Fuad menghabiskan cuti selama seminggu, tetapi faham-faham sajalah bila bercuti ketika seisi rumah sibuk dengan urusan masing-masing. Tinggallah si bujang seorang diri. Pandai-pandailah cari apa yang patut untuk isi perut. Bagaimana pun sempat juga Amie sediakan masakan kegemarannya, nasi lemak! Itu pun selepas balik dari aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu lepas. Sebelah malamnya, pukul 9 malam Fuad bertolak ke Kota Kinabalu dengan menaiki...
Selamat petang semua! Jom ajak orang tersayang minum petang dengan sekeping bingka labu manis dan secawan teh hijau panas! Alangkah! Ceritanya sebab nak habiskan stok labu manis yang tersimpan agak lama dalam peti sejuk! Resepinya dan tutorialnya ada DI SINI: BINGKA LABU MANIS. Kali ini Amie tidak kisar isi labu, tapi Amie hanya lenyek sahaja, selain tambah esen vanilla, Amie tambahkan biji labu di...
Pagi tadi, lebih kurang pkul 10. Terdengar bunyi hon di depan rumah. Encik Suami kata, itu kawannya. Dia pun keluar dan tak sampai dua minit masuk semula membawa sesuatu. Katanya, kawannya bawakan isi siput dari Semporna. Nak masak apa? Amie tanya. Masak apa-apalah, jawabnya. Kebetulan memang nak masak untuk makan tengahari. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Walaupun tak pernah makan, apa salahnya kita mencuba!...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Petang ini Amie kongsikan sejenis kuih yang pelik! Aneh bin ajaib! Setelah sekian lama makan kuih ini, namun sehingga kini masih tidak dapat jawapan kenapa namanya Cucur Badak! Pelik kan? Rupanya comel jew...tak adalah hodoh! Apalagi rupa badak! Bayang badak pun tak ada! Intinya pula bukan main sedap, bukan juga inti badak! Tentu...
Kalau Encik Suami ajak makan di Khadijah Ikan Bakar di Sri Perdana, memang Amie tak lepas peluang pesan ikan bolu panggang. Istimewanya ikan bolu yang dhidangkan tidak bertulang langsung! Walaupun tak makan dengan nasi, Amie ratah begitu saja! Alhamdulillah, nampaknya bekalan ikan bolu siap buang tulang ada di beberapa tempat di LD. Dah lewat tengahari Amie baru keluar dari kawasan sekolah setelah selesai...