ADSENSE

Jumaat, 13 Mei 2016

Kari Asam Pedas Ikan Sembilang

Sebelum solat Jumaat, Fuad siap pesan...
Kalau Mommy masak lauk, jangan lupa buat yang berkuah!
Tahu dah... 
Tak payah pesan pun Mommy memang masak menu yang berkuah.
Selesai solat Jumaat, Fuad dan Fairuz meberpa ke dapur. Sayangnya kita senang menumis perencah asam pedas... tunggu hingga pecah minyak! Kemudian budak berdua tu... entah makan apa! Ada roti, ada coconut shake....
Kita dengan sabarnya menunggu sehingga perencah asam pedas benar-benar sebati! Kena masak lama sedikit untuk rasa yang lebih enak!
Sebelum ini kita pernah masak Kari Asam Pedas Ikan Sembilang dan resepinya DI SINI. Itu dulu.... sebab rajin sedikit, sebelum menjadikan ikan sembilang bersatu dengan kuah kari asam pedas, kita goreng dulu ikan itu. Tapi kali ini tidak.... sekali harung...ikan berenang dalam kuali kari asam pedas.


Penuh ruang dapur dengan aroma semerbak kari asam pedas ikan sembilang! Iyo laaa.... dah perencah asam pedas ditambah dengan serbuk kari lagi! Memang tak sabar nak tunggu masakan ni siap!

Jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan:
1 kg ikan sembilang - bersihkan dan potong ikut suka
3 sudu besar serbuk rempah kari ikan
2 biji tomato - belah 4
7 biji kacang bendi
1 batang serai - dititik
2 pelepah daun kari - lurutkan
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur 
3 cawan air
1 sudu kecil halba
perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili kering
5 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
1 cm halia
2cm kunyit hidup


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, daun kari, halba serai dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan sembilang dan masak menggunakan api sederhana panas.
6. Setelah ikan sembilang masak dan kuah kelihatan mula memekat, masukkan tomato dan kacang bendi serta daun limau purut. Biarkan seketika sehingga daun limau purut berubah warna.
7. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa /garam / gula / perasa pilihan - optional

Bila dah siap masak... tak ada kelibat Fairuz atau Fuad di dapur!
Kita intai-intai....Fuad terlentang tertidur di ruang bacaan. Fairuz terlena di ruang tamu!
Tak sampai hati nak kejutkan.
Kita pun menyelinap semula ke dapur.
Makan nasi dengan Kari Asam Pedas Ikan Sembilang.
Makan sorang-sorang aje.

2 ulasan:

Zulfa Zainal berkata...

Saya suka ikan sembilang buat asam pedas atau goreng berlado

Zulfa Zainal berkata...

Saya suka ikan sembilang buat asam pedas atau goreng berlado