Serunding Udang

7:25 PTG

Entah mengapa... tiba-tiba teringin makan nasi lauk serunding! Teringat serunding bonda yang enak. Bonda selalu pesan, kalau buat serunding perap dulu segala bahan serunding yang telah digaul selama beberapa jam, dan kemudian barulah dimasak setelah semuanya mesra. Memang Amie pun ingin buat ikut cara bonda, tapi kekangan masa membuatkan Amie ingin segera menyiapkannya. Petang tadi, Amie sempat menyediakan serunding udang kering tapi Amie tambah udang basah. Tujuan Amie, supaya anak-anak dapat merasai sama resepi nendanya. Sekurang-kurangnya jika sudah bercampur dengan udang basah, sedikit sebanyak serundingnya pun ikut masuk dalam hidangan anak-anak. Amie pun tidaklah memerap begitu lama, cukuplah sekadar 15 minit sahaja. Amie tidak lupa masukkan asam jawa serta sedikit rempah-rempahan mengikut apa yang bonda selalu buat. Maklumlah, bonda memang pakar membuat serunding semasa kenduri-kendara di kampung, dan sebenarnya serunding memang satu kemestian dalam hidangan nasi ambeng! Bagaimanapun, bonda tidak pernah campurkan udang basah dalam serundingnya. Amie yang menderhaka ke atas resepi bonda!


Resepi : Serunding Udang
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut
20 ekor udang kertas 
garam / gula / perasa pilihan - lebihkan sukatan gula
minyak
serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa

Bahan kisar:
7 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 batang serai
2cm halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih - tak bubuh pun tidak mengapa (kata bonda)
1/2 cawan udang kering - tumbuk kasar

Cara:
1. Gaul kelapa parut bersama garam, gula, serbuk kunyit, asam jawa dan semua bahan kisar. Tuangkan sedikit minyak dan gaul sebati. Perap selama 15 minit (sebaik-baiknya lebih 2 jam).
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan perap. Kacau selalu supaya tidak berkerak di lantai kuali.
3. Masukkan udang basah dan gaul rata sehingga serunding mula mengering - Amie suka serunding yang lembab sikit.
4. Pastikan udang basah masak, barulah matikan api. Jika suka serunding yang kering, boleh teruskan masak dengan api perlahan.


Kalau ada Serunding Udang begini, agaknya sedap makan dengan apa... selain nasi?

16 comments

  1. kak amie cyg
    silau mata tgok udang tue posing..melampau2 menggoda jiwa raga..he hheee..tinggalkan cikit..nk jamah..:P

    BalasPadam
  2. Zila 4ever,
    boleh... tinggallah banyak pun boleh, boleh ratah2 gitu aje...

    BalasPadam
  3. Kat Lahad Datu mesti udang murah-murah kan senang je dapat if g beli kat pasar. Nampak sedap tul serunding udang ni :)

    BalasPadam
  4. Assalam kak Amie,saya tak pernah buat lagi serunding udang ni.nampak menarik dan sedap tgk udang akak yg dok berposing tu..memang menyelerakan.:)

    BalasPadam
  5. Aduhai meleleh pulak air liur ni Amie,rasa nak terbang ke Lahad datu, hehe..

    BalasPadam
  6. Singgah sambil menjamu mata....

    BalasPadam
  7. makan ngn roti keping okey x??..sedapppnyeeerrrr...;)

    BalasPadam
  8. tentu sedapkan...tapi sayangnya saya tak makan udang...huhuhu...tengok jerlah....

    BalasPadam
  9. Wah..makan dengan nasi panas2 tentu enak banget..ambo lapar..

    BalasPadam
  10. Wah sedapnya nampak udang Amie ni. Kalau boleh seluk tangan capai udang tu, alangkah bagusnya...

    BalasPadam
  11. Di kalangan orang Jawa di Perak, Ayah perhatikan, serundingnya menggunakan cukup banyak parutan kelapa. Selalu digunakan daging lembu. Ada juga yang menyerunding kerang rebus.

    BalasPadam
  12. rajinnya kak buat serunding....saya kalau ada udang...buat goreng je...hahhaha

    BalasPadam
  13. Salam Amie Cayang,
    Waaaaa..... first time nampak serunding udang basah, nampak sungguh menggiurkan....kalaulah kekanda duduk dekat.....huhuhu....

    BalasPadam
  14. assalam
    rajin k. Amie ni
    ingatkan tadi cam serunding biasa daging tu rupanya udang serunding kelapa, udang nya besar memanglah sedap kak he he tgk pun menyelerakan

    BalasPadam
  15. kak Amie.. mau..suka makan udang.. ijin ambil recipe nya yah, tunggu ada udang besar mau buat juga.. slurrp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe