Rabu, 19 Jun 2013

Kari Asam Pedas Ikan Sembilang

Ikan Sembilang sedap dimasak apa? Orang kata goreng pun sodap! Apalagi kalau goreng berlada. Kalau begitu Amie goreng dululah ikan ini dan kemudian bolehlah masak apa yang disukai.


Akhirnya terhidanglah Kari Asam  Pedas Ikan Sembilang untuk lauk tengahari ini. Kuahnya pekat berlinang-linang menerbitkan minyak!


Resepi : Kari Asam Pedas Ikan Sembilang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ikan sembilang - bersihkan dan potong ikut suka
2 sudu makan serbuk rempah kari ikan
2 biji tomato - belah 4
2 biji cili hijau - potong 2
1 batang serai - dititik
2 pelepah daun kari - lurutkan
5 helai daun limau purut
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit ait
2 cawan air
1 sudu teh halba
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili kering
5 biji cili padi
sedikit belacan
1cm halia
2cm kunyit hidup

Cara:
1. Lumurkan ikan sembilang dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari, daun kari, halba serai dan bancuhan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan gunakan api perlahan.
6. Setelah ikan masak dan kuah kelihatan mula memekat, masukkan tomato dan cili hijau serta daun limau purut. Biarkan seketika sehingga daun limau puurut berubah warna.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


Siaplah hidangan Kari Asam Pedas Ikan Sembilang yang kuahnya berlinang-linang!

10 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie..
tengok pun dah terliur.. sedap nampak.. nani kalau ikan semilang je.. sure buat kari... nani ni jenis tak makan ikan keli.. kalau teringin ikan keli.. nani beli semilang lah.. :) ehehehe

cik cek berkata...

Sedapnya amie....kalau ada telur asin pas tu mkn lak ngan kicap...uih! mau bepinggan makan..:)

Yatie berkata...

takleh nak cakap apa daaaaa..cuma SEDAP..SEDAP....SEDAPNYAAAA...he3..

sudipVSsenduk berkata...

kari + asam pedas...MELETOP!

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, ohh mcm ni rupanya kari asam pedas, bestnya kalo guna ikan keli ok tak msk kari asam pedas ni. Kita suka ikan semilang, tapi susah pulak nak jumpa ikan ni

rahel berkata...

wallawwey...menambat selera ku...hancur diet...

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie
dtg nak jamu mata dg ayam bakar sekor tu....tengok dah terhidang pula kari asam pedas ikan....kedua2 nya nampak sedap....bertambah2 makan...
re; pjg senarai komen Amie..tkasih. masak2 dibantu juga oleh maid.kalau sorang2 pengsan...hi..hi.
nasi Arab itu ada resepi di blog.
boleh tengok di sini; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html
dan sini ; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/nasi-arab-hadramaut.html

faa.rosli berkata...

makkkkkk!!!!laparnya tengok ni kak!!!

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam amie..klu kat umah atie..ikan sembilang ni goreng garing2/buat sambal..kesukaan anak2!!

tun_telani berkata...

salam kak amie.. xpenah makan la ikan sembilang.. rupa dia sama ngan ikan keli kan? ehh.. tp ikan haruan pun sama ngan ikan keli gak.. tun selalu konpius ngan spesis2 ikan nih.