ADSENSE

Ahad, 12 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 23 : Nasi Ria

Assalamualaikum.
Kami memulakan perjalanan pulang seawal pukul 3.30 petang dari Tawau dan singgah sebentar di sebuah surau di Balung untuk solat Asar. Pada mulanya kami bercadang untuk berhenti berbuka puasa di Kunak, tetapi sampai di simpang Semporna, kami ubah fikiran agar meneruskan sahaja perjalanan ke Lahad Datu. Kami menjangkakan akan sampai lebih kurang pukul 6 petang. Benar, pukul 6.03 minit kami sudah berada di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Kononnya kami ingin berbuka puasa di Sabah Chicken Rice, malangnya restoran tersebut sudah penuh dan kami tidak mendapat tempat untuk berbuka puasa di situ. Memandangkan keadaan sesak dengan lalu lintas, dan waktu berbuka sudah hampir tiba pada pukul 6.22 petang, jadi kami cuba nasib di Restoran Nasi Ria. Alhamdulillah, ada tempat di bahagian luar restoran yang masih kosong.



Nampaknya kami tiada pilihan lain untuk mendapatkan hidangan berbuka puasa dalam kadar segera. Nasi Ayam Goreng sahajalah yang memang sudah tersedia untuk dihidangkan. Selain itu bujang sulung sempat menempah Ayam Masam Manis, bujang tengah dengan Nasi Chicken Chop Lemon.


Ini Nasi Chicken Chop Mayonis. Makan sajalah mana yang ada....



Dalam perjalanan pulang, kami melintasi Restoran Rumpun Selera, dan Amie meminta Encik Suami berhenti sebentar kerana Amie teringin makan Rojak Ayam! Amie beli sebungkus untuk di bawa pulang. 
Sampai di rumah, bila menuju ke ruang dapur, terasa rindu untuk masak-masak tapi masih terasa keletihan!
Selamat berbuka kawan-kawan blogger.

4 ulasan:

ummiross berkata...

Amie dah biasa masak, tentu rindu-rinduan kalau tak dapat masak kan..
Hidangan kat restoran tu nampak sedap gak tu Amie.

Delima Zamrud berkata...

wahh best ek buka pose ari nie yummy yummy :D..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sesekali best juga gantung periuk kan hehe, saya pun terasa mcm sesuatu yg tak kena je bila tak msk2 di bulan puasa ni hhee, sedap nasi ayam tu

Nens Collection berkata...

baru sari rsnyer k.ami x buat iftar sedirik..saya plak 2 3 kali aje buat iftar, yg lain segera kt param..keke