Lama juga rasanya tak masak singgang ikan. Kali ini Amie kongsikan lagi resepi ikan susu. Ikan Susu Masak Singgang. Resepi : Ikan Susu Masak Singgang Bahan-bahan: 1 ekor ikan susu - seberat 800 gram - bersihkan dan potong 6 bahagian 1 batang serai - diketuk 2 cm halia - diketuk 1 keping asam gelugur 3 biji tomato - belah 2 2 biji cili...
Sambal Goreng Mandai dengan Tempe ini Amie perolehi daripada seorang rakan sekerja lama dulu... sekitar tahun 1997 ke atas, kalau Amie tak silap. Kisahnya begini: rakan sekerja Amie ini baru mengandung anak pertama, dan sering mabuk-mabuk tetapi suaminya yang mungkin tidak memahami selalu mengatakan isterinya ini 'mengada-ngada' dan katanya lagi, dia tak pernah pun tengok isteri orang lain yang mengandung sakit itu atau...
Dari malam tadi Firdaus merengek-rengek minta roti canai. Amie pujuk, esok pagi kita buat roti canai. Firdaus pun tidur. Pagi-pagi lagi dia menagih semula. Sebenarnya tidak ada roti canai, yang ada hanya roti paratha ready made. Atas permintaannya juga, Amie buatkan pencecahnya, iaitu sambal sardin dan kentang masala. Nampak macam tak berapa masuk pula, tapi itulah yang sangat sedap bagi Firdaus! Encik Suami...
Banyak kali dah kongsi resepi Sambal Tomato. Kali ini Amie kongsikan Sambal Tomato yang Amie masak untuk Bonda semasa singgah beberapa hari di kampung. Bonda tak makan belacan atau udang kering, jadi Amie gantikan dengan ikan bilis. Memang Amie sengaja masak lebih, walaupun Amie tahu tak mungkin Bonda mampu habiskan Sambal Tomato itu. Anak menantu, cucu cicit Bonda memang datang ke rumah setiap...
Rugi rasanya sesekali balik kampung tapi tak mengambil kesempatan memasak untuk Bonda. Walaupun ketika itu diburu kesibukan mengurus pendaftaran Fuad, dan terasa letih tapi Amie tetap bersemangat untuk masak sejienis dua lauk makan tengahari. Pada sebelah malamnya sebaik sahaja Kak Aton hantar Amie dari membeli keperluan dapur, Bonda berkata: + Ada orang bagi dua ekor ikan patin. + Emak dan siang. + Kalau...
Jom tambah koleksi ikan! Kita tambah pengetahuan tentang jenis-jenis ikan di perairan sebelah timur Sabah. Kita teroka pula hasil laut dari Semporna. Boleh klik: Jalan-Jalan Cari Ikan di Semporna. Kebanyakan jenis ikan di Semporna juga terdapat di perairan lain seperti di Kunak dan Lahad Datu. Amie hanya kongsikan spesies yang jarang ditemui di Lahad Datu. Ini Ikan Taring Pelanduk atau Ikan Taring Pelanduk Belang...