ADSENSE

Sabtu, 6 Mei 2017

Sambal Tomato Sedap

Assalamualaikum  buat rakan pengunjung Amie's Little Kitchen
Moga sihat sejahtera hendaknya.

Hari ini Amie nak kongsikan resepi Sambal Tomato yang menjadi kegemaran anak-anak di rumah. Sambal Tomato yang Amie masak ini boleh makan dengan nasi, boleh cecah denganikan bakar atau ayam panggang, dengan ayam kukus atau ayam rebus pun boleh! Makan dengan pisang goreng atau keledek goreng pun sodap!

Bahan-bahan yang dgunakan pun jenis yang mudah didapati di sekeliling kita. Cuma, terpulanglah nak pilih bahan yang digemari, ikut selera masing-masing. Ada yang suka pedas, gunakan sedikit sahaja cili padi, dan boleh tambah dengan cili merah. Ada yang suka rasa masam tomato, bolehlah tambahkan tomato yang masih hijau atau gunakan tomato kampung. Kalau tak mahu gunakan udang kering, gunakan sajalah belacan!
Bahan-bahan:
5 biji tomato - cincang / potong dadu
5 biji bawang besar - cincang / potong dadu
100 gram udang kering - rendam hingga kembang - toskan - kisar kering
asam keping / pati asam jawa (pilihan)
garam / gula secukupnya
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
50 gram cili padi kampung
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
5 biji buah keras
10 gram belacan

 Kalau nak potong tomato saiz besar pun boleh!

 Nak potong bawang kasakasar pun boleh juga!

 Udang kering yang dibeli dalam paket ini rupanya bercampur saiz kecil dan saiz besar. 

Kisar udang kering tadi, atau kalau banyak tenaga, bolehlah tumbuk dalam lesung...hiks!


Cili padi yang Amie gunakan ini jenis cili padi kampung. Pedasnya...ya ampuuunn! Tu pasal Amie gunakan 50 gram saja! Nak kira, tak rajinlah pulak sebab halus-halus! Selain itu Amie tambahkan 10 biji bawang merah, 10 biji bawang putih dan 5 biji buah keras. Saja nak tambah buah keras sebab nak bagi sambal tu pekat. Asam jawa atau asam keping? Itu terpulanglah kalau nak letak, sebab tomato itu pun dah ada rasa masam-masam sikit.

 Cili padi and the gang yang semangkuk di atas tu kita kisar ye. 

Mula-mula panaskan minyak, dan masukkan bawang besar. Goreng atau tumis hingga bawang besar berwarna layu kekuningan.

Kemudian masukkan udang kering yang dikisar / ditumbuk. Walaaa.... semerbak aromanya!

 Kemudian masukkan pula bahan kisar. Mmmmmm... lagilah penuh aroma satu dapur!

 Kacau rata. Kalau rasa nak bersin tu, tutup hidung ye!

 Akhir sekali, masukkan tomato cincang.

 Gaul sekali lagi sehingga sebati.

Jangan lupa perlahankan api dapur dan selalulah kacau sambal ini. Kalau yang suka rasa lebih masa, bolehlah tambahkan pati asam jawa atau asam keping! Nak dapatkan hasil yang sedap kenalah banyak bersabar! Tunggu sehingga segalanya hancur! Bawang besar tak nampak rupa, dan tomato lunyai sama sekali! Amie masak sambal ini pun paling cepat 2 jam! Barulah sambal mesra. Jangan lupa tambahkan garam dan gula atau perasa pilihan masing-masing. 

Untuk rasa yang lebih enak, biarkanlah 2 atau 3 jam, atau setengah hari sebelum dinikmati!

Senang jew nak buat Sambal Tomato, tapi kenalah bersabar menunggu hasilnya sehingga bawang besar dan tomato hancur tau!
Jadi, kalau nak buat Sambal Tomato, buatlah lebih sikit supaya berbaloi dengan tempoh memasaknya yang lama tu. Lagi pun, kalau betul cara masakannya, sambal ini boleh tahan beberapa hari!

2 ulasan:

Adam berkata...

Saya nak buat

Dari Borneo berkata...

Agaknya kalau masak dalam pressure cooker, boleh dapat hasil serupa dan pada masa yg sama blh jimatkan masa.