Assalamualaikum kawan-kawan.... Hari ini entri ringkas saja ye.... gambar pun sekeping je! Tulis isi-isi penting seperti di bawah ni... okey tak? 1. Petang tadi ikut Encik Suami ambil Firdaus di kampung. 2. Kakak ipar yang jaga Firdaus tu bagi kami 2 ekor ikan kerapu segar, siap dibersihkan sekali. 3. Lepas ambil Firdaus kami terus ke sekolah untuk ambil Fairuz pula. 4. Sampai rumah...
Lama dah dia menunggu di bawah ni.... sampai termenung menopang dagu dengan sepitnya! Alahai Ketam Masak Kam Heong.... marilah kami ratah-ratah kamu ha hahaaha.... Orang kata kalau nak menikmati ketam, jangan makan dengan nasi. Ratah-ratah gitu je.... Iyo.... iyolaaa tu... sebab dua tangan kena buat kerja! Mmmm.. tunggu apa lagi! Marilah sama-sama 'gasak' ini ketam! Lepas tu baru kita tengok resepinya. Bahan-bahan: 3...
Dah makan tengahari? Kalau belum, marilah jamu selera dengan Asam Pedas Ikan Pari di dapur Amie. Syukur Alhamdulillah, siap juga hidangan untuk tengahari ini. Amie masak untuk tiga orang saja, termasuk Amie sendiri, Encik Suami dan Fuad. Fairuz masih mengikuti latihan robotik di sekolahnya dari pukul 8 pagi hingga 6 petang nanti. Nampaknya Asam Pedas Ikan Pari ini kekurangan bahan.... daun kesum! Tapi...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen. Macam mana cuaca di tempat anda hari ini? Panas? Sejuk? Apa kata kita nikmati segelas smoothies di dapur Amie.... campuran red pluj, red apple & strawberry. Kalau dah kenyang denga segelas smoothies, tak ambil hidangan tengahari pun ok juga.... sebab smoothies mengandungi serat buah-buahan. Resepi : Red Plum, Red Apple & Strawberry Smoothies Olahan...
Entri sebelum tidur..... Hari ini agak terlewat menyiapkan hidangan malam, sebab 'terlewat' juga mengambil Fairuz dari sekolah (latihan robotik), dan sekali harung ambil Firdaus dari kampung. Fuad pula perlu menghadiri kelas tuisyen pada pukul 7 malam,. Jadi... kalau dah sampai ke rumah pukul 6 lebih, apa menu yang sempat disediakan? Syukurlah Fuad sudah masak nasi, dan keluarkan lamb dari peti sejuk! Sebenarnya resepinya...
Selamat pagi semua..... Dah sarapan ke belum? Jom jamu mata dengan Pegedil Udang di bawah ini. Oh yaaa... sebelum menjamu selera, pastikan anda yang berminat untuk menyertai Amie's 1st Giveaway klik DI SINI untuk daftar nama sebagai peserta dan letak blog link sekali bagi memudahkan Amie membuat penilaian. Untuk hadiah istimewa dan tarikh tutup penyertaan, sila klik DI SINI. Bonda kata.... pegedil pun boleh dijadikan hidangan...
Contest / Kuiz / GA
Rantai Tangan Mutiara Antara Hadiah Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran!
Alhamdulillah..... Hari ini Amie paparkan antara hadiah istimewa yang Amie sediakan untuk rakan-rakan yang sudi menyertai Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran! Antara hadiahnya termasuklah rantai tangan mutiara seperti di bawah ini...... Cantik tak? Lawa tak? Wokeeeyyy.... kita tengok satu-satu di bawah ini . Hitam putih...... Yang cukup menawan! Suka yang ini? Atau yang ini? Ada lagi ni..... Kalau nak dapat rantai tangan...
...
Entri ini Amie tujukan khas buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang sangat dihargai. Barangkali paparan kali ini menyimpang jauh dari dunia masakan.... sebab tidak berkaitan dengan resepi, tapi apa salahnya jika sesekali Amie ingin berkongsi kisah keluarga bersama rakan-rakan blogger kaaannn... Amie ingin merehatkan diri dan minda buat seketika bersama keluarga sempena cuti sekolah yang baru bermula kelmarin. Ini bermakna tiadalah paparan...
Pernah sekali dulu Amie masak Dendeng Daging Rusa, makan bersama Nasi Epal & Kerabu Epal DI SINI. Lepas tu... lama tak buat. Nak cari daging rusa pun bukannya mudah walaupun dikatakan di sini banyak rusa. Kadang-kadang tempat sekilo daging, berbulan baru dapat. Jadi, sesekali dapat daging rusa, eloklah diolah lebih istimewa sedikit. He heheh.... istimewa tak olehan Dendeng Daging Rusa? Dendeng ni pada Amie,...