ADSENSE

Sabtu, 12 Januari 2013

Mufin Durian Kukus

Assalamualaikum.
Cuba godek-godek tepung untuk buat Mufin Durian Kukus tapi terlebihlah pula bubuh isi durian atas permintaan anak-anak! Apa pun, hasilnya memang sedap dan baru saja keluar dari kukusan, anak-anak sudah ambil! Macam tak sempat untuk ambil gambar kalau tunggu sampai sejuk atau sampai esok!


Mufin di atas dan di bawah ini masih panas! Resepi dan gambar Mufin Durian Kukus yang sempurna, gebu dan cantik boleh lihat di dapur RAHEL. Minta izin ya Rahel, Kak Amie paparkan resepinya di sini pula.

Resepi : Mufin Durian Kukus
Sumber : Rahel

Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak

sedikit pewarna hijau

Cara:
1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
   hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.



Terima kasih Rahel, mufin ni tak sempat sejuk untuk dihantar ke Tawau he he he ehh...

1 ulasan:

ummiross berkata...

Waa nampak sangat sedap, kalau dapat kat ummi dan anak2 kejap je abih ni, hehe..