ADSENSE

Sabtu, 5 Mei 2012

Ikan Sembilang Sambal Bunga Kantan

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Amie mulakan bicara resepi malam ini dengan serangkap pantun warisan Melayu Lama, dan merupakan bait lagu dalam Gurindam Jiwa. Lama tak makan ikan sembilang. Kalau di kampung, memang bonda cukup suka ikan sembilang. Goreng saja pun sedap! Bila berjauhan begini, satu-persatu kenangan waktu bersama sering terbayang di ruang mata. Ha... mulalah Amie dengan jiwa melankoliknya... he he hehh. Malam ini Encik Suami bersama si bongsu menghadiri majlis doa selamat di kampung. Bujang kedua, sejak petang kelmarin mengikuti perkhemahan pengakap di Felda Sahabat 16 di Tungku. Bujang sulung, kurang sihat dan berehat di biliknya. Tinggallah Amie sendirian di ruang makan tercangak-cangak tanpa teman! Ada sesiapa yang belum makan malam ini? Amie masak Ikan Sembilang Sambal Bunga Kantan. Baunya sungguh menggoda selera, sehingga si bongsu dan Encik Suami yang hendak ke majlis doa selamat terjengok-jengok ke dapur. Si bongsu sempat berpesan lagi..... Mummy, nanti tinggalkan saya sikit ye!


Resepi : Ikan Sembilang Sambal Bunga Kantan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan sembilang sederhana besar - bersihkan dan potong 6
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu teh pati asam jawa
1/2 cawan air
kunyit
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1.5cm belacan
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan

Cara:
1. Gaul ikan sembilang bersama garam dan kunyit. Goreng hingga masak / garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan pati asam jawa, serta garam dan gula / perasa pilihan.
4. Masukkan ikan sembilang yang digoreng tadi.
5. Gaul sebati dan biarkan kuah pekat seketika.
6. Angkat dan hidangkan.

6 ulasan:

HaSue berkata...

Nampak menyelerakan laa ikan akak tuu..ni boleh bertmbh nasik laa dibuatnya ni kak. Tp x sure lak sebelum ni penah ke tak mkn ikan smbilang yg sebenar2nya sembilang...kalo yg spesisnya tu ade la.hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

salam Amie,kita tak pandai berpantun,cuma dah lama nak cakap.Cukup berkenan dgn gambar kopi panas tu.Mana nak cari ya?? dari kopi kita ke ikan pulak...masuk bunga kantan dalam sambal memang lah sedap.Kak Ros pun pernah buat.

mama sara nur berkata...

assalam k.Amie
sedapnye
tgk je dah terliur ni, family sy semua makan ikan sembilang kecuali sy he he tp kalu masak camni makan juga sambalnya tu nak lagi ada bunga kantan memang sedapkan

MulutPayau berkata...

wah...mmng betul2 nmpak mnyelerakan dan mnggoda kalbu...

Rohah berkata...

Aduh duh...dah ngantuk pun boleh jadi segar mata klu dengar ikan sembilang..lama dah tak makan..

Wani berkata...

salam kak amie ... waduh siap berpantun lagi sebelum nak makan ikan tu hihi ... ..wani x pernah makan ikan sembilang ... hihi . .. tapi cam sedap tu kak amie kalu ada bunga kantan ,,,berselera dibuatnya ..