ADSENSE

Rabu, 9 Januari 2013

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kali ini dengan paparan resepi Ayam Masak Kicap. menu begini merupakan menu 'evergreen', disukai ramai dari dulu, kini dan akan selamanya! Kalau Bonda masak begini, sudah pastinya kuahnya pekat dan terasa lada hitam atau lada putihnya yang ditumbuk agak kasar! Resepi ini paling terkenal di kampung semasa hari raya dan dijadikan sebagai salah satu daripada menu untuk 'munjung'.


Amie memang melakukan penderhakaan dalam olahan resepi ini sebab kalau ikut kebiasaan Bonda dan orang kampung kami, sebaiknya daging ayam digoreng setengah masak terlebih dahulu sebelum ditumis bersama bahan-bahan lain. Kata Bonda, orang kampung sekarang ini lebih moden dan lebih terbuka ketika menyediakan masakan terutama semasa kenduri-kendara. Kalau dahulu, Ayam Masak Kicap hanya menggunakan bahan utama seperti rempah-rempahan dan juga sos kicap, tetapi sekarang kata Bonda resepi ini bertambah sedap sebab orang kampung sudah bijak memilih bahan tambahan termasuk sos tiram, sos tomato dan sos cili! Dan satu lagi kata Bonda, penggunaan bawang yang banyak akan menambahkan lagi kelazatan hidangan Ayam Masak Kicap! Jadi, untuk hidangan makan malam keluarga, Amie memilih resepi Ayam Masak Kicap buat santapan anak-anak dan Encik Suami.


Resepi : Ayam Masak Kicap
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam (sebaiknya dilumur bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng setengah masak)
5 biji kentang - kupas dan potong dadu - goreng hingga masak
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos kicap pekat
1 sudu makan lada hitam / putih - tumbuk
sedikit garam dan gula - jika perlu
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar hingga wangi dan layu.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga daging ayam layu.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos kicap pekat serta asam jawa. gaul rata dan biarkan seketika.
5. Tambahkan air dan tutup kuali sehingga daging ayam empuk.
6. Apabila kuah tekat pekat, masukkan lada putih / hitam tumbuk dan kentang goreng.
7. Gaul rata dan jika perlu masukkan sedikit garam dan gula.
8. Tutup api dapur.


Oleh sebab anak-anak suka makan kentang, jadi Amie masukkan 5 biji kentang saiz besar yang dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu.

6 ulasan:

suri solehah berkata...

semua yg kak amie masak pun nampk menyelerakan kak...duk tilik2 resipi ni..boleh cuba...selalunya msk mcm akak katalah..yg tidak ditambah dengan segala tu..hehe

amy berkata...

wah sedap kak Amie...lain cara ni..esok jugak sy nak cube sebab semua bahan ade kat dapur tu....:)

Amie berkata...

Suri,
he he heh... tapi daku masih merindui masakan Bonda!

Amy,
silakan Amy...in shaa Allah menjadi.

ummiross berkata...

Betullah Amie, apa2 yang Amie masak memang menjadi, tengok gambar pun dah tau,menderhaka pun tidak mengapa asal sedap, hehe..

faa.rosli berkata...

mmg nampak menyelerakan..kalo faa dapat tak cukup seketoi ni..hikhik

zila norazila berkata...

Mmg sdsp aym masak kicap..mkn dgn nasi hangat..brtambh2