ADSENSE

Khamis, 5 Mei 2016

Kek Lapis Cempedak Madu

Jom luangkan masa melapis lagi!
Resepi asal boleh tengok di dapur BRO ROZZAN. Beliau memanjangkan resepi daripada Puan Zaleha Osman. Moga kedua-dua sifu kek lapis ini sentiasa sihat sejahtera.
Sebelum ini memang kita pernah buat kek lapis ini... sedapnya ya ampun! Tapi... kena tahan sabarlah sikit sebab memerlukan masa yang agak panjang / lama untuk menyiapkannya.
Kali ini Amie paparkan sekali lagi Kek Lapis Cempedak tetapi telah diubahsuai sedikit bahannya. Selain itu...disebabkan 'malas' kita buat tebal-tebal sikit...ahaks! Kononnya biar cepat siap.... tapi...jangan ikut perangai malas kita tu yea...

 Kita bubuh 'kulit' cempedak dengan warna hijau dan kita bubuh madu dalam puri cempedak.


Bahan-bahan:
450 gram mentega tulen
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen cempedak

Bahan B:
120 gram tepung hong kong
20 kuning telur
5 putih telur
250 gram gula kastor
20 gram ovallete
Setitis pewarna hijau epal
2 sudu besar madu
150 gram puri cempedak
(Bahan untuk puri cempedak :
600 gram isi cempedak
220 gram gula kastor
220ml air
Secubit garam
Campurkan kesemua bahan dan kisar halus. Masak di atas api hingga pekat dan kacau selalu supaya tidak hangit.)
Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya

Cara:
1.    Pukul bahan A dengan kelajuan tinggi. Ketepikan.
2.   Pukul telur, gula kastor dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat.
3.    Masukkan bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacar rata.
4.    Masukkan tepung hong kong sedikit dmi sedikit.
5.    Akhir sekali masukkan puri cempedak dan madu.  Kacau hingga sebati.
6.    Ambil 1/3 bahagian dan tambah pewarna hijau epal. 2/3 lagi biarkan seperti asal.
7.   Ambil satu senduk (sepatutnya... untuk lebih nipis tapi kita sukat satu cawan) adunan hijau epal dan ratakan dalam Loyang kek. Bakar di dalam oven dengan suhu 170’-180’ C. Gunakan api bawah selama 5 minit dan kemudian tukar kepada api atas sahaja. Bakar sehingga kekuningan.
8.    Keluarkan Loyang dari oven dan sapu permukaan kek dengan 2-3 sudu puri cempedak. Bakar lagi sehingga cempedak betul-betul kering.
9.    Ulangi proses 7 dan 8, dan untuk lapisan ketiga sendukkan adunan tanpa warna. Ulangi lagi proses 7 dan 8 hingga selesai.
10.  Akhiri dua lapisan terakhir dengan adunan berwarna hijau epal.
11.  Setelah lapisan terakhir masak, kecilkan suhu oven kepada 130-140’C dan buka api bawah selama 10-15 miniy supaya kek masak sekata.

Kalau rajin melapis nipis-nipis... jadilah hasilnya seperti di bawah ini.





11 ulasan:

Acik Erna berkata...

Amie..kagum etul acik tengok kek lapis Amie ni..cantik sangat..Amie memang pandai sangat buat kek lapis

Zulfa Zainal berkata...

Kalau dekat nak mintak sepotong utk buka puasa...😆

Zulfa Zainal berkata...

Kalau dekat nak mintak sepotong utk buka puasa...😆

Ayu berkata...

Assalam Amie,
waduh kita pasti satu rumah bau cempedak ni..
tengok hasil kerja Amie sungguh kemas!..
cantik...:)

maz berkata...

Assalamualaikum kak..
tergugatnya tgk kek lapis tu, ni bru betol3x rajin..kita xprnah buat kek yg canggih2 gini..xde kesabarn..nk dkat buat muka xmalu dh mtak 2 potng..

Fadzillah berkata...

Cantiknya kek lapis cempedak Amie ni... Buat kek lapis ni mesti kena banyak bersabar kan... Amie.

Amie berkata...

Acik,
makasih...sebenarnya tak susah mana...cuma perlukan syarat kesabaran dan ketelitian serta kesungguhan he he heee..

Zulfa,
boleh jew kalau dekat kaann...

Amie berkata...

Ayu,
sewaktu membakar aroma cempedak memang menguasai dapur..selepas dua hari baru dipotong kek tu...baunya ..alahaii...

Maz,
waalaikumussalam... pelan2 kalau nak buat he he heee... lama-lama berlapis-lapis jugak tu.

Fadzillah,
terima kasih...betul tu...memang menunutut kesabaran yang tinggi!

Feeya berkata...

Salam Kak,

Mmm sedapnya Kek Lapis Cempedak! Saya baru mula belajar bagaimana cara membuat kek lapis dengan cara yang betul. Terima kasih memberi tips2 yang amat berguna bagi saya. Adakah wood dunn dairy maid pure creamery butter boleh dibeli di Sarawak sahaja? Kakak tahu dimana saya boleh membeli Wood Dunn butter di daerah Kuala Lumpur? Terima Kasih.

Amie berkata...

Feeya,
selamat melapis.
Saya tinggal di Sabah, tak tahu pula di mana nak cari wood dunn di KL.

Feeya berkata...

Terima Kasih kerana sudi menjawab soalan saya. Namapaknya harusla saya ke Sabah untuk membeli mentega ini. :)