Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti....cuti sekolah.Di tempat Amie orang kampung sibuk buat kenduri arwah. Biasanya yang dipanggil orang lelaki saja, yang perempuan pula hanya saudara mara terdekat sahaja datang membantu atau rewang. Encik Suami bersama anak-anak hadir ke majlis kenduri selepas Zohor. Nampaknya belum nampak kelibat kepulangan mereka... Mari kita cerita tentang resepi hari ini. Resepi 'orang bujang'..... Biasanya ikan salmon panggang...
Jom buat sarang.... sarang apa ya? Kita buat sarang untuk isi udang. Bukan isi telur walaupun sebenarnya sarang ini bahannya telur! Alhamdulillah... lama sungguh, dan berkali-kali mencuba akhirnya setelah bertutorial dengan penuh tekun dengan Encik Google, inilah hasilnya sarang telur yang Amie hasilkan buat pertama kalinya! Itu pun ... sebelum ini rasa macam malas nak buat sebab beberapa kali cuba tapi asyik tak...
Daging Rusa Masak Sos Lada Hitam.... masakan kegemaran anak-anak. Bukan apa, masakan bersos itulah yang selalu Fuad & Fairuz nanti-nantikan. Tak kisahlah masak ikan atau daging! Bahan-bahan: 700 gram daging rusa - hiris nipis 2 biji kentang - potong dadu 1/2 batang lobak merah - potong sepanjang 3 cm 4 batang putik jagung - potong serong 1 sudu teh lada hitam - tumbuk...
Kelmarin hari Ahad. Alhamdulillah... dapat jemputan makan-makan di rumah kawan. Bila dengar ada hidangan soto.... terus sediakan perut kosong sebab nak makan soto puas-puas... he he heee! Bukan selalu kami dapat merasa Soto Banjar hasil air air tangan rakan kami, Waritie. Amie menambah sekali lagi, apalagi bila Waritie kata banyak pegedil yang dibuat, kami pun terus makan sepuas-puasnya! Sebelum itu Amie sempat tangkap...