ADSENSE

Selasa, 25 Disember 2012

Strawberry Chiffon Cake

Assalamualaikum.
Jom minum petang dengan Starwberry Chiffon Cake. Amie hanya buat setengah adunan dari resepi asal sebab kehabisan telur! Hari ini cuti Hari Krismas, jadi semua kedai tak kira kedai bangsa apa dan agama apa semua ikut cuti! Hasilnya, kek chiffon Amie nampak rendah saja! Tak apalah.... yang penting boleh disajikan untuk juadah petang yang mendung ini. Untuk warna yang lebih terang Amie tambahkan beberapa titik pewarna merah jambu.



Untuk mendapatkan kek chiffon yang gebu dan mulus bolehlah klik DI SINI. Jika anda gunakan sukatan seperti di bawah ini hasil kek anda akan menggebu naik dua kali ganda dari yang Amie hasilkan ini.

Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
100 gram yogurt
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A atau AA gunakan 4 biji sahaja)
100 gram minyak (jagung / canola / zaitun dll)
1 sudu teh strawberry emalco
1/2 sudu teh garam
Amie tambah beberapa titik pewarna merah jambu

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar

Bahan C:
gula icing & buah starwberry untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Untuk Bahan A, pukul telur kuning bersama yogurt, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Putar Bahan A pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak  sebati.
3. Gunakan bekas lain untuk memutar Bahan B iaitu putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya  dan terus gaul hingga sekata.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
10. Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.


Selamat bercuti dan beristirahat bersama keluarga tersayang!

13 ulasan:

hazila berkata...

Nasib baik rumah saya dekat dgn pasaraya besar so bila bila boleh beli barang dapur. Yg takde cuma duit je. Hehehe.... Selamat bercuti.

Nora Shahaira berkata...

Memasak itu satu terapi yang membahagiakan..jeles tengok akak..

selamat bercuti kak..lama tak jenguk blog akak..nak tour jap lg

Shiela berkata...

naklaa jugakkk.. jom kita exchange.. cake Macadamia kita pun ada lg tingkat tu.. hehee..

Rohah berkata...

kita nak buat juga kek chiffon, request suami, kek ni je yg dia suka sangat,dah sminggu juga permintaannya belum terqabul..hehe
kek ni sedap dicemol je kan kak, betul tak?..sbbnya lembut je..

Sury Abil berkata...

salam kak...sedapp..ni..sambil makan..minum santai with family..best kan..kite pun berkira nk men cipon jgak hari ni..x jd pulak.esok2 je lah..hee

Suzana Ibrahim berkata...

Nanti kita pun nak buat jugak..tungguuuu!nampak begitu menyelerakan.

Tihara berkata...

saya suka kek mcm ni lembut..bestt :)

Amie berkata...

Hazila,
di sini semua kedai tutup... he he heh nak beli telur pun tak dapat, adalah 3 biji di peti sejuk jadilah untuk sedikit adunan cifon.

Nora,
betul Nora, bila dah melangkah ke dapur, hilang segala masalah lain...

Sheila,
ni yang best ni Sheila... kita pun dok terliur tengok cake macadamia dia yang sungguh menggoda tu!

Amie berkata...

Rohah,
memang sedap Rohah, kejap je habis kena cemol ha ha ha hahh tapi itulah... kalau nak makan memang kena sedia air kot tiba2 kesereten di tekak!

Sury,
kejap je habis kek ni Sury...

Suzana,
buat jangan tak buat he he heh

Tihara,
betul Tihara... kalau kakak buat tak sempat sejuk!

ummiross berkata...

Amie...ummi singgah dapur Amie, ambil kek sepotong, yum, yum..sedapnya!!

Amie berkata...

Ummiross,
silakan... dengan senang hati.

faa.rosli berkata...

waahhhh sedapnya kek akak...faa tak pernah lagi buat kek chiffon..hehehe..kene try ni..

Gee® berkata...

waaa... nmpk menyelerakan kek cipon tu... nak!