebus atau singgang, Amie biarkan saja bahagian perut yang berwarna hitam yang melapisi @ melindungi lelemaknya itu. Ohhh... ya! Rasa ikan susu panggang ini bertambahlah lazatnya jika dilumur dengan kunyit hidup & lada putih tumbuk, bukan lada putih serbuk yeaaa...


Resepi : Ikan Susu @ Milkfish Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu @ milkfish seberat 1kg - Ami potong bahagian kepalanya
1 sudu teh garam
aluminium foil

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih

Cara:
1. Lumurkan ikan susu dengan kesemua bahan tumbuk dan garam.
2. Bungkus dengan aluminium foil.
3. Panggang di dalam oven selama 15-20 minit.
4. Keluarkan dan hidangkan bersama pencicah pilihan anda.


7 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam Amie..ikan kalau banyak tulang memnag sedap kan Amie..lemak je..tapi tu la..kena rajin buang tulang

Acik Erna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Acik Erna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

belum ada rezeki nak rasa ikan susu... kalau amie kata rasa pst terubuk tu mmg boleh bygkan kesedapannya tu...

Cik Wan berkata...

Nampak sangat sedap dan menyihatkan, tapi Wan tak pernah makan ikan ni. Lenkali boleh cuba.

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Sedap nampak ikan susu panggang tu, klu yang geng dengan ikan terubuk mmg jadi kegemaran famili kat sini juga, mmg menyelerakan. Kalau pekena dengan nasi panas2, buleh pi 2, 3 pinggan tu Amie, kik kik kik

pssst : alhamdulillah, cuaca kt Penang nampak ok, cuma sesekali hujan rintik2. Rasa simpati bila melihatkan cuaca di Pahang, semuga mereka yg terlibat tabah menghadapinya.

fazianbatrisyia berkata...

selalu jugak nampak ikan ni, tp lom penah rasa kesedapannya. kalau kak amie kata sedap...mesti kena cuba ni...