ADSENSE

Isnin, 6 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 17 : Sup Ekor Chef Wan

Assalamualaikum.



Hari ini Amie sediakan sup sahaja. Hidangan berbuka puasa yang selebihnya, Encik Suami beli di Pasar Ramadhan. Resepi sup yang Amie buat sebenarnya daripada resepi Sup Ekor Chef Wan, tapi Amie tidak ada ekor. Amie hanya ada tulang, itu pun kurang pasti tulang bahagian mana. Mungkin tulang tengkuk, atau juga tulang selangka. Susah sangat nak cari ekor sekarang ini. Tak apalah. Tak ada ekor, tulang pun berguna.

Resepi : Sup Ekor Chef Wan
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan:
500 gram ekor lembu
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1.5 sudu besar puri tomato
1.5 liter air
1 batang lobak merah - dikupas dan dihiris
1 biji ubi kentang - dikupas dan dihiris
2 batang daun saderi - didadu
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
bawang goreng secukupnya

Rempah tumis:
4 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Pes rempah:
10 ulas bawang merah - dikupas
4 ulas bawang putih - dikupas
2 batang serai - dihiris halus
1 cm halia - dikupas

Cara:
1. Kisar semua bahan untuk pes rempah sehingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk besar dan layurkan ekor (Amie gunakan tulang) sehingga warnanya keperangan. Tuskan dan ketepikan.
3. Di dalam periuk yang sama, tumiskan rempah tumis serta pes rempah sehingga wangi.
4.Tambah serbuk ketubar, jintan putih serta jintan manis dan tumiskan di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi.
5. Tambah puri tomato, ekor lembu serta air dan renihkan.
6. Masukkan lobak merah, ubi kentang dan daun saderi. Renihkan di atas api sederhana selama 1 jam 45 minit sehingga ekor / tulang menjadi empuk.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam. 
8. Sejurus sebelum menghidang, hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.


Antara menu berbuka puasa kami.




Oleh kerana Amie sediakan sup dalam jumlah yang agak banyak, bolehlah dipanaskan semula untuk hidangan bersahur esok pagi. Selamat berbuka puasa dan selamat menyambul Nuzul al- Quran 17 Ramadhan 1433H.

8 ulasan:

Cheq Sue berkata...

saya kalau sup ekor baru je pandai makan, dulu2 tengok aje :)

mama sara nur berkata...

assalam k.amie
memang sedap sup makan panas2 kan..
sup tulang ni feberet pak sy kat kg
cukup suka dihirup2 kuah tu
skrg kami cuba elakkan sb doktor tak kasi mkn dah
sedihkan.. teringat bila tgk sup k.amie ni

FnF Simple Life berkata...

sy sampai sekarang geli nak makan up ekor...ganti tulang lagi best...ehehehe.. tapi feveret my hubby sup ekor tu. nasib le kat jepun takde jual ekor...kalo tak kompem kena masak gak ;p

MulutPayau berkata...

saya suka makan sup ekor, tapi tak pernah buat sndiri...kalau nak makan, cari kat kedai jerr...hehehe..

Yana Shaiful berkata...

sedapnya klu dapat hirup panas2..dh lama xmkn sup ekor..biasa kna tgu raya haji br dpt mkn ^^

CT Delima berkata...

As'salam Amie

rindunyaaaa! maaf agak lama tak singgah blog Amie Little Kitchen ni. lagi bulan puasa lagi payah nak jengah blog ni Amie. aklau masuk Fb tu cuma nak update apa2 yang patut jer pastu off balik. ingat bulan puasa ni boleh rehat2 rupanya lagi sibuk ada hehehe

ct dan suami paling suka sup tulang, lagi pekat kuah lagi mengancam rasanya..kecurrrr lah pulak hehehe.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie,,berbuka dgn sup panas2 mmg sedap!ada lak sambal kicap...

laju jer menyuap..

inahar ali berkata...

perghhhh..mesti terangkat rasa sup chef wan ni kan amie!! daaapnyer!