Mei 2012: Sambutan Hari Ibu & Hari Guru

11:18 PTG

Nampaknya bulan Mei penuh dengan pelbagai hari sambutan istimewa. Dimulakan dengan Hari Pekerja pada 1 Mei sehinggalah kepada beberapa hari sambutan istimewa yang lain seperti Hari Jururawat pada 12 Mei, Hari Ibu pada 13 Mei, Hari Belia dan baru-baru ini Hari Guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Amie bersama rakan-rakan sejawat baru sahaja pulang dari menghadiri majlis makan malam sempena hari guru. Istimewanya, makan malam kami ditanggung sepenuhnya oleh pengetua kami, Madame Wong Vui Hang. Terima kasih Madame, semoga tahun hadapan ada lagi majlis seumpama ini. Majlis ini berjalan lancar dan meriah kerana kami tidak ditetapkan dengan pelbagai syarat dan protokol. Kami hadir dengan berpakaian bebas tetapi sopan.



Madame Wong sedang memotong kek sempena 1 tahun beliau berkhidmat di sekolah kami. Tengok tu... lilinnya sebatang saja! 


Oleh kerana banyak sangat pilihan hidangan, Amie pun tidak tahu mana satu hendak ditayangkan di sini.  Oh! Sebenarnya kami makan di My Inn Hotel di Bandar Sri Perdana, kira-kira 6km dari Bandar Lahad Datu. Sebenarnya, hotel ini terletak berhadapan dengan Taman Aman Jaya, kawasan perumahan kami. Setiap kali Amie berdiri di tingkap pada waktu malam, objek pertama yang Amie pandang tentulah hotel ini kerana bangunannya hanya dihalang oleh jalan raya dari tempat tinggal kami. Hidangan yang Amie nikmati sepuas-puasnya termasuklah Mermite Lamb, Assam Prawn, Rainbow Salad Chicken dan juga Sichuan Topshells. Gambar di atas itu sebenarnya menyindir diri sendiri supaya mengambil ulam-ulaman & salad untuk kesihatan. Tapi, hidangan berlemak juga yang disenduk!



Antara dessert yang disediakan.



Sempat juga Amie menikmati Spaghetti Bolognese, yang dimasak sendiri oleh bekas pelajar SPM Amie yang kini sedang menjalani latihan amali di hotel tersebut. Selain itu, Amie juga mencuba Spaghetti Carbonara juga hasil air tangannya, tetapi tak dapat rakamkan hidangan itu di sini kerana gambarnya tidak berkualiti.


Ini dia bekas pelajar Amie, April Dealona Perete yang sedang menjalani praktikal selama 6 bulan di sini. Katanya, jadual kerjanya sangat sibuk dan meletihkan! Amie pun lihat tubuhnya semakin susut berbanding dahulu.


Pada masa yang sama, salah seorang rakan sejawat kami menyambut hari ulang tahunnya! Rakan sejawat ini sebenarnya bekas pelajar SPM Amie! Mengajar di sekolah yang sama dengan Amie! Selamat Ulang Tahun Darwisah! Jaga diri baik-baik, awak tengah berdarah manis. Bulan depan naik jinjang pelamin.... dengan siap? Jodohnya juga dengan bekas pelajar SPM Amie di sekolah yang sama!


Tamatlah sudah kisah makan malam di Hotel My Inn, sebuah hotel yang baru dibuka lebih enam bulan yang lalu. Terlanjur cerita tentang sambutan hari istimewa, Amie ambil kesempatan untuk berkongsi sambutan hari ibu yang ditaja sepenuhnya oleh kakak ipar Amie. Amie pun tidak pasti berapa puluh orang yang hadir pada malam tersebut (13 Mei 2012), kerana asyik menikmati hidangan seafood di Sakura Seafood Restaurant. Ia merupakan restoran terbuka, dan pada malam itu memang penuh sesak dengan pengunjung! Harga per kepala hanya RM25 tetapi memang hidangan yang disediakan lebih dari harga yang dibayar! Terdapat berpuluh-puluh jenis hidangan, dan tidak terhad kepada makanan laut, tetapi juga merangkumi segala jenis roti, ayam, daging, nasi goreng, kuey teow dan entah apa lagi! Seperti biasa, Amie pilih seafood kegemaran.... udang!


Tak tahu berapa ekor udang masuk ke perut, termasuk ketam, siput kahanga, dan lain-lain!


Lamb pun ada..... dipotong nipis dan kecil, cepat masak, senang dikunyah! Sedapnya.... 


Blueberry Cheese Cake sempena Hari Ibu. Kak ipar kami juga yang taja. Kami datang bawa mulut & perut saja!



Rupanya, Sakura Seafood Restaurant juga menyediakan kek hari ibu untuk kami! Jadi malam itu, kami ada 2 kek! Malam tersebut hujan selebat-lebatnya, tetapi keasyikan menikmati steamboat & BBQ menyebabkan kami tidak menyedari bilakan masanya hujan berhenti! Apa pun terima kasih diucapkan untuk kakak ipar kami, semoga rezekinya sentiasa murah! Dan mudah-mudahan ikatan kekeluargaan di antara kami akan terus erat!



Dua orang kakak ipar kesayangan Amie!

12 comments

  1. wahhhhhhh...sedapnya dapat makan2 x hengat donia gitu kan kak amie... :)

    BalasPadam
  2. Saya Suka sgt entry makan2 mcm ni hihi, sedapnya kak amie, selamat hari guru kak

    BalasPadam
  3. emmm..jeles gue tengok...best hidangan tu..banyak sayur2an yg menyihatkan...

    BalasPadam
  4. bestnya kak..mcm2 hidagan kan..:)

    BalasPadam
  5. wahhhhh bestnya kak amie...macam2 ada..kenyang perut suka hati ya...

    BalasPadam
  6. bestnya K.Amie dpt mkn mcm2..free lg hihii :-)

    BalasPadam
  7. semalam dah jenguk..berkali2 nak tgalkan ulasan..tp tak boleh...
    hari ni ada gak jalan lain..
    bahagia rasanya bila di rai2 begitu kan..lebih bahagia gembira disamping keluarga dan rakan2 tersayang..

    BalasPadam
  8. assalam
    wah menu2 yg lazat tu Kak AMIE he he
    may ni memang penuh dgn kek kan

    BalasPadam
  9. Selamat hari guru kak amie..semoga sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa! MMMuahhh!

    BalasPadam
  10. assalam kak amie...selamat hari guru... selamat hari ibu...

    rumah kak amie area taman aman jaya ke...hohoh... dulu nani ada kawan yang tinggal di situ tapi dia dah balik pindah semenanjung. dah takde kawan di LD dah..

    BalasPadam
  11. Olala!!,bestnya hidangan, lgi best dapat kakak ipar yang baik2 dan pemurah.
    Seronok kan Amie, tengok anak2 murid dah besar,kira dah dapat menantulah Amie ye..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe