Ayam Goreng Berempah

7:50 PTG

Selamat bertemu kembali. Walaupun penat memandu selama 2 jam perjalanan selepas tamat kursus pada pukul 1 tengahari tadi, tetapi apabila teringat suara anak-anak dalam telefon meminta Amie masak ayam goreng untuk mereka sekembalinya Amie ke rumah, menyebabkan Amie turun juga ke dapur walau pun sebenarnya agak letih. He he he  hidup slogan.... Anak didahulukan, masak diutamakan! Amie kongsikan resepi Ayam Goreng Berempah yang biasa diolah oleh bonda dan keluarga Amie di kampung. Namun begitu,   Amie melakukan sedikit pengubahsuaian seperti menambah telur, tepung jagung, tepung beras dan tepung gandum. Mengikut resepi orang kampung Amie, Ayam Goreng Berempah mereka hanya diperap bersama garam, kunyit, serta rempah-rempahan seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Rempah yang digunakan biasanya rempah biji dan bukannya rempah serbuk, dan pengambilannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja serta ditumbuk kasar-kasar jangan sampai lumat. Bonda kata, sekadar syarat untuk bau sahaja. Amie tambah lada putih bersama hirisan daun ketumbar.


Resepi : Ayam Goreng Berempah
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
8 ketul daging ayam yang telah dibersihkan
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
4 batang daun ketumbar - hiris halus
1 biji telur - pukul hingga kembang
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk perasa ayam maggie
sedikit garam - jika perlu
minyak

Bahan tumbuk kasar-kasar:
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu  teh jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh lada putih

Bahan kisar:
4 biji bawang putih
4 cm halia
1 batang serai

Cara:
1. Gaulkan daging ayam bersama bahan kisar dan bahan tumbuk kasar  serta sebuk kunyit hingga rata.
3. Masukkan secubit garam dan serbuk pati ayam maggie, pati asam jawa, dan telur. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras serta hirisan daun ketumbar. Gaul lagi hingga sebati dan perap selama 1/2 jam.
4. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak, dan di atas api sederhana panas sehingga kuning keemasan atau sehingga ayam masak.



Amie ratah saja Ayam Goreng Berempah, sebab perut telah dipenuhi dengan buah-buahan yang sempat dibeli dalam perjalanan pulang dari IPG Tawau ke Lahad Datu. Amie memang lupa dunia buat sementara waktu kalau sudah ternampak buah-buahan! Seronok memborong buah bersama dua orang lagi rakan yang menaiki kereta Amie. Kami memborong buah tembikai madu, nenas, cempedak, mangga gulik, mangga epal, buah salak madu, buah avocado.... haaaa cukuplah 7 jenis! Tapi penjual buah bekalkan kami sebiji tembikai, siap dipotong 3! Katanya makanlah dalam kereta bersama-sama! Setelah Amie hantar kedua-dua orang rakan Amie ke rumah masing-masing, Amie pun pulang ke rumah. Rupanya kerana sibuk menyanyi dalam kereta sepanjang perjalanan, kami terlupa makan tembikai! Amie telefon rakan-rakan tadi, dan katanya Amie ambil sahajalah tembikai itu! Amie pun.... sebenarnya sudah tidak larat untuk keluar rumah.... jadi, puaslah ketiga-tiga bujang Amie makan sebiji tembikai yang sudah dipotong 3 itu!



Cukuplah gamaknya buah-buahan ini untuk bekalan kami sehingga hujung minggu ini! Jom, ada sesiapa yang ingin menikmati buah-buahan yang Amie beli di Simpang Semporna di bawah ini?


Jumpa lagi. Tak sabar rasanya untuk beristirahat, meluruskan kaki he he hehh... Sebenarnya seronok sebab Encik Suami memberi kepercayaan Amie pandu sendiri kereta untuk jarak jauh untuk kali kedua selepas kali pertama Amie pandu dari Lahad Datu ke Sandakan November 2012. Katanya... selepas ini kalau kami pergi Kota Kinabalu, dia duduk sahajalah di sebelah Amie!

14 comments

  1. salam kak amie ^^ sedapnyer ayam goreng akak nih! byk bahan2 perap dia. tun kalau ayam goreng berempah ni fail sket, selalu hangus kat luar n kurang masak kat dalam ;p skrg mmg kene rebus dulu kejap ayam tu. amatur la katakan. hihi

    BalasPadam
  2. salam amie...sedap ayam gorng tu..aiii..banyak nya buah madu tu amie!

    BalasPadam
  3. akak suka semua buah2 kat dlam tu Mie meh sebiji dua boleh tak??

    BalasPadam
  4. adoi kak amie! banyaknya buah2 ni. nani tak pernah pulak stop tepi jalan simpang semporna tu. tak pernah tahu pon ada bnyak buah di situ. siap ada mangga epal lagi. suka sangat buah tu sebab tak masam, bau pun wangi yang amat.

    BalasPadam
  5. asslm kak Amie...kecur tgk ayam gorng tu...mne nk carik dh mlm2 cmni..hihi...sedap tu utk dibuat sahur bsok...lauk tu aje pbuka selera sok pagi...simpan utk QH yer...pastu kejutkan skali yer...haha

    BalasPadam
  6. Amie,nampak ayam tu pun dah tau sedap sangat!, rasa nak ratah2 jugak ni..
    Banyaknya buah, mangga epal tu cantik n sedap kan Amie..

    Ok Amie, selamat beradu..

    BalasPadam
  7. Assalam kak Amie cyng, sedapnya tgk ayam goreng berempah akak ni kalau saya memang meratah gitu jer la. bestnyer dapat mkn buah-buah fresh gitu:)

    BalasPadam
  8. assalam kak amie..byk2 buah tu..1 jer yg sy tak pandai makan..buah salak..

    BalasPadam
  9. dh lama cari resepi ayam goreng berempah ni..boleh amek menu k.ami ni..sbb mest sedapp..hehe..

    saya mmg penggemar buah2 k.ami..ape saja buah sy mest makan..sbb sy ni sembelit..haha..mmg kene makan buah dgn kadar yg banyak..hihi

    BalasPadam
  10. Banyaknya buah2an tu Kak...bole pasing pi tawau ka?..hehe..

    BalasPadam
  11. As'salam Amie

    nampak amat berselera dengan menu ayam berempah tu. ct pun lebih gemar memerap ayam dengan rempah yang ditumbuk kasar berbandung kunyit serbuk dan garam. selalunya ct tambah sedikit cili serbuk untuk rasa pedas sedikit hehehe

    Alahmdulillah...sykur dengan nikmat yang Allah berikan dah rezeki Amie dapat nikmati buah2an yang semuanya ct suka hehehe. lain kali hati2 bila memandu jarak jauh ya Amie :)

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie cayangg.. masuk sini terus capai ayam goreng 2 ketul pegang dengan tangan kanan dan kiri.. hilang terus sopan santun hehhee.. kecurr dan dah terbau-bau ayam goreng tu taw.. wahh buah2an tu.. rezeki tu... selamat berehat kak Amie cayang muahhzzz

    BalasPadam
  13. nak peha kakkkk..ganal tu, part tu sy sukee

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe