ADSENSE

Isnin, 27 Ogos 2012

Ayam Lemak Cili Padi

Assalamualaikum.


Terima kasih buat rakan-rakan yang masih setia berkunjung ke Amie's Little Kitchen. Amie turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang baru, dan menambah bilangan dari hari ke hari. Semoga dapur kecil yang hanya seadanya ini dapat memberi manfaat buat semua pengunjung yang sangat Amie hargai. Tengahari ini Amie kongsikan menu Ayam Lemak Cili Padi. Sebenarnya ini menu hidangan tengahari kelmarin, tetapi baru hari ini Amie sempat paparkan. Memasak resepi begini tidaklah sesukar mana, dan hanya memerlukan sedikit bahan yang biasanya ada dalam simpanan di dapur kita.

Resepi : Ayam Lemak Cili Padi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
400 ml santan cair
100 ml santan pekat
15 biji cili padi - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
7 biki kacang bendi - buang ekor dan tangkai
2 biji tomato - belah 2
garam & perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan hingga daging layu.
4. Tambahkan asam keping, serbuk kunyit, dan santan cair. Biarkan mendidih hingga daging ayam empuk.
5. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih semula, dan masukkan kacang bendi serta tomato.
6. Perasakan dengan garam atau perasa pilihan.
7. Apabila kuah hampir pekat, padamkan api.
8. Sedia untuk dihidang.



Selamat menjamu selera.

18 ulasan:

Choco Ani berkata...

Assalamualikum Kak Amie.. Salam Aidilfitri.. wah wah seap itu gulai.. ;) Alhamdulillah Kak Amie teruskan post ntry nya ya.. coz memang sentiasa menjadi rujukan Ani.. Terima kasih atas perkongsian.. dan kasih sayang walau di alam maya ni saja.. ;)

kakcik berkata...

Selamat hari raya Amie.

Nampak menggoda ayam masak lemak tu. Balik nanti nak buat la...

Liza berkata...

salam lebaran Amie...ni peberet anak bujang Liza ni...letak cili api bnyak2,perghhh berasap telinga den...hihihii

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Amie

fuhhhh terangkat la tengok lema cili api tu....ish dh lama kita tk msk lauk cili api....aduh meleleh air liur kita...nie nk lap mulut...ada tisu??Heee

zila norazila berkata...

salam syg kak amie..
semalam zila pun masak lemak..tp lemak ikan..kuih raya byk lg x kak?..nk dtg raya nie..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

feberet en. suami ku lauk ni... heee...

seronok tgk gambar raya amie sekeluarga...

Haslina Harun berkata...

salam aidil fitri
sedapnya masak lomak ni..
tak pernah lagi masukkan bendi dan tomato dalam masak lomak

Wani berkata...

salam kak amie .. dah terbau wangi ayam masak lemak ni ... serius wani x pernah buat masakam cam ni.. alahai ..asyik nak main goreng je ayam

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya lemak cili padi ayam tu, harum terasa baunya

mama aini berkata...

assalam amie..terliur mama tgk ayam lemak cili padi ni..ehem terliur mama..

MulutPayau berkata...

Wahh sedapnya...terliur tengok ayam lemak cili padi tu....

Dkna Abza berkata...

gambar dah mampu buat tekak nie telan air liur..sedapnyaaa!!

Nens Collection berkata...

dgr cili padi tu buat terliur rsnyer..hehe..sukex!..

kak ami pernah x makan ikan salai..aitu nens g temerloh hubby beli ikan salai..pastu gulai lemak biasa..mcm x kene tekak nens..kak amie ade resepi ikan salai x?

Amie berkata...

Choco Ani,
waalaikumussalam.... lama tak makan lemak cili padi Ani.

KakCik,
selamat hari raya Kak Cik... silakan cuba ye Kak Cik.

Liza,
Salam lebaran Liza... memang berasap ni bubuh cili padi banyak2!

Amie berkata...

Nuridah,
waalaikumussalam... ni sebab dah lama sangat tak masak lemak cili padi, ni yang nak lepas perasaan nih he he hehh

Zila,
salam sayang too... lemak ikan pun sodap Zila..kakak suka, belum buka kotak kuih raya lagi...bonda bekalkan dari kampung.

Madiha,
senang rasanya hati mkalau tahu menu kegemaran suami ye Madiha...

Amie berkata...

Haslina Haron,
bendi dan tomato tu sebagai sayur pelengkap hidangan je... masak sekali harung, tak payah masak sayur lagi dah.

Wani,
family makan apa saja yang dimasak, jadi nak masak pun ikut kepala & mana yang ada sajalah he he hehe

Rosa,
memang sedap Rosa... makan waktu tengahari, peluh2 you...

Amie berkata...

Mama Aini,
sedap masak begini sesekali Mama Aini.

MP,
masakannya ringkas, tapi memang sedapkan MP.

Dkna,
jom makan sama Dkna...

Nens,
tak adolah pulak resepi ikan salai tu... tak ada jual ikan salai kat sini, tak jumpa lagi Nens.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

nampak sedapnya, one plate of rice sure not enough!