Bila melihat seekor ayam bulat depan mata, tiba-tiba teringat resepi Ayam Masak Kari Pakistan yang pernah Amie cuba hasil ehsan kiriman suara dari orang jauh... Kak Maria Hakem nun di Cardiff! Memang sedikit pun tak rasa muak disebabkan tiada penggunaan santan atau sebarang susu cair, cuma lebihkan bawang besar dengan tomato dan masak sampai hancur lunyai! Kali ini Amie cuba kurangkan penggunaan daging...
Mohon maaflah kepada rakan-rakan yang sentiasa sudi berkunjung ke dapur Amie.... bukan apa... sejak akhir-akhir ini hanya hidangan lauk pauk saja yang mampu Amie kongsikan. Maklumlah, hidup kita yang sentiasa sibuk seperti burung: keluar awal pagi sebelum matahari terbit, dan pulang ke rumah menjelang petang menjadikan aktiviti masak-memasak semakin terhad. Memikirkan blog masakan kesayangan Amie ini akan ketandusan menu, Amie fikirkan baiklah kongsi...
Amie mula belajar masak dan makan sayur dari pokok betik semenjak berkahwin dengan Encik Suami. Rupa-rupanya banyak kegunaan buah betik muda, mengkal, pucuk betik sehinggalah ke bunga betik. Biasanya keluarga Encik Suami masak pucuk betik serta bunganya bercampur dengan jantung pisang serta pucuk ubi, disatukan menjadi sayur lodeh! Rasanya Amie belum pernah kongsikan resepi masak sayur lodeh cara keluarga sebelah Encik Suami dalam...
Pertama kali MIL melihat Amie hidangkan asam pedas kepala ikan tenggiri untuk makan tengahari di rumahnya selepas beberapa bulan jadi menantunya, beliau terus berkata.... oooooo begini rupanya asam pedas masakan orang negeri (bukan bermkasud orang Negeri Sembilan, tetapi merujuk kepada penduduk yang tinggal luar dari Pulau Cocos-Keeling, tempat kelahirannya). Amie pun tertanya-tanya dalam hati.... salahkan masakanku ini atau ada versi asam pedas yang...
Jom cuba masak Ikan Goreng Berempah! Fuad & Fairuz kata sangat sedap! Jadi... kita pun teruslah mengembang sebesen he heheheeh..... Apa pun terima kasih untuk Chef Sarji kerana rajin membukukan resepi Masakan Mamak yang sememangnya cukup mudah untuk dicuba dan sangat menyelerakan ketika dinikmati! Resepi : Ikan Goreng Berempah Sumber : Masakan Mamak oleh Chef Sarji Bahan A: 8 potong ikan tenggiri -...
Entri sebelum tidur.... sepiring Kuey Teow Pedas & Secawan Kopi Tenom. Atas permintaan Encik Suami dan anak-anak yang teringin makan kuey teow goreng, Amie pun usahakan juga memasaknya dengan apa sahaja bahan yang boleh diolah. Sebenarnya petang tadi kami sekeluarga makan di luar, dan kemudian sama-sama mengambil Firdaus di kampung, tapi bila dah malam Encik Suami & anak-anak kata lapar pulak! Teringin Mee...
Agak lama juga Amie tak masak 'BELACAN'... bukannya buat belacan tau! Belacan yang Amie maksudkan di sini ialah sejenis masakan keluarga Encik Suami dan masyarakat kampungnya. Tapi.... Encik Suami betulkan istilah 'BELACAN' tadi kepada 'TERASI'. Nanti boleh tengok resepi TERASI di bawah ini ya... Hidangan Ikan Layar Masak Lada Putih memang hidangan yang biasa Amie temui kalau berkunjung ke kampung ketika MIL &...
Sesekali bila Encik Suami bawa pulang sayap @ kepak ayam, tak ada lain resepi yang Amie fikirkan. Goreng sajalah.... Potong sayap jadi dua, gaul dengan beberapa jenis bahan pemerap, kemudian biarkan beberapa minit ... lepas tu goreng. Senang kerja kaaaannn... Resepi : Sayap @ Kepak Ayam Goreng Olahan : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 7 ketul sayap ayam - potong 2 1 sudu makan...
Ada kalanya kita seperti kehilangan selera untuk makan... mungkin disebabkan rasa letih, kurang sihat atau sudah jemu dengan hidangan yang sama setiap hari. Kalau Amie.... bila rasa kurang berselera, terfikir pula mungkin boleh menikmati hidangan yang mempunyai pelbagai rasa seperti masam, manis pedas dan sebagainya. Jadi, terhasillah resepi Ikan Talapia Goreng & Kerabu Mangga. Yang seronoknya tu sebab ikan talapia saiz besar, 500...
Yang dinamakan 'ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan perasa hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra dalam keadaan 'diungkep nang njero wajan! Nota: Amie terima beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan facebook tentang resepi Ayam Ungkep ini. Ada yang bertanya kenapa tak bubuh asam jawa? Amie pun telefon Bonda untuk meminta kepastian. Kata Bonda, memang boleh bubuh asam jawa tapi kalau tak bubuh...
Dah banyak kali Amie paparkan resepi berasaskan ikan susu. Resepi kali ini atas permintaan Encik Suami. Katanya nak makan ikan rebus-rebus warna kuning. Jadi Amie pun buatkanlah Singgan Ikan Susu Dengan Nanas. Rasanya.... macam sedaplah pulak... tapi memang sedaplah tu sebab ikan susu sememangnya sedap berlemak, dan satu lagi sebab perut tengah lapar! Amie gunakan nanas hampir masak, jadi ada rasa manis-manis dan...
Entri sebelum tidur.... layan dulu Mee Goreng Pedas yang memang pedas tapi sodap! Saja je buat pedas-pedas! Malas nak masak nasi, Amie buat mee goreng untuk hidangan seisi keluarga. Anak-anak kata mee goreng ini cukup rasa, semua ada... dan sudah semestinya sedap! Bila dah habis licin, sambil angkat piring kosong Fairuz bertanya : Mummy masukkan berapa tan cili? Haaa.... memang sah sungguh pedaslah...