Hari Yang Sungguh Menyeronokkan Buat Warga St. Dominic : Masak-Masak & Makan-Makan!
5:35 PTG
Maaf.... entri Amie kali ini sungguh panjang! Bukan celotehnya yang panjang tapi susunan gambar yang berjela-jela itulah yang Amie rasa mampu bercerita!
Dipendekkan cerita, gambar di atas merupakan gambar hasil masakan 4 kumpulan guru yang bertanding memasak untuk suka-suka pada hari ini. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk seronok-seronok sahaja.
Awal pagi... bila nampak lesung ini rasanya macam betul-betul diadakan pertandingan memasak. Bukan suka-suka.... apa lagi bila terpandang segala periuk belanga yang diangkut dari kereta para peserta!
Pertandingan belum bermula, tapi masing-masing sudah bersedia mengikat apron. Haaa.... dah mula kupas-kupas bawang! Tak kisahlah.... memang untuk suka-suka, tak adalah dikenakan syarat pertandingan yang ketat!
Amie sempat tangkap gambar kumpulan yang bertanding. Gambar di atas tu... bukan main lagi berposing tu... Si Zanariah sama Hairun Neesa dari Kumpulan Kembang Setaman. Adapun setiap kumpulan mempunyai 8 orang peserta.
Apa dah jadi..... dah makin rancak mengupas bawang, potong itu dan ini sedangkan belum diumumkan untuk memulakan pertandingan. Kan dah bagi tau tadi... pertandingan masak untuk suka-suka je.
Ini dia pengacara pertandingan, si manis jelita bertali lalat di dagu... Puan Bellylyn Willie Abah.
Dan... pertandingan belum lagi dimulakan.... agaknya sedang cuba-cuba hidupkan api dapur!
Oh.... Puan Salmi Muslimin dengan apinya! Dapur gas tak nak nyala ke....
Kelakar... kami ketawa geli hati melihat gelagat setiap kumpulan yang sudah bersedia dari awal sebelum Pengetua, di bawah ini
Mengumumkan pertandingan bermula sekiranya loceng dibunyikan.
Ini Tuan Haji Saini, salah seorang ahli kumpulan kami.... ouikkk Tuan Haji.... cemana nak bantu kumpulan kita masak-masak ni kalau pakai formal begini he he ehheh.
Kumpulan kami.... kumpulan paling relaks ketika pertandingan dijalankan.
Sebab kami terkecuali.... kumpulan PBB (Pentadbir Barisan Berkecuali).
Adeeehhh... berposing dulu!
Cikgu Munim.... sian dia sibuk kena buat laporan! Tapi cool je dia ni dari dulu sehingga ke hari ini.
Walaupun kumpulan kami tidak ikut bertanding, tapi kami kena masak juga. Semua bahan masakan Amie sediakan terlebih dahulu dari rumah.... kecuali bawang dan cili yang perlu dihiris. Amie cuma arahkan saja apa yang perlu dibuat.
Kumpulan AKP sedang bertungkus-lumus menyediakan menu masing-masing.
Wah! Tomyam seperiuk!
Meriahnya suasana.... macam kenduri pulak! Ustazah Nur Adilah & Muliawaty dengan masakan ala Thai!
Nampak special betul menunya....
Sambil masak sambil berposing....
Ni semuanya hebat-hebat di dapur!
Dan seterusnya....
Tuan Haji Saini menunaikan janji.... potong bawang!
Cikgu Munim pun tunaikan janjinya juga.... nak potong bawang tami tumis bawang putih pulak!
Wokey... senang kerjaku... tengok-tengok je sebab tugas menyediakan bahan sudah dibuat di rumah, hanya beritahu je apa benda dan langkah masak seterusnya.
Ini dia Chef Nur Fadilah.... tauke Riuh Sekampung. Terima kasih Dila.... kelmarin bagi rebung segar. Amie dah siap siapkan semua bahan untuk dibuat kerabu. Madame Wong & Puan Tan Chong Yoke akan gaul sebentar lagi. Jadi, adalah masaku untuk jalan-jalan tangkap gambar!
Dah siap pun Ayam Masak Kam Heong. Tak susahkan nak masaknya Madame.... main campak-campak je bahan.
Puan Jane Tham & Cik Norhayati.... masak nasi! Iye laaa.... dah banyak lauk nak makan dengan apa kalau tak ada nasinya.
Ini hidangan yang kami sediakan... Mango Casablanca, Ayam Kam Heong & Kerabu Rebung.
Okeylaaaa.... tak diadili pun.
Kerabu Rebung.... ada masa nanti Amie kongsi resepinya ye.
