Ayam Masak Merah & Cangkuk Manis Tumis Udang

9:29 PG

Bertemu lagi di Amie's Little Kitchen. Seperti biasa, Amie hanya sempat masak sekali sahaja dalam sehari di kala petang menjelang untuk menikmati hidangan sebelum senja menjelma.(melankoliknya ayat kedua ni... he he hehhhh), tetapi nampaknya terlewat untuk dikongsi kerana baru berkesempatan untuk mengemaskini blog pada pagi ini. Amie hidangkan Ayam Masak Merah dan seperti biasa, resepi yang Amie gunakan hanyalah resepi kampung. Maknanya, resepi ini popular dalam kalangan orang kampung Amie di Bukit Hijau sana. Ayam Masak Merah akan digandingkan dengan nasi minyak, bertemankan pajeri nenas, dan juga acar mentah. Waduh! Sebut tentang acar mentah, tiba-tiba terbayang di ruang mata betapa harum dan enaknya acar orang kampung Amie! Nanti Amie akan buat juga jika ada kesempatan dan akan kongsi bersama! Mungkin acar kami ada kelainannya sedikit.


Resepi : Ayam Masak Merah
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikut cita rasa
6 sudu sos tomato
garam / gula
kunyit
minyak
air - jika perlu

Bahan kisar:
7 biji cili merah / kering
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji tomato 
2cm halia

Cara:
1. Gaul daging ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato dan sedikit air jika kuah terlalu kering.
4. Masukkan ayam, sedikit garam dan gula.
5. Gaul rata.
6. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


Dan di bawah ini, Amie kongsikan bersama sayur Cangkuk Manis Tumis Udang untuk digandingkan dengan Ayam Masak Merah.  Untuk memenuhiu permintaan rakan-rakan yang ingin mengenali dengan lebih dekat tentang sayur cangkuk manis, di bawah ini Amie sertakan sekali sayur tersebut yang Amie beli di pasar. Sebelum ini ramai rakan-rakan yang keliru tentang sayur tersebut DI SINI.


Di bawah inilah rupa sayur cangkuk manis atau juga dikenali sebagai cekur manis. ada yang sebut sayur asin-asin dan sebagainya. Kalau di tempat Amie, hanya bahagian pucuknya sahaja yang dijual dengan harga RM12 -15 sekilogram. Apabila dimasak, memang hilang rupa bentuk daunnya dan hanya tinggal batangnya yang lembut sehingga ada yang menyangka sebagai sayur asparagus!


Sayur cangkuk manis @ cekur manis.



14 comments

  1. sedap...menyelerakan tgk lauk2 tu semua...camtu yer rupanya daun cangkuk manis tu...ok dah tau dh...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie..sedapnya ayam ni...lama plak rasanya tak makan nasi berlauk ayam tumis ala-ala macam ni...

    BalasPadam
  3. salam kak amie..
    owhhh cangkuk manis yer..kita panggil cekur manis..he hee sama jew la kan..tapi x pernah buat tumis udang..biasanya buat lemak dgn labu jew..boleh try la lps nie..:)

    BalasPadam
  4. Kak amie..wahh ayam masak merah tu..menggiurkan..peha ayam tu sedap diratah2 tuuu...kak amie mieza laparrrr

    BalasPadam
  5. hari ni ucu pun masak ayam masak merah kg...tapi takde lah peha ayam yang menggiurkan tu....
    cukuplah sekadar peha yang kecik molek macam tuan yg makan...hahahaha...ferasan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Amie,

    Cantiknya rupa ayam masak merah tu...merah berkilat memang mengancam la Amie he.he.he....

    Kak Ros tak pernah lagi makan sayur ni,nanti boleh la try cari kat pasar...

    BalasPadam
  7. aduhhh.. ngancamnyer ayam masak merah tu amie... kegemaran anak sulung madihaa & sebenarnya ibunya pun suka jugak.. hehehe... cuma ayahnya aje kurang gemor lauk2 yg merah menyala ni... dia lagi suka yg pedas power dr cili padi.. hehe...

    tgk kat bwh tu.. semua lauk amie msk ngancam! kentang wedges tu pulak kebetulan madihaa pun ada buat jugak baru2 ni.. cuma resepi berlainan... suka anak2 layan wedges ni kan...

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie,
    agak2nya bole dapat seketul ayam masak merah tak? hehe..nak mkn dengan nasi kuning express..

    BalasPadam
  9. tergoda tgk ayam masak merah tu..:)

    BalasPadam
  10. sayur ni nama cangkuk manis rupanya... tapi kalau cekur manis tu yg lain kan... pernah try mkn sayur ni sedap jgk tp berlendir sikit...

    BalasPadam
  11. hebat ayam tu beraksi..ada style..hehe..
    sayurnya pun menggoda..

    BalasPadam
  12. Ummi bawa nasi minyak ni Amie, nak makan dengan ayam masak merah...hihi!

    BalasPadam
  13. SAlam Kak Amie cayang... hadoiii.. berputar ligat mata ni dok memandang ayam yang terjuloQ aje gituu memang kecur di buatnya...

    Pulak ada sayur cangkuk manis kampung sha panggil pucuk manis.. huaaaaa sedapnyaaa ada udang pulak tu huaaaa... sedap laaa

    BalasPadam
  14. Kak Amie... ngeces lah mau makan ayam masak merah nya.. pheww..sibuk sangat tak sempat online. suka makan cangkuk manis..slurrp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe