ADSENSE

Jumaat, 18 Januari 2013

Ikan Jenahak Hitam Tumis Tempoyak

Assalamualaikum.
Paparan menu untuk malam ini, ringkas tapi menyelerakan dan memenuhi selera Encik Suami. Anak-anak hanya makan ikan goreng saja. Pada mulanya Amie ingin masak asam pedas tempoyak atau masak lemak tempoyak, tapi sebab tertidur petang tadi, terlewatlah pula masuk dapur. Akhirnya ubah keputusan, sebab nak masak asam pedas kena rendam cili kering dulu untuk dikisar, dan kalau masak lemak tempoyak kena rendam dulu kelapa parut yang masih beku! Apa pun, sebab tengahari tadi hanya goreng Telur Cencaluk Berserai, jadi ikan yang direndam memang sudah lembut selembut-lembutnya! Jadi, hanya perlu goreng dan sementara itu sediakan bahan untuk tumisan tempoyak.


Tempoyak ni Amie buat sendiri tau! Kalau buat sendiri sudah tentu memenuhi citarasa kitakan. Encik Suami yang tidak biasa dengan tempoyak pada suatu masa dulu, sekarang sudah jadi hantu tempoyak! Bila terbau tumisan tempoyak, cepat-cepat dia menjengok dapur dan terus menunggu di meja makan. Oleh sebab kami berdua saja yang makan tempoyak di rumah, jadi Amie hanya gunakan 2 keping ikan jenahak hitam untuk hidangan ini.

Resepi : Ikan Jenahak Hitam Tumis Tempoyak
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak hitam - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
6 sudu makan tempoyak
3 biji bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang serai - dititik
2 biji cili hijau - hiris
10 biji cili padi - Amie biarkan tanpa dihiris (kalau nak makan baru dipecahkan)
1/2 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
garam - jika perlu - Amie tak bubuh sebab ikan sudah digoreng dengan garam kunyit, dan rasa tempoyak sudah ada masinnya
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili hijau dan cili padi hingga wangi.
2. Masukkan asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan tempoyak dan terus kacau.
4. Setelah sebati dan hampir kering, tambahkan 1 cawan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan goreng tadi, gula dan serbuk pati ikan bilis.
6. Gaul sebati dan padamkan api dapur.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.


Walaupun resepi ini nampak ganjil, tapi Amie rasa akan buat untuk seterusnya sebab selain ringkas dan mudah, rasanya tetap sedap!!!!! 

8 ulasan:

mama sara nur berkata...

amboi k.amie sedapnya menu mlm ni
emmm yummyyy

Amie berkata...

Mama Sara Nur,
memang sedap... tempoyak buatan sendiri, resepi ciptaan sendiri... jadi memenuhi selera he he heh

Nooriah Abdullah berkata...

tempoyak dah habis lah Mie cemana nk buat masak macam ni sedap tu pasti nya, tapi kalau akak buat mmg sorang yg makan,takpe sorang pun sorang lah nak cari tempoyak esuk lusa hahahha

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Tak pernah makan tempoyak, lain Kali nak Cuba juga

may agumo berkata...

rajin btl kak amie kat dapur.. kalau duk berjiran kan best.. hehe..

dZana berkata...

aslmkum amie.. lauk2 amie sgt myelerakan.. btuah anak2 n en hb. hari2 mkn yg sedap2.. pekene dgn nasi panas pun dah cukup utk saya ni

ummiross berkata...

Makan dengan nasi panas2 ni, pergh!!, takyah lauk lain pun dah cukup sedap ni Amie.

faa.rosli berkata...

memang sedap tempoyak dibuat tumis...just cili api blender tumis+tempoyak+ikan blis n bahan perasa pon dah jadi sedap...