ADSENSE

Jumaat, 14 Jun 2013

Dalca Daging Che Jah : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PENANG MONTH)

Assalamualaikum.
Masih terasa-rasa betapa enaknya menikmati  KARI KEPALA IKAN CHE JAH beberapa hari lepas.  Hari ini Amie cuba lagi resepi istimewa  yang diberikan Puan Che Jah Bakar yang Amie perolehi ketika balik kampung dua minggu lepas. Sebelum ini Amie pernah mencuba resepi DALCA DAGING KAMBING, resepi daripada Mamak Haji. Walaupun nama resepinya sama iaitu dalca, tetapi ada kelainan dalam cara penyediaan dan pengolahannya.  Inilah yang tambahkan memeriahkan lagi dunia masakan di negara kita. Ada macam-macam versi dan sudah tentu terdapat kelainan pada hasil masakannya!


Antara lain, menurut Puan Che Jah, Amie boleh gunakan minyak sapi, marjerin atau mentega untuk menumis bahan rempah yang ditumbuk halus. Setiap resepi berasaskan kari yang Puan Che Jah kongsikan, sebaik-baiknya gunakan terung bulat tetapi susah sangat Amie nak jumpa terung bulat di Lahad Datu. Jadi Amie terpaksa gunakan terung panjang. Daging dan tulang hendaklah direbus bersama serbuk kari terlebih dahulu sehingga lembut, dan kemudian masukkan kacang dhal yang telah direbus,  kentang serta terung dan masak lagi hingga kentang empuk. Akhir sekali, barulah tumis bahan rempah yang ditumbuk halus serta daun kari dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi daging tadi. Dan satu lagi, kata Puan Che Jah... masukkan sehelai daun pandan di dalam periuk dalca tadi! Amacam? Rasanya baru kali pertama ini Amie temui resepi dalca yang menggunakan daun pandan sebagai sentuhan aromanya yang terakhir!


Amie dengan Puan Cheh Jah Bakar.



Nampaknya kuah kari yang Amie hasilkan kelihatan begitu pekat disebabkan terlebih masa memasak ketika Amie masukkan kacang dhal. Kacang dhal yang telah sedia empuk direbus akhirnya menjadi hancur bersama kuah! Kalau nak cantik, biarlah jangan sampai hancur ketika memasak  kacang dhal tersebut! Puan Che Jah hanya menyenaraikan terung bulat dan kentang sahaja sebagai sayur campuran dalca, tetapi Amie tambah kacang panjang dan juga tomato.


Resepi : Dalca Daging Che Jah
Sumber : Puan Che Jah Bakar

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1/2 kg tulang
2 biji terung bulat - belah 4
3 biji kentang - belah 4
4 sudu makan serbuk rempah kari daging
1 cawan kacang dhal 
200 ml santan
2 pelepah daun kari - lurutkan
sehelai dun pandan
minyak sapi / marjerin / mentega
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar:
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
3 biji bawang putih 
3 biji bawang merah atau  1 biji bawang besar

Cara:
1. Rebus daging dan tulang bersama rempah kari sehingga lembut.
2. Sementara menunggu daging lembut, rendam kacang dhal selama 1 jam dan rebus hingga empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan kacang dhal, kentang dan terung.
4. Masukkan santan setelah kentang empuk.
5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak sapi / marjerin / mentega.
6. Tumis semua bahan tumbuk sehingga kering dan kemudian masukkan daun kari.
7. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk daging.
8. Gaul sebati, masukkan daun pandan dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Amie tambahkan beberapa batang kacang panjang dan tomato dalam masakan ini.


Terima kasih daun keladi gajah ye Puan Che Jah. Seronok dapat kongsi resepi dari tempat tanah kelahiran Puan Che Jah di Pulau Pinang. Memang ada kelainan dalam olahan resepi dalca ini dan sudh tentu rasanya sedikit berbeza dengan masakan dalca Amie sebelum ini. Semoga paparan ini dapat dikongsi bersama para pengunjung dan peminat dunia masakan tanahair kita.

" I am submitting this post to Malaysia Food Fest , Penang Month hosted by Alan of Travellingfoodies"







10 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum..
kalau kenduri belah utara nun.. memang wajib ada dalca.. lepas tu ikan kering goreng.. perghhh.. meletopppp

tun_telani berkata...

mmg betul kata kak jass tu.. kalau mkn dalca ni ngan ikan kering goreng mmg terbaik.. tambah pulak ngan sambal belacan. fuhh.. tak hingat dunia makan.

ummiross berkata...

Aduyai, pagi-pagi sudah bikin terliur, nak kena 'kidnap' semangkuk dalca Amie ni, hehe..

ady berkata...

salam
suka2 dalca yg pekat2 mcm tu..

Ann Ishak berkata...

wah ini penang mari, saya pernah jugak buat kari ni tapi tak cukup kaw macam penang punya kari. rasepi ni saya nak cuba lagi, terima kasih kak :)

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Nampak sedap, yum yum..

Mel berkata...

assalam kak amie..kalau masakan yang berguru ni gerenti sedap..Baru makan daging semalam, simpan dulu resepi dalca ni..kang nak makan, tak yah susah2 cari resepi, dah jumpa dah kat sini..hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

dalca salah satu menu feberet en. suami..MaDiHaA pun suka sbb ada byk sayuran dlm tu.. malah kdg2 bila dia teringin dia suruh buat kuah dhal yg biasa mamak hidang dengan roti canai tu.. kdg2.. dia sendiri yg msk.. hehe..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedap nampak dalca pekat2 mcm tu, saya ni tak pernah msk sdalca, sbbnya tak pernah beli kacang dall,

LiNa_Pg berkata...

assalam kak amie,
ni rcp pure mamak gn kcg dall,sy msk dalca hntam saja haha.Janji cmpk sayur dlm kari tu.
Pekat kuah dalca kak amie ni,mkn ngan roti pun sodap