Nasi Goreng Ayam

1:04 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang sudi bertandang. Untuk yang berstatus ibu, Amie ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu. Teruskanlah tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga tersayang dengan penuh rasa ikhlas dan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya, setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah, insya-Allah akan mendapat ganjaran dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Jom kita lihat apa hidangan Amie pada hari ini. Amie sediakan hidangan Nasi Goreng Ayam untuk kami sekeluarga, dan hidangan ini bukanlah hidangan tengahari tetapi menu sarapan pagi.


Sebenarnya malam tadi kami sekeluarga berada di kampung membantu majlis tahlil dan kenduri. Sempat jugalah menyambut hari ibu bersama ipar duai dan biras walaupun sekadar ucapan ringkas di antara satu sama lain. Sebelum pulang, masing-masing dibekalkan dengan hasil masakan bersama. Istimewanya kerana bungkusan yang kami bawa pulang berisi set lengkap nasi ayam. Memandangkan hari sudah larut malam, jadi Amie simpan kesemua bahan tersebut dalam peti sejuk dan terfikir pula untuk digoreng keesokan pagi sebagai menu sarapan. Untuk resepi Nasi Ayam, bolehlah klik DI SINI dan di bawah ini Amie salinkan kembali resepi yang pernah Amie buat sebelum ini.

Resepi : Nasi Ayam
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan:
3 mangkuk beras basmathi - cuci dan toskan
3 mangkuk air rebusan ayam
4 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - siat 2 dan simpulkan
2 sudu pati ayam Maggie

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis semua bahan hirisan bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
3. Masukkan air rebusan ayam dan pati ayam Maggie. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15- 20 minit atau sehingga nasi masak.
6. Hidangkan bersama ayam goreng, sup ayam, sos hitam dan cili.

Ayam Goreng

Bahan:
3 bahagian peha ayam - keluarkan tulang
1 sudu gula
1 sudu sos tiram
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu kicap pekat
1 sudu pati ayam Maggie
minyak bijan
minyak

Cara:
1. Perap ayam dengan kesemua bahan di atas sekurang-kurangnya 15 minit.
2. Goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan.
4. Potong dan hidangkan.




Nasi Goreng Ayam memang sedap! Kita boleh olah mengikut citarasa sendiri dan sekiranya menggemari rasa pedas, bolehlah tambah cili semasa menggorengnya. Memandangkan Nasi Ayam memang telah sedia mempunyai rasanya yang tersendiri, kita boleh bubuh sedikit perasa atau garam jika suka. Amie juga renjiskan minyak bijan sebagai sentuhan terakhir dalam sajian!

Resepi : Nasi Goreng Ayam
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan Nasi Ayam
1 sudu cili kisar - pilihan jika ingin pedas
3 biji bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk pati ayam / garam / perasa pilihan
minyak
minyak bijan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar serta cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan Nasi Ayam dan gaul rata.
3. Masukkan kicap pekat dan gaul sebati.
4. Tambah serbuk pati ayam atau garam atau perasa pilihan.
5. Gaul lagi dan akhir sekali renjiskan sedikit minyak bijan.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama Ayam Goreng, hirisan timun dan tomato serta sup - Amie sediakan Sup Jagung.



Selamat menjamu selera!

16 comments

  1. Wah sedapnya panas-panas...berwap-wap...sampai ke sini...selamat hari ibu amie

    BalasPadam
  2. selamat hari ibu amie
    nasi & ayam tu pass sini sikit ye

    BalasPadam
  3. selamat hari ibu amie..sedapnya..enu srapn amie

    BalasPadam
  4. kalau dulu2 suka sgt order nasi goreng ayam,lepas habis terasa kenyang sgt....

    BalasPadam
  5. wah kak..teliur benor cikwan tengok nasi goreng ayam tuh...kecur2... :)

    selamat hari ibu kak ;)

    BalasPadam
  6. Ame jom tukar dgn nasi carrot akak boleh jugak rasa yg Amie punya ni mesti sedap tu tengok sambal..

    BalasPadam
  7. Salam dan selamat hari ibu Amie.
    Sedapnya nasi goreng ayam tu.

    BalasPadam
  8. jalan2 cari makan..,cari nasi ayam Amie..sedpa sekali, hik!
    Selamat hari ibu dear Amie..

    BalasPadam
  9. alahai kak amie...bila tengok nasi goreng ayam tu..dah berdangdut perut saya ni....

    BalasPadam
  10. selamat hari ibu kak Amie, memang nampak sedap sgt nasi goreng ayam akak ni...tgk ayam tu pun dah terliur..:)

    BalasPadam
  11. salam amie.
    Semalam bundo makan nasi ayam di kedai. Kecewa sungguh sebab nasi ayamnya bukan seperti yang tekak ni nak.
    sedap nampak nasi goreng ayam amie tu.

    BalasPadam
  12. salam kak, extra ngencess terpandang ayam kat sebelah nasi tu..

    BalasPadam
  13. MMG GOJES LA NASIK AYAM K.AMIE..HEHE..TERLIUR SAYA..
    MAKAN TIME PERUT LAPOR NI..MMG NIKMAT...;)

    BalasPadam
  14. Memang sedapla nampak nasi ayam tu..tergoda gue..jemput makan skali..hikhikhik..

    BalasPadam
  15. Dulu dulu masa bujang cukup suka order nasi goreng ayam bila keluar makan.

    BalasPadam
  16. ini feberet haziq! makan diluar kalau order menu goreng2an.. mesti nasi goreng ayam yg diordernya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe