ADSENSE

Selasa, 29 Mei 2012

Mee Goreng Meriah

Jom makan Mee Goreng Meriah. Apanya yang meriah? Saja suka-suka untuk meriahkan sarapan pagi Amie bersama anak-anak. Biasanya sebelum keluar ke tempat kerja, Encik Suami beli saja sarapan pagi utuk kami, tapi Amie tidak mahu perkara sebegini berterusan. Walaupun menyenangkan Amie di rumah, tetapi lama kelamaan rasa malas menyediakan sarapan pagi akan berterusan. He he heh... tunjuk rajinlah hari ini! Tak tahulah pula esok....



Resepi : Mee Goreng Meriah
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket mee udang - celur hingga lembut, bilas dan toskan
3 biji bawang putih - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
2 biji cili merah - hiris
3 tangkai sayur sawi - potong ikut citarasa - asingkan batang dengan daun
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk kasar
3 sudu kicap pekat manis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
kepingan ayam rebus
kepingan cendawan shiitake rebus / celur
telur goreng mata kerbau
limau kasturi
daun bawang
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan gaul sebati.
3. Masukkan batang sawi dan hirisan cili merah biarkan seketika.
4. Masukkan mee udang,  daun sawi, sos kicap, sos cili dan sos tomato. Gaul rata dan jika terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan ayam.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama hirisan daging ayam rebus, hirisan cendawan shiitake celur, telur mata kerbau, sup ayam dan juga sambal serta hirisan limau kasturi.



Bagi Amie, yang menghidupkan Mee Goreng Meriah ini sudah tentulah sambalnya! Mudah sahaja cara penyediaannya seperti di bawah ini:

Sambal Mee Goreng Meriah
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 biji bawang putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu  gula - ikut citarasa
5 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Satukan cili padi, bawang putih dan garam ke dalam lesung. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan gula dan tumbuk hingga sebati.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Sedia untuk dihidangkan.




Hidangan sarapan kami ini merangkap makan tengahari sebab dengan adanya lauk-pauknya itu sudah masuk kategori makanan berat! Alhamdulillah... rezeki Allah.

10 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie.Apa kabar?lama xsinggah disini.Wah!mmg meriah pg ni atie nampak...mcm2 'hiasan' kat mee goreng tu..pasti kenyang sampai tghari :D

kasihredha berkata...

meriahnya amie
jadi lapar..sungguh lapar

❤farahin izzati❤ berkata...

memang meriah, sedapnyee, rasenya kat batu pahat xdew jual mcm ni, hehe

Bicara Kak Noor berkata...

sangat meriah Mie macam2 ada lah macam astro lah pulak ni order satu mee meriah ni Mie heee

Amie berkata...

Azatie,
khabar baik sayang... memang lama rasanya tak sembang dengan Atie, ni mee goreng ni panjang umurnya sampai ke petang pulak...he he ehh

Kasih,
memang meriah... kenyang!

Farahin Izzati,
memanglah tak de dik sebab buat sendiri he he heh

Kak Noor,
ha ha hahh macam2 ada ye kak Noor.. suka2

Melly Octaviana berkata...

Wuih..Kak amie, koq ngga panggil melly makan mie goreng meriah nya, memang kalo pake sambal pasti nya makin meriah dan sedap yah kak..slurrp

Ucu Faridah berkata...

lagi nak meriah...ajak lah ucu basuh pingan, mangkuk tu sekali...hihiii...

Zaliedana berkata...

Kak Amie cag,nih mmg betoi2 meriah nih,mewah sungguh..nmpk sedap lak tuh..Dpt sepinggan mmg kenyang tersandar..

hazila berkata...

Memang semeriah namanya. Kita tengah sibuk tak sempat nak berexperiment kat dapur.

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. wah.. mmg meriah betul set mee goreng akak.. tun xpenah mkn mee goreng ada sup.