Carrot & Red Apple Smoothie

3:27 PTG

Salam petang Rabu. Lama tak buat smoothie. Lepas habis mesyuarat pada pukul 2 petang tadi, Amie terus balik ke rumah dengan perut kosong. Sempat beli keledek goreng dan makan beberapa ketul sebaik sampai di rumah. Tiba-tiba teringat epal merah dan lobak merah yang disejukbekukan malam tadi. Apa lagi, terus ambil yogurt asli dan susu segar dan kisar. Dapatlah 2 gelas smoothie. Amie minum segelas dan terasa kenyang!


Wokeyyyy.... resepinya seperti biasa saja, tiada sebarang penambahan bahan perisa atau bahan sampingan lain. Yang Amie gunakan hanyalah bahan asas sahaja dengan campuran buah epal merah serta lobak merah. 

Resepi: Carrot & Red Apple Smoothie
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji epal merah - potong kecil-kecil
1 batang lobak merah - potong kecil-kecil
200ml susu segar
100ml yogurt asli
2 sudu besar gula pasir

Cara:
1. Sejukbekukan epal merah dan lobak merah selama 4-5 jam.
2. Campurkan epal merah, lobak merah bersama susu segar, yogurt asli dan gula pasir.
3. Kisar hingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.



Ada yang boleh minum smoothie campuran lobak merah dengan epal merah dan ada yang tidak. Amie boleh minum semua. Sudah pukul 3.40. Waktu Asar telah lama tiba. Jom solat dulu....... lepas itu masuk semula ke dapur untuk sediakan hidangan malam buat keluarga kecil Amie.

16 comments

  1. Walllaaaa...sioknya minum ni Kak Amie...lemak dan segar rasanya..

    BalasPadam
  2. salam amie..acik pun suka smootihe sejak amie sharekan resepi.

    BalasPadam
  3. SEDAPNYERRR KAK AMIE..LEH JD MENU DIET NI..HEHE..;)

    BalasPadam
  4. bagusnya...menu sihat!..kalo dialkn mmg bole jauhkn dr penyakit kan kak mie...

    BalasPadam
  5. salam kak amie, sedap tu, naknya skrg musim panas, lega je tekak =)

    BalasPadam
  6. sedapnya minuman campuran 2 buah ni....berkhasiat....

    BalasPadam
  7. nak berjemaah..tersangatlah jauh n waktu kita x sama..jadi sama2 lah kita berdoa utk kebahagian yg berpanjangan...
    minta cras segelas buat pembasah tekak masa nk drive balik rmh jap lagi k. amie sayanggg...

    BalasPadam
  8. Amie,
    ada orang kata lobak tak boleh dicampur dengan susu..tapi kenyataan tu akak tak pasti,nak cari kat google malas...
    akak suka buat air lobak merah..tapi tau tak akak tak pernah buat smoothie nie...

    BalasPadam
  9. Kak Amie.. kenyang nih abis dari dapur nya Rahel makan nasi Bukhari, sekarang mau minum di rumah kak amie yah.. sibuk nih melly tak sempat masak.. ;)

    BalasPadam
  10. Salam kak amie!! kita kan kan tak pernah minum air karet :D tp karet kita makan, cuma bila dah dibuat jus tak pernah nk minum ehehe... apa rasa eak? kdg tu teringin sgt nk minum takut terkeluar balik :D pati ikan haruan tu kita boleh minum tp karet jus kita tak leh minum, kan pelik tu kan kikiki...

    BalasPadam
  11. salam kak amie.. kalau dpt segelas ni mmg sedap.. tgh panas nih..

    BalasPadam
  12. Kak Amie..
    wahhh smoothie ni betul2 menyelerakan..sejukkk je lalu kat tekak ni..tapi hari ni kat Tg Malim hujan lebat dari kul 11 pagi tadi...time time gini pilihan yg paling glamer ialah kopi o hahhaha

    mieza tak pernah lagi wat smoothie..nnt kena cuba juga ni :)

    BalasPadam
  13. salam Amie,sedapnya akak tengok malam pun terus haus dan dahaga ni

    BalasPadam
  14. nani suke kalau minuman yg mcm ni.tap kalau order di kedai semestinya mahal yang amat. nak buat sendiri kene beli fruit processor dulu la

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe