Ada yang kata ikan patin. Ada yang kata ikan lawang.Ada pula kata patin dan lawang tu ikan yang sama. Entahlah.... Amie pun bukan pakar tentang nama dan jenis ikan baik ikan laut atau pun ikan darat. Biasanya kalau warna kulit kan tu agak gelap, MIL & FIL kata ikan patin. Dan kalau kulitnya agak cerah, mereka kata ikan lawang. Baik patin atau pun...
Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak
Resepi Amie's Little Kitchen dalam Majalah AROMA Edisi Mei 2014
Firdaus dah tak mau pakai baju! Dari pagi sampai petang badannya basah kuyup dengan peluh. Cuaca panas menyebabkan badannya melekit-lekit.... haiyyooo model kenitku ini sungguh seksi! Sukanya dia dapat tengok mukanya masuk majalah. Siap cium-cium gambarnya lagi tu! Lepas tu menyegih manjang tayang gigi kapak dia! Kali pertama masuk majalah Aroma pada Januari 2013 lepas, Firdaus masih dalam perut, lebih kurang 4 bulan...
Kongsi menu ringkas di hari minggu.... Sambal Bawang! Pernah makan Sambal Bawang seperti dalam gambar di bawah ini? Kalau belum pernah, apa kata kita cuba resepi yang Amie kongsikan di bawah ini. Beberapa tahun yang lalu, ada seorang insan mengirim sambal seperti ini melalui seseorang untuk disampaikan kepada Amie. Rupanya keluarga sebelah Encik Suami yang kirim, tapi Amie tidak mengenalinya. Amie bawa pulang...
Jumpa lagi.... Malam ni makan roti chapati jenama Kawan. Panaskan atas kuali antara 1-2 minit. Jadi untuk 10 keping roti chapati, taklah sampai setengah jam mengadap kuali. Pencicahnya sudah tentulah Kari Kambing (Lamb), yang menjadi kegemaran anak-anak. Amie bubuh yogurt asli dalam Kari Kambing. Entah apa yang membuatkan anak-anak suka makan kari. Agaknya memang betullah kata orang.... aroma kari mampu membangkitkan selera! Seperti...
Petang Jumaat yang cerah.....Cuaca masih panas, berpeluh dan melekit....Satu hari mandi 3 hingga 4 kali....Firdaus tidur malam tak pakai baju.... walaupun ada penghawa dingin tapi panas tetap menyengat!Alhamdulillah.... ujian sangat kecil ini adalah satu rezeki.... peringatan daripada-Nya supaya kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya.Marilah kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang tahu dan pandai bersyukur. Alhamdulillah.... hidangan tengahari yang memang sentiasa lewat hingga...
Entri sebelum tidur.... Tiba-tiba teringat MIL yang suka buat Bubur Pulut Hitam. Nampaknya Amie berkesempatan melihat dan merasa dua cara yang berbeza masakan Bubur Pulut Hitam. Kalau gaya Bonda dan orang kampung kami, sudah tentunya santan kelapa dicampur sekali harung dengan bubur pulut hitam, tapi MIL pula akan tuangkan kepala santan di atas Bubur Pulut Hitam sebelum menikmatinya. Seronok rasanya dapat pengalaman begini...
Kalau disebut kuih ketayap, memang orang di tempat Amie tak tahu.... tapi kalau disebut kuih lenggang, bermakna kuih ketayaplah tu! Jom minum petang dengan kuih ketayap @ lenggang di dapur Amie. Kali ini rajin sikit nak buat kuih lenggang sebab gunakan jus daun pandan, jadi warnanya taklah hijau sangat. Nak lebih hijau nanti lain pulak rasanya.... Intinya pula warna lebih gelap sebab Amie...
Jom jamu mata dengan Cucur Burger..... Boleh tahan juga rasa Cucur Burger ni. Tapi mood nak kongsi resepi macam dah terjun ke laut..... Hati masih kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku DI SINI. Ada masa nanti kalau tak lupa resepinya, Amie kongsikan bersama ye.... ...
Nak buat macamana.... dah anak-anak mahu masakan begini. Kalau masak singgang atau asam rebus, alamat tak disentuhlah jawabnya. Aduhai anak..... kalau boleh hari-hari nak makan ayam saja, tak mahu makan ikan! Bahan A: 4 kepingan ikan - Amie gunakan ikan alu-alu @ barracuda 1/2 cawan asam jawa - bancuh dengan air 1/2 tin susu cair 1/2 biji nanas- potong 3 segi - celur...
Salam hujung minggu.... Masak apa? Masak Ayam Ungkep dan istimewanya sebab lawan makan dengan nasi beras kampung. Beras huma.... beras pandan wangi dari Kundasang. Walaupun sudah beberapa kali kongsi paparan resepi Ayam Masak Ungkep, tapi Amie masih terima pertanyaan terutama adik-adik yang mungkin baru belajar masak. Terima kasih kerana dengan pertanyaan mereka membantu Amie menambahbaik paparan untuk setiap resepi. Maklumlah, bila gunapakai resepi...
Selain goreng garing, Amie suka buat ikan lampam panggang. Bukan panggang atas bara, tapi panggang bungkus dengan daun pisang dan masuk dalam oven. Cara begini disukai MIL & FIL.... katanya ikan lebih sedap sebab tidak kering di atas pemanggang, sebaliknya isinya lebih lembut dan lembap! Resepi : Ikan Lampam Panggang Bahan-bahan: 1 ekor ikan lampam saiz besar - bersihkan dan kelar-kelar 1 batang...