ADSENSE

Sabtu, 12 Januari 2013

Sup Ayam Mak Nan

Assalamualaikum.
Sebelum terlupa, Amie kongsikan satu lagi resepi ringkas dan berkhasiat yang tersiar dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013. Resepi ini Amie peroleh daripada kakak ipar, dan antara khasiat yang terkandung dalam hidangan ini ialah jika selalu diamalkan terutama menghirup supnya, boleh mengurangkan panas badan. Sup Ayam Mak Nan ini Amie namakan sedemikian sempena nama panggilan kakak ipar dalam kalangan keluarga, dan resepi ini merupakan resepi sup Cina. Biasanya hanya kaki atau leher ayam yang direnih, tetapi Amie gunakan seekor ayam bulat saiz sederhana kecil.


Resepi Sup Ayam Mak Nan
Sumber : Mynah Relay

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.5kg - bersihkan
1 labu bawang besar - belah 4
15 biji kurma merah (red dates) – hiris sedikit dikedua-dua hujung buah
5 kuntum cendawan shiitake – cuci dan rendam hingga kembang
1 kuntum cendawan putih (white fungus) – rendam sehingga kembang

1 batang lobak merah – belah dua dan potong 6

3 biji ubi kentang – belah 2
garam / perasa pilihan
2 liter air



Cara:
1. Didihkan air dalam periuk dan rebus kurma merah selama 10 minit.
2. Masukkan cendawan shiitake bersama bawang besar diikuti dengan ayam.

3. Setelah air mendidih sekali lagi, masukkan lobak merah bersama kentang.

4. Perlahankan api dan tutup periuk. Renih selama 1 jam.
5. Masukkan cendawan putih dan garam. Renih lagi selama 10 minit.

6. Hidangkan semasa masih panas.




Sekiranya anda biasa merenih sup begini, memang harum semerbak ruangan dapur anda dengan aroma cendawan shiitake yang bertemu dengan kurma merah!

6 ulasan:

rahel berkata...

Wah...confirm berpeluh habis menghirup kuah ayam mak nan ni...kalau letak cili padi potong memang membakar lemak...

azieazah berkata...

Saya sentiasa ada stok kurma merah kering tu. Sebab saya suka rebus, dan minum airnya. Siap buat stok bekal ke tempat kerja. Belajar dari kawan Cina saya. Ianya bagus utk kesihatan dalaman.

Tapi boh dalam sup belum berani cuba lagi. Takut anak-anak tak mo makan. hehehe

suri solehah berkata...

sedapnya nampak..ayam duk dalam tu..anak2 suri cukup suka dengan sup..tambah kalau tegok ayam sekor..mesti berebut nak amik tang paha hehe

Amie berkata...

Rahel,
memang peluh2 Rahel... tak bubuh cili potong sebab nak sejukkan badan he he hehh

Azieazah,
Amie belajar buat sup Cina ni pun sebab terpikat dengan khasiat kurma merah tu, boleh tambah darah tu...

Suri,
suka buat sup gini sebab menyihatkan.

ummiross berkata...

Singgah makan sup pulak, slurp!!!

hayati abdullah berkata...

sedapnye resepi ni..bole cuba buat nt..:-)