ADSENSE

Khamis, 2 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 13 : Nasi Goreng Kampung & Sup Campur

Assalamualaikum.

Petang tadi Amie temankan si bongsu tidur. Hari ini dia tidak hadir ke sekolah, suhu badannya panas dan kami nasihatkan supaya berehat sahaja di rumah. Tiba-tiba telefon berdering, dan Amie terjaga dari tidur.... masya-Allah! Hampir pukul 5 petang!  Encik Suami yang menelefon, bertanya apa menu berbuka puasa petang ini. Amie jawab.... belum masak lagi! Katanya, biarlah beli sahaja makanan di luar. Amie bingkas bangun. Teringat daging ayam dan udang yang direndam di dapur sebelum tertidur tadi. Bila buka peti sejuk, ada lebihan nasi sahur malam tadi. Untuk mengelakkan pembaziran dan menjimatkan masa serta tenaga, Amie putuskan untuk masak Nasi Goreng Kampung. Lagi pun... pukul 6 lebih dah nak berbuka puasa! Kena masak segera!



Walaupun Encik Suami membawa pulang murtabak, kuih-muih dan lain-lain, tetapi Nasi Goreng Kampung juga yang licin! Si bongsu memang tidak berselera untuk makan. Amie sempat masak Sup Campur supaya dia boleh menghirup kuahnya untuk keluarkan peluh.

Resepi : Nasi Goreng Kampung
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih 
20 ekor udang kertas - buang kulit
1 cawan jagung tin 
20 kepingan kecil tempe goreng
1 cawan ikan bilis goreng
7 batang kangkung - bersihkan
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1.5cm belacan - tumbuk
1 biji cili merah - hiris
3 biji cili padi - hiris
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan udang dan balik-balikkan sehingga masak.
3. Masukkan jagung dan nasi. Kacau rata.
4. Masukkan kangkung, tempe goreng dan ikan bilis. Gaul sebati sehingga sayur kangkung layu dan bertukar warna.
5. Masukkan serbuk pati ikan bilis, hirisan cili merah dan cili padi. Gaul lagi sehingga rata.
6. Tutup api.


Resepi : Sup Campur
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 kepingan daging ayam yang dipotong kecil
10 biji bebola daging
15 biji buah goji
1 batang lobak putih - buang kulit dan potong serong
1 batang lobak merah - buang kulit dan potong menegak
5 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 6
2cm halia - pecahkan
3 batang rumpun sawi - potong-potong
5 batang anak jagung - potong-potong
1 sudu makan serbuk pati ayam Tumix
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
air secukupnya

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan daging ayam, halia, bawang putih dan bawang besar. 
3. Apabila daging ayam empuk, masukkan lobak merah dan lobak putih serta bebola daging. Tutup periuk dan perlahan api , renih bahan masakan selama 20 minit.
4. Masukkan lada putih, serbuk pati ayam dan sayur sawi serta anak jagung. Renih untuk 2 minit lagi.
5. Tutup api.


Selamat berbuka puasa untuk hari ke tigabelas di bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H.

13 ulasan:

mama aini berkata...

assalam amie..setiap kali mama dtg kesini, mesti terliur tgk pic.makanan yg sedap2 dr amie ni..hu2x..mama pula asyik menunjuk je..hu2x..

kasihredha berkata...

telur mata tu yg menarik perhatian amie...sedap2

Qasey Honey berkata...

alahai sedapnye..hb QH pon rajin jugak buat nasi grg kampung ni..hihi..

Rohah berkata...

lama juga sy tak menggoreng nasi..bulan puasa ni sy tak byk masak berat,yg makan cik suami je. sbb anak2 tak kuat makan.klu nak tahu,hari2 beli tepung pelita..mrk dah kenyang dengan tepug pelita tu..aduhai anak2 ku..

ummiross berkata...

Amie...ummi singgah jap dapur Amie,intai menu iftar hari ni, nasi goreng pun sodap ni!!!

FnF Simple Life berkata...

tengok nasi goreng ni terasa rindu nak makan nasi goreng... dah lama tak makan nasi goreng semenjak berpuasa... ;)

Asmara berkata...

air tangan ibu mmg tak leh lawan dgn kedai punya. ;) moga cepat sembuh ye.

Nieza berkata...

Nasi goreng kg!sedapnya...my fav ni kak..:)

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..waaahhh meriahnya nasi goreng kg dgn sup campur tuh..penuh dgn lauk..sedapnyaaa ^^

myda_ahmad berkata...

sup tu penambah selera utk nasi goreng kg.......wajib ada tu...baru laju nk mkn....

Mieza berkata...

nasi goreng kampung kak amie ni kan meriah sungguh dengan lauknya..terlour mieza..selalunya nasi goreng kampung yang dibeli di restoran cuma letak ikan bilis dan telur mata kerbau je...yang mcm ni yang membuka selera ni...masa bila la kak amie masak ye...hari kerja pun sempat masak macam2...

ijayuji berkata...

Salam kak amie! sedapnya nasik goreng kampung! kita teringin nak buat nasik2 goreng tp nak buat guna beras biasa yg tak wangi tuuu tp sini tak tahu mana satu beras biasa ehehe.. sbb byk beras wangi jerr sumenyer, guna beras wangi tak sedap nasik gorengnya kita tak suke, suke guna beras biasa baru kick!

wisata outbound malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...