Sabtu, 5 Januari 2013

Ikan Bawal Kukus Cendawan

Assalamualaikum.
Petang ini Amie paparkan resepi ringkas tapi menyihatkan. Maklumlah sepanjang minggu asyik makan goreng dan berlemak, sesekali masak rebus dan kukus tentu boleh membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang bermaharajalela dalam tubuh badan.


Resepi : Ikan Bawal Kukus Cendawan
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam - bersihkan
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang, bilas dan toskan airnya, hiris-hiris
3cm halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan perencah Maggi Cukup Rasa
7 biji cili padi -hiris
5 biji tomato ceri - belah 2
1 batang daun bawang besar - hiris-hiris

Cara:
1. Letakkan ikan di atas dulang pengukus.
2. Susun hirisan halia, bawang putih dan bawang merah, cendawan shiitake dan hirisan cili padi di atas ikan.
3. Renjiskan sos ikan dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa.
4. Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak.
5. Tutup api, dan hidangkan bersama belahan tomato ceri dan daun bawang besar.

7 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

Suka nya bt mskn mcm tu..tp syg nya teda yg mkn bla aku msk bgtu..okn bwl pn laki aku x suka mkn..pdhl sedap nya ikn tu..skrg mcm byk ikn bwl kn kak...beli sekilo mkn se org..be kurun baru abis..hihi

Asyifa Mustaffa berkata...

ringkas nmpknya.....sedap....mknan yg simpel....dan yg penting....menu sihat nie....

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Love tak pernah minat ikan kukus although it's much healthier compared to the fried version. Tapi bahan2 yang akak campur bersama ikan ni nampak sungguh menyelerakan :)

faa.rosli berkata...

sedapnya....mana gambar dah siap kukus?hehehe

adda syuhada berkata...

tgk menu K.Amie ni terus rasa lapar..untung pndai masak cm K.Amie nih..

MulutPayau berkata...

ringkas tapi mnyelerakan.....

suri solehah berkata...

Sedapnya kak amie...nanti nak cubalah.masa kak tayang kat fb dah terliur,,hari ni br sempat dtg carik resipi hehe