ADSENSE

Khamis, 9 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 20 : Nasi Sardin, Popia & Jus Oren

Assalamualaikum.


Petang tadi teragak-agak, nak masak ke tidak. Nak masak ke tak payah. Tidur dulu lepaskan lelah. Lepas solat Asar, terus masuk dapur sediakan jus oren untuk minuman berbuka puasa nanti. Ingatkan Amie nak sambung rehat tapi, gatal juga hati dan tangan kakinya untuk berperang dengan periuk kuali. Akhirnya Amie sediakan hidangan ringkas iaitu masak Nasi Sardin. Sebelum ini Amie pernah membuatnya DI SINI. Dan di bawah ini pula gambar Nasi Sardin yang Amie hasilkan untuk kali pertama. Gambar di atas itu gambar hari ini, nampak semua tak menarik sebab kelam-kabut mengambil gambar, tambahan pula hari sudah senja dan tiba waktu untuk berbuka.


Resepi : Nasi Sardin
Sumber : Buku Resepi Aneka Hidangan Nasi (Sa'adiah Mohamad)

Bahan-bahan:
2 pot beras - dibersihkan
air secukupnya
1 tin ikan sardin - Amie gunakan tin yang besar
5 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam
minyak
sedikit badam & bawang goreng - Amie tidak bubuh


Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin.
3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
4. Apabila nasi hampir masak, lubangkan di bahagian tengah nasi dan masukkan ikan sardin. Tutupkan semula lubang tadi dan biarkan nasi masak hingga kering- Amie tidak buat lubang dan tidak masukkan ikan sardin.
5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan badam.

Oleh kerana Amie tidak masukkan ikan sardin ke dalam nasi, Amie masak ikan sardin secara berasingan. Untuk menggantikan sebahagian besar sos ikan sardin yang telah dicampur ke dalam Nasi Sardin, Amie tambahkan tomato puri, sos cili dan juga sos tiram ke dalam ikan sardin ini.



Yang di bawah ini, Bendi Tumis Udang kering, lauk tambahan.


Popia lagi! Baru dua hari lepas Amie buat popia, hari ini hidangkan popia lagi. Sebenarnya ada kisah di sebalik popia yang Amie buat petang tadi. Dua hari lepas, pada hari Rabu, iftar ke 18, salah satu menu berbuka puasa kami memang popia goreng yang Amie buat sendiri. Setelah mengalas perut seadanya,( dan Amie lihat ada lebih kurang 10 batang popia di dalam piring), kami menunaikan solat Maghrib. Setelah selesai solat Maghrib, Amie terdengar Encik Suami meninggikan suara dengan bujang tengah. Rupanya bujang tengah tidak mahu ikut solat terawih, dengan alasan ingin mengulangkaji kerana keesokan harinya ada ujian di sekolah. Dipendekkan cerita, Encik Suami mendapat mesej mengatakan bujang tengah tiba-tiba demam panas! Encik Suami memendekkan solat terawih kepada 8 rakaat dan bergegas pulang. Kami sangat terkejut kerana bujang tengah menggigil-gigil di bawah selimut sambil mengerang tapi badannya panas membahang! Malam itu juga Encik Suami kejarkan bujang tengah ke bahagian kecemasan di hospital. Dalam tempoh tidak sampai 2 jam selepas berbuka puasa (dalam keadaan sihat walafiat sebelum itu), suhu bujang tengah mencecah 40 darjah! Amie memang cukup cemas, sebab sebelum ini bujang tengah pernah ditahan selama 3 hari di wad kerana demam panas.


Doktor menasihatinya supaya jangan memakai baju, dan badannya memang masih terasa panas, serta tidak mampu untuk bergerak. Ketika kami bersahur, si sulung menghulurkan kepada Amie satu bungkusan. Apa isinya? Beberapa batang popia goreng! Rupanya si bujang tengah sembunyikan lebihan popia goreng yang Amie lihat di atas meja pada petang berbuka puasa. Patutlah, bila Amie ke dapur, habis licin tak tinggal satu pun! Sayangnya, bujang tengah tidak ada selera untuk menjamah sebarang makanan! Keesokan harinya, bujang tengah terpaksa bercuti sekolah, dan Amie memohon kepada Penolong Kanan Petang supaya membenarkannya mengambil ujian pada hari yang lain.
Hati seorang ibu memang mudah tersentuh walaupun hanya perkara kecil dan seremeh popia! Amie membayangkan, si bujang tengah akan menikmati popia yang disembunyikannya, tetapi akhirnya terpaksa diberikan kepada abang dan adiknya kerana demam panas yang tiba-tiba menyerangnya. Hari ini, Amie sediakan lagi popia, biarlah bujang tengah makan sepuas-puasnya. Dan ketika kami berbuka puasa petang tadi, Amie sempat mengusik:

- Kenapa sembunyikan popia malam tu dik?
+ Popia tu sedap! Takut tak dapat makan banyak.
- Malam tu adik sempat makan popia (yang disembunyikan)?
+Tak. Tak ada selera.

