Jumaat, 11 Januari 2013

Ikan Siakap Masak Taucu

Assalamualaikum.
Jom sesekali ubah selera dengan menikmati hidangan Ikan Siakap Masak Taucu! Lupakan dahulu ikan siakap kukus atau masak 3 rasa!


Resepi : Ikan Siakap Masak Taucu
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan potong 2
5 sudu makan taucu manis
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
3 cm halia - hiris halus
1 labu bawang besar - potong bulat
3 biji bawang merah - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1 sudu maka gula
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 makan sudu serbuk kunyit
3/4 cawan air
garam - jika kurang masin
minyak

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan lada dan bawang besar serta taucu dan pati asam jawa. Kacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan.
6. Masukkan gula. Gaul rata.
7. Apabila kuah menjadi pekat, bolehlah angkat dan hidangkan.



Ringkas tapi menyelerakan!

5 ulasan:

KY berkata...

sedap ni..suka2

Asyifa Mustaffa berkata...

Nmpk sedap gak nie.....x pnah cuba lgi siakap msak taucu....selalu msak 3 rasa tu je....

Mamasya22 berkata...

Slmt berhujung minggu Amie.
sy suka ikan siakap tak kira masak apa...masak taucu dah lama tak buat. taucupun dah habis stok...
nengok kek pisang kat bawah...sedapnya...

ummiross berkata...

Sedapnya siakap masak taucu, makan dengan nasi panas, pergh!!,tak cukup sepinggan ni.

Mas Sani berkata...

saya suka tauchu...
ikan masak tauchu memang sedap! memang makan jadi berselera la :)