Mango Casablanca.... memakan masa juga untuk menyiapkannya! Maklumlah selalu buat satu bekas, yang ini pula masuk bekas-bekas kecik!
Ambik gambar lagi....
Tangkap gambar lagi....
Terima kasih Cikgu Johnny & Cikgu Piee.... tukang sponsor air minuman!
Wah! Muliawaty yang penuh semangat.... pakai tanda nama!
Tengok AJK Hadiah menyusun hadiah.... seua hadiah ditaja oleh Pengetua, Madame Wong. Bestnya ... tupperware ngko!
Sempat lagi Si Dian berkaraoke!
Cikgu Warite.... penganjur pertandingan ini sedang menyusun atur hidangan bersama Puan Lim Tong Keng.
Sambal Goreng Jawa ke...
Kumpulan Kembang Setaman sudah siap masak. Hanya menunggu masa untuk diadili. Kita lihat apa menu kumpulan ini di bawah ini....
Ada 3 jenis pencicah... sambal belacan, budu & cencaluk.
Kembang Setaman dapat idea guna tempurung kelapa ni dari kebun mana....
Ni pulak ikan kukus dari kumpulan Mama Choice.
Sebenarnya banyak jenis masakan dari setiap kumpulan tapi Amie tak sempat rakam semuanya!
Ini pula Ayam Begana Kemantin dari Kumpulan Sehati Sejiwa AKP.
Susunan kreatif hirisan limau dengan telur masin.
Kumpulan Riuh Sekampung pula meriah dengan pelbagai hidangannya yang menarik dan sedap-sedap belaka!
Minta maaf teman-temanku empunya masakan untuk pertandingan ini.... Amie terlupa nama-nama resepi yang pelbagai! Mana yang Amie ingat je Amie tuliskan.
Ini... Kerabu Mangga Isabella Special.
Setelah pertandingan diadili oleh barisan pentadbir, sesi makan-makan pun dimulakan.
Pukul 10. 45 pagi.....
Makan sajalah di mana-mana tempat yang rasanya selesa....
Hamboiii.... bujang senang makan sorang-sorang aje ke....
Sedapkan Pian...
Iklan sebentar..... ketika diumumkan pemenang pertandingan, MAS Wings pun terbang..... ke Kota Kinabalu.
Ini dia pemenang pertandingan memasak...
Tempat Keempat disandang oleh Kumpulan Mama Choice. (Maaf, ada lagi lauk lain tapi Amie tak sempat tangkap gambar)
Pemenang Tempat Ketiga - Kumpulan Riuh Sekampung dengan hidangan ala Thai!
Pemenang Tempat Kedua - Kumpulan Sehati Sejiwa AKP dengan masakan ala Cocos!
Pemenang Tempat Pertama - Kumpulan Kembang Setaman.... he he ehhh...asyik sibuk tangkap gambar sampai tak dengar juruacara umumkan apa tema masakan kumpulan ini.
Setiap ahli dalam kumpulan dapat hadiah.....
lumayan ko!
Sempat bergambar dengan Pemenang Tempat Pertama - tahniah!
Sampai rumah...... rupanya Amie pun dapat hadiah tupperware.... hadiah cabutan bertuah!
Sekian!
8 comments
Sonoknye cikgu main masak2 berbakat plak tuh
BalasPadamwaa Amie..meriah sungguh, seronoknya sekali-sekala mengasah bakat bertanding memasak ni, tahniah kepada semua sebab msakan tu semuanya nampak sedap2.
BalasPadamSeronoknya...meriah ni dpt masak ramai 2
BalasPadamSalam Amie..meriahnyaaaaaa,seronok tgk!
BalasPadamSeronoknyerr.. dh lama x rasa suasana mcm tu..
BalasPadamgitulah sokmo pun kak amie, cikgu2 ni memang takleh nak dengar arahan, kata belum mula pertandingan tapi dah siap kopek bawang. Saya ingat masa bawa budak bertanding, rasa dup dap dalam hati nak memasak jugak... haishhh
BalasPadamWahhhhh meriahnya..seronokkan kalau ada acara macam ni....Bakat yg terendam selama ni berjaya ditimbulkan..Tengok menu tu mmng sedap dan mnyelerakan ..kreatif pulak tu..
BalasPadamAssalam Amie, wahhh seronoknya cikgu main masak2, semua pandai masak mesti best dpt merasa air tangan cokgu2 lain kan amie.
BalasPadamMasa ni kita dpt tgk kerja sama antara satu sama lain,
Kalo amie masuk bertanding mesti kumpulan amie yg menang