Kami ketawa mengenangkan peristiwa tersebut. Memang tidak begitu melucukan, dan tidak pula mencuit perasaan. Namun, jauh di sudut hati Amie.... masih terbayang keinginan si bujang tengah untuk menikmati popia yang disembunyikan tetapi tidak kesampaian kerana demam panas yang tiba-tiba menyerangnya!


Selamat berbuka puasa.

16 ulasan:

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Nasi sardin, sangat special ! Oh, I suka sangat bendi masak dengan sambal.

EmbunRosaliza berkata...

assalam amie, oh istemewanya nasi sardin, mesti sedap mkn ngan bendi, saya pun suka bendi.

sian bujang tengah tiba2 demam, air dlm badan kurang tu agaknya cepat naik panasnya

aeinio berkata...

nasi sardin anak yg kecik tu mesti sukerr.. nnt nak try..

ummiross berkata...

Alahai tersentuh pulak ummi baca pasal si bujang tengah tu, siap sorok popia lagi. Moga sibujang tengah Amie dah sihat walafiat sekarang..

Asmara berkata...

untungnya org dlm rumah kak Amie ni. mkanan semua menyelerakan walau simple. :D

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie,
Perrrhhhh Alhamdulilah sedapnya Amie berbuka dgn nasi sardin hari ni...tak pelawa Kak Lin pun...hik3 gurau jer...

MulutPayau berkata...

sian si bujang tengah...harap2 dah sembuh. Lepas ni boleh makan puas2 popia tu ya....

Zaliedana berkata...

assalam kak amie,sdp sgt agaknyer popia air tangan mummy diorang,sbb tuh si bujang tgh smp sorok popia tuh,klo ank2 n suami suka mskan kita,mmg kita lagi semangat nk msk kan kak..Wah teruk juga demam ank akk yer smp 40 suhu nya..Dah sihat ke dia kak..hope cpt2 ler sembuh ya..

Mas Sani berkata...

Kalo demam pns yg tinggi mmg doc x kasi pakai baju...kena mandi mcm biasa n bilik pun kena dlm keadaan suhu yg sejuk je kali bahang suhu bdn xkn turun....jiran mas ada bg petua....sedikit kapur sirih dibancuh dgn air, selawatkn n lumurkn satu bdn mcm pakai bedak sejuk, insyaallah panasnye akan hilang...sofar mas x pernah try lg la...mudah2an ank akk segera sembuh...

Wahhh akk memang rajin....kita dh makin mls...msk nan ado janji sahur janji buka hihihi terliur nengokkn bende grg tu...sedap!

Nens Collection berkata...

kalo kak ami sambung rehat, jwbnyer xdelah menu iftar 20..hehe..esok hari mggu baru ler nens masak2..hehe..leh buat menu tuk hari mggu ni..hehe..;)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kasihan abg tengah tak sempat mkn popia yg disorok... mujur mamanya rajin menggodek.. hehe.. seronok ya ada byk masa petang2 dpt masak juadah berbuka yg sedap2 utk keluarga.. tahun ni madiha berbuka ala kadar aje...

QasehnyaRania berkata...

salam kenal dna folow sini juga =)
1st time tengok nasi sardin mesti bestkan...

jom singgah sini
lobaksusue.blogspot.com

Amie berkata...

Sonia,
memang special nasi sardin tu.

Rosa,
waalaikumussalam... ini sajalah idea untuk buka puasanya Rosa,
memang betul tu.... dia kurang minum air kosong!

Aeinio,
silakan... sedap tau!

Amie berkata...

Ummiross,
agaknya dia memang rasa tak sedap badan sejak sian... tu pasal cari alasan tak mahu solat terawih, rupanya memang nak demam..kesiankan Ummi, sekarang dah sihat dah.

Asmara,
alhamdulillah As... masih ada kesempatan untuk masak-masak.

Kak Lin,
waalaikumussalam... jemput Kak Lin, jemput jangan malu-malu ye...he he he eh

Amie berkata...

MP,
alhamdulillah... dah sembuh, dah makan popia lagi, katanya apa tau.... ini mama sayalah, popia mama memang sedap!

Zaliedana,
waalaikumussalam...
memang kami sekeluarga hantu popia... buatnya tak cukup tangan, makannya kejap je licin he he heh...
memang memeranjatkan kami, tiba2 40 darjah!

Amie berkata...

Mas Sani,
terima kasih atas petua tu hye... alhamdulillah, anak dah kembali sembuh, memang sepanjang malam tak pakai baju, tidur dalam air-cond, minum air badak lagi, bagi lagi air kundur.
Kalau ikutkan hati memang malas nak masak Mas, tapi... bila kenang anak-anak suka masakan ibunya, gagahkan juga ke dapur.

Nens,
sampai masanya kalau dah tak larat... berehatlah gamaknya he he he ehh

Madiha,
memang kesian kan Madiha... tercuit hati sebab benda yang dia suka makan akhirnya tak lalu nak makan!

Qasehnya Rania,
terima kasih sudi singgah.