ADSENSE

Sabtu, 5 Januari 2013

Nasi Goreng Hujan Panas

Assalamualaikum.
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman. Jom ceriakan pagi ini dengan alas perut Nasi Goreng Hujan Panas. Resepi olahan Amie ini merupakan salah satu lagi resepi yang tersiar dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013.


Selalu kita dengar dan kita sediakan nasi minyak hujan panas, tapi kali ini Amie tampilkan Nasi Goreng Hujan Panas pula. Jika berminat, bolehlah lihat resepinya di bawah ini. Amie lengkapkan menu ini dengan pelbagai jenis sayuran untuk menambah khasiat pemakanan.


Resepi :Nasi Goreng Hujan Panas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
¾ cawan isi kerang rebus
2 ulas bawang putih – cincang
½ labu bawang besar – cincang
garam / perasa pilihan
minyak
setitik pewarna kuning telur, kuning oren, merah dan hijau

Bahan lain:
3 biji telur herba  rebus – belah 2
lobak merah - celur
brokoli - celur
anak jagung - celur

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak daan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan kerang dan gaul rata.
3. Masukkan nasi dan sedikit garam / perasa pilihan. 
4. Titiskan setitik pewarna kuning telur, kuning oren, merah dan hijau di atas nasi goreng.
5. Tutup api dan biarkan seketika.
6. Gaul nasi goreng supaya warnanya sekata.
7. Hidangkan bersama telur herba, lobak merah, brokoli dan anak jagung. 

6 ulasan:

ummiross berkata...

Selamat berhujung minggu Amie..

Ummi singgah makan nasi goreng jap, sedapnya makan dengan telur herba tu.

faa.rosli berkata...

telur herba rebus tu akak buat sendiri ke? ummi faa suka sgt..

Amie berkata...

Ummiross,
lama tak makan telur herba Ummi.

Faa,
tak pandai buat sendiri, tak sempat beajar dengan MIL, ni beli je

cikmanggis berkata...

Meriah nasi goreng ni Amie.boleh cuba ni

whitecappuccino berkata...

cantik nasi goreng ni amie...pnuh nutrisinnya.

mama aini berkata...

thanks..nampak sedap nasi goreng hujan panas ni..nak try nanti.. :)