Rabu, 30 Januari 2013

Ayam Panggang Sos Yogurt

Assalamualaikum.
Amie kongsikan resepi Ayam Panggang Sos Yogurt yang Amie ubahsuai dari resepi asalnya iaitu Ayam Masak Yogurt dari Majalah SEDAP. 



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (ambil bahagian peha) - potong 10
1 sudu makan jus lemon
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
2cm halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu makan sos tiram

Bahan Sos Yogurt:
3 sudu makan yogurt asli
3 biji bawang besar - cincang
3 biji cili merah - buang biji dan cincang
200ml susu cair
garam / gula perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Perap daging ayam bersama jus lemon, lada putih, halia, bawang putih dan sos tiram selama 15 minit.
2. Panggang ayam perapan dalam oven hingga masak.
3. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
4. Masukkan cili merah dan tumis lagi sehingga cili merah layu.
5. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
6. Masukkan yogurt dan kacau sebati.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


19 ulasan:

lina_pg berkata...

assalam kak amie..ayam percik fusion neh...sedap tu..guna susu cair n yogurt.
Wah!mcm2 resepi kuar dari dapur kak amie ni..

Nens Collection berkata...

alahaiii..mcm2 kreatviti masakan kak ami..mmg terbaik lah!

Gee® berkata...

Nak secubit... heeeee... terlior

Uncle Lee berkata...

Hello Amie, ni la bila masuk mulut, lupa nama mak, ha ha.
Looks so sedap best your this ayam dish. Saya suka ayam goreng, or chicken wings.
You sure one great cook!
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. sedapnyer ayam panggang letak yogurt.. terliur betul tun nengok nih.

may agumo berkata...

mewah dgn sos yogurt ayam panggang kak amie ni.. yummy..

qemaishak berkata...

Kreatif betul akak masak, qema kadang hari2 pk xtau nak masak apa hihi

Tihara berkata...

Wow mabelesnya sos dia kak..lapo2 :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ya ampun amie... sedapnyer nampak sos yogurt yg melekat pada ayam tu.... mmg menggiurkan sungguh! wajib dicuba ni.... t.kasih amie berkongsi resepi...

Zaliedana berkata...

Assalam kak Amie,aa"h la betui ckp kak lina,cam ayam percik lak,nyum2 sy klo tgk hasil air tagn akak jerk,sure terliur,nmpk sgt2 sdp..Beruntung hb n ank2 akak,walaupon bz ngan kja,msh smpat memasak sdp2 utk santapan keluarga..

Shiela berkata...

nengok pun dah tau sedap ni.. nyum nyum..

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie
Nampak sedap ayam Amie hidang ni.
kalau panggang gini mmg laku kat rumah.boleh cuba juga...

Acik Erna berkata...

assalam Amie..memang nampak sedap ayam tu.
masakan yang amie kata BELACAN tu..kalau disni..sipa2 ada yang guna buat sambal belacan..tapi tak pernah jumpa dan makan lagi tu Amie..mesti sedap kan amie

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie..ishhhh sedap palk tengok kuahnya yang pekat2 gitewwwww

zila norazila berkata...

salam kak amie,
mmg menarik..suami zila peminat yogurt pling tegar..kbanyakan masakn yg guna santan semua dia suruh tukar ke yogurt..nampak sedap nie kak:)..leh cuba jgk la

rahel berkata...

Selamat petang kak Amie....mau singgah nanti makan ayam panggang....masi adakah?

ummiross berkata...

Waa tentu sedap ni Amie,nak ratah je boleh?hehe..

ummiross berkata...

Waa tentu sedap ni Amie,nak ratah je boleh?hehe..

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/