Selamat berhujung minggu teman-teman. Alhamdulillah, jerebu sudh berlalu pergi. Matahari kembali bersinar terang seperti hari-hari sebelumnya. Jom main masak-masak lagi.... Hari ini Amie masak udang.... Udang Goreng Jintan. Amie goreng 1/2 kg udang kertas. Sedap pula rasanya bila tergigit jintan manis ketika menikmatinya! Maklum... jintan manis kasar, bukannya serbuk! Barulah ada 'rasa'! Nak lebih 'terasa' tambahkan hirisan daun ketumbar pula. Bahan-bahan: 1/2 kh...
Banyak kali juga Amie olah ayam masak lemak cili padi, tapi hanya sekali rasanya Amie kongsikan di dapur maya ini. Boleh klik DI SINI untuk resepi yang lalu. Kali ini Amie kongsikan lagi Ayam Masak Lemak Cili Padi, tapi Amie tambahkan labu kundur pula. Apa sebab Amie masukkan labu kundur? Sebab sebelum ini kalau Amie renih sup ayam dengan labu kundur, timbul aroma...
Sesekali cuba kita sediakan tom yam menggunakan perencah asli buatan sendiri. Tentu ada kelainan dari segi rasaya. Kali ini Amie tidak gunakan sebarang bahan dari laut, sebaliknya Amie gunakan daging dan ayam. Apa yang penting di sini ialah tentang keenakan rasa kuahnya hasil perencah asli yang digunakan itu. Cukup lengkap, cukup rasa! Mula-mula kita sediakan dahulu bahan perencahnya. Bahan-bahan pes tom yam: 7...
Ku tanam selasih, Ku tanamkan di bawah pokok epal bidara... Mengenang herba lain, rosemary, thyme, pudina yang tak pernah hidup walau ditanam berkali-kali, Akhirnya, Ku siram selasih, Kusiramkan dengan air basuhan ikan. Akhirnya hidup juga setelah kematian pokok-pokok selasih yang sebelumnya! Tapi, entah selasih jenis apa.... Nak kongsi gambar dulu, sebab teruja tengok dia hidup subur! Benarkah ini pokok selasih? Harap-harap betul, dan...
Samar.Kelam. Jerebu menunjukkan trend peningkatan pada bacaan IPU, tahap TIDAK SIHAT. KPM memaklumkan semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daera Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak, daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di negeri Sabah serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di negeri Johor perlu ditutup pada 20 Oktober 2015 (Selasa). Yeah... esok...
Dengan rasminya, daerah LD pun diistihar tutup sekolah akibat jerebu yang melanda! Kita kena datang sekolah juga, dengan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut, sakit tekak dan rasa tidak selesa. Bau asap ada di mana-mana sampai dalam bilik mesyuarat pun boleh kami hidu! Jerebu, jerebu juga, bila sampai rumah teringat kepingan epal hijau yang sedang disejukbekukan. Eloklah teruskan usaha mengisar untuk dijadikan smoothie. Tak...
Selamat petang kawan-kawan. Hari ini, sepanjang hari LD pula dilanda jerebu yang paling teruk pernah kami alami. Sebelum ini keadaan okey saja, tapi selepas hujan sehari dua yang lalu, agaknya beralih ke tempat kami pulalah jerebunya! Jadi, tak nampaklah sinaran matahari dari pagi sampai petang. Bekalan elektrik pula terputus dari tengahari sampailah ke pukul 4.30 petang. Terpaksalah masak nasi gunakan dapur gas. He...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung. Rumah agak sepi... Hanya berdua dengan Firdaus. Fuad ikut seminar teknik menjawab Matematik Tambahan di SMKA. Fairuz pula ikur serta Jamboree on the Air (JOTA) & Jamboree on the Internet (JOTI) Antarabangsa di LD. Encik Suami pula agak lewat balik ke rumah. Hmmmmm...... Apa kata Amie belanja menu sihat... semangkuk Tom Yam Sayur! Nak tak? Bila sebut...
Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu, Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. Pantun di atas Amie salin dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ketika Amie meninjau-ninjau mencari dan menambah kosa kata cili, yang juga disebut lada, cabai dan juga lombok... lombok dalam bahasa ibunda yang kami dengar sejak dahulukala! Maaf, sebelum membebel panjang, Amie ingin ucapkan Salam...