ADSENSE

Selasa, 25 Februari 2014

Lamb Masak Black Pepper

Mohon maaflah kepada rakan-rakan yang sentiasa sudi berkunjung ke dapur Amie.... bukan apa... sejak akhir-akhir ini hanya hidangan lauk pauk saja yang mampu Amie kongsikan. Maklumlah, hidup kita yang sentiasa sibuk seperti burung: keluar awal pagi sebelum matahari terbit, dan pulang ke rumah menjelang petang menjadikan aktiviti masak-memasak semakin terhad. Memikirkan blog masakan kesayangan Amie ini akan ketandusan menu, Amie fikirkan baiklah kongsi apa saja yang sempat Amie masak terutama lauk pauk sebagai air tangan yang wajib Amie sediakan setiap petang.


Biasanya Encik Suami, Firdaus dan Fairuz akan sampai ke rumah menjelang Maghrib, antara pukul 6.10 hingga 6.20 petang. Fuad pula selepas tamat sesi belajar sebelah pagi akan terus ke kelas tuisyen menjelang pukul 2 petang. Dalam keadaan ini, biasanya Amie terpaksa bawa Fuad makan di kedai, dan kalau Encik Suami berkesempatan datang, kami akan makan bersama-sama. Sebelah malam pula, menjelang pukul 7 anak-anak akan keluar belajar mengaji Quran, dan ada malam-malam tertentu Fuad menghadiri kelas tuisyen sehingga pukul 10 malam. Jadi, kenalah Amie masak nasi dan siapkan semuanya sebelum pukul 6 petang atau sebelum anak-anak sampai ke rumah. Maklum sajalah.... kalau dah Firdaus sampai rumah, memang asyik nak susu cap gantung!
Wokeeeyyy....
Kita cerita tentang Kambing Masak Black Pepper, salah satu menu yang disukai anak-anak kami terutamanya Fuad! Seperti biasa, kalau Fuad mengadap hidangan kegemarannya, dialah orang terakhir meninggalkan meja makan seperti petang tadi.... sehingga agak terlewat untuk ke kelas tuisyen!


Resepi : Kambing  (Lamb) Masak Black Pepper
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
700 gram daging kambing - potong ikut suka
4 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu - goreng hingga masak dan ketepikan
3 ulas bawang putih - cincang
5 biji bawang merah - cincang
1 inci halia - hiris halus 
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1 sudu teh lada putih - tumbuk kasar
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
3 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
2 cawan air
minyak



Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga harum.
2. Masukkan daging kambing dan gaul sebati. Tutup kuali dan biarkan sehingga air daging keluar.
3. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap, lada hitam dan lada putih tumbuk. 
4. Setelah digaul rata, tambahkan air dan tutup kuali sekali lagi. Masak dengan api sederhana panas, dan biarkan sehingga daging kambing empuk.
5. Buka penutup, dan masukkan kentang goreng, capsicum merah, kuning dan hijau serta perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Gaul beberapa kali dan terus padamkan api dapur.

7 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..harap baik2 sajaa..
Nampak sedap betul lamb black pepper ni.Nk cube jugak la tp versi daging lembu..
Firdaus sihat ke?lama tak tengok dia

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

nampak best menu lamb tu..selalu sya makan lamb chop ja..mesti sedap lamb blackpaper ni kan..

ummiross berkata...

Amie..ummi singgah makan tengahari...

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum amie..masakan amie selalunya mmg menggamit selera saya....

mamaAna berkata...

Salam Amie...nampak sedapppnya menu lamb nie....terlio
Tapi skrg kalau pun kepingin nak memasaknya...terpaksa pedamkan saje lah nampak gayanya...MY Hubby memang suka dengan lamb nie...tp yerrlah skrg banyak yang kena pantang...
Jadi MA jamu mata jerr lahh...huhuhu

zana fahmi berkata...

Sabo jek Amie, susu cap gantong tu la buat dia sihat, tegap...haha..
Serious akk tak pernah masak kambing:-(a

mama sara nur berkata...

assalam
kambing black paper, emmm memang sedap ni
nampak pun dah terliur dibuatnya