ADSENSE

Selasa, 3 Mei 2016

Ikan Kerapu Kukus

Mommy tidak masak?
Barangkali melihat Amie tidak ke dapur, anak-anak cuba mengingatkan rutin masak-memasak untuk hidangan keluarga. Maklumlah, sebaik sahaja sampai di rumah, pulang dari tempat kerja membuatkan kita ingin terus merehatkan diri melepas lelah. Namun, pertanyaan yang sama hampir setiap hari dari mulut Fuad dan Fairuz, membuatkan Amie bingkas bangun menuju ke dapur, sambil di hati membisikkan….
Ya… Mommy masak!
Masaklah apa jenis hidangan sekalipun. Proses memasak akan menjadi lebih mudah dengan adanya Maggi® CukupRasa™ yang memang sudah tersedia di atas rak dapur. Anak-anak begitu berselera sekali ketika menikmati mee hoon goreng di waktu pagi dan sering berpesan supaya dijadikan bekalan untuk ke sekolah. Dan sudah tentunya mereka tidak dapat melupakan kelazatan sup jagung dan nasi ayam yang sering Amie hidangkan ketika hari minggu!
Oh! Nampaknya Maggi® CukupRasa™ kini sudah menjadi rakan baik Amie ketika di dapur! Apa tidaknya! Aroma masakan yang terbit dari bawang-bawang segar, garam, ikan bilis dan rempah yang terdapat dalam perencah istimewa ini mampu menarik langkah anak-anak dan Encik Suami untuk berkali-kali menjengah ke dapur! Pasti tidak sabar untuk menikmati setiap hidangan yang sedap dimasak!
Jom…
Kita lihat apa yang Amie sediakan untuk hidangan tengahari kami sekeluarga!


Sudah semestinya dengan menggunakan Maggi® CukupRasa™, kali ini Amie mengolah masakan ikan yang ringkas tapi pasti menggamit selera seisi keluarga. Amie gunakan ikan kerapu dan memilih masakan cara kukus untuk menghasilkan hidangan yang sihat dan penuh khasiat.


Amie menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi untuk masakan Ikan Kerapu Kukus ini. Mari kita lihat resepinya yang sangat mudah dan mungkin biasa anda masak tetapi dengan bantuan rakan dapur Amie iaitu Maggi® CukupRasa™, masakan ini akan menjadi luar biasa lazatnya!

Bahan:
1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
4 cm halia – hiris halus

Bahan untuk sos:
3 biji bawang putih – cincang
1 sudu besar seasoning sauce Maggi
1 sudu besar sos tiram Maggi
½ sudu besar Maggi® CukupRasa™
2 sudu besar  minyak
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air

Bahan hiasan:
5 biji cili padi
2 batang daun ketumbar
2 keping hirisan lemon
Sedikit hirisan daun bawang



Cara memasak:
1.   Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
2.   Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.


3. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan.
4. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
5. Kukus ikan selama 7 minit.


6.   Sementara itu, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
7.  Tambahkan seasoning sauce,  sos tiram dan bancuhan air tepung jagung  ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.


8.    Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos. Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.


9.    Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan perencah Maggi® CukupRasa™
10. Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.



11.  Hidangkan panas Ikan Kerapu Kukus dengan taburan daun bawang, hirisan cili padi dan daun ketumbar di atasnya.
12. Jika suka, boleh renjiskan jus limau nipis atau jus lemon di atasnya.



Alhamdulillah.
Selesai masak, Amie tidak perlu memanggil seisi keluarga untuk ke meja makan.
Kerana……
Aroma masakan Ikan Kukus Kerapu dengan taburan  Maggi® CukupRasa™ sudah mampu memanggil anak-anak untuk menjengah ke dapur dan terus bersuara : Oh! Mommy sudah siap masak!
Tanpa disuruh, Fuad dan Fairuz membantu menyusun atur pinggan di atas meja makan. Anak-anak dan Encik Suami nampaknya tidak sabar-sabar untuk menjamu selera dengan Ikan Kerapu Kukus yang masih panas berwap yang baru diangkat dari pengukus!

Hargailah setiap detik hidup ini terutama ketika berkesempatan untuk bersama seisi keluarga! Layanilah selera anak-anak selagi mereka masih bersama kita kerana suatu masa nanti mereka akan melangkah keluar dalam tempoh yang agak lama sama ada menyambung pengajian di tempat lain atau hidup berkeluarga. Sudah semestinya mereka tidak akan melupakan saat indah ketika bersama kita kerana kita mempunyai ‘sakti’ menghasilkan masakan yang pasti diingati mereka sampai bila-bila. Sesibuk mana pun, kita perlulah bijak meluangkan sedikit masa untuk memasak kerana segalanya akan menjadi lebih mudah dengan adanya rakan baik kita, Maggi® Cukup Rasa™ !



12 ulasan:

Liza berkata...

wowww, cantik ikan tu posing Amie,hihihi
menarik resepi ni, mst bertambah2 nasi kan..

Amie berkata...

Liza,
alhamdulillah... jemput sekali.

tun_telani berkata...

Sedapnyerrrr.... lama x beli kerapu...

ps: jd duta megi pulak kak amie ye.. hihi

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..menu sihat ni..ada MCR semua keje jadi mudah kan?

Ayu berkata...

Assalam Amie,
ya ampun..berselaranya tengok isi ikan yang fresh tuuuu
dah dapat rasa kesedapan kat tekak ni ..Oh my allah..
kecurr seh...

Kakzakie Purvit berkata...

Aduh-duh-duhh! kakak rasa macam nak duduk sama menghadap hidangannyalah Amie:)

maz berkata...

Assalamualaikum kak..
Elok utk diet ratah ikn kukus kak ni..sedappnya..

Wani Sukarno berkata...

Salam singgah kak amie

Kecur tengok , wani pulak jarang nak masak ikan kukus sebab orang tak berapa makan huu..

Amie berkata...

Tun,
he he heee.... sesekali..

Lina,
betul tu Lina... tak risau terlebih atau terkurang, cukup rasa...

Ayu,
waalaikumusaalam.... memang berbaloi kalau masak kukus guna ikan freash he heee

Amie berkata...

Kak Zakie,
jemput kak...

Maz,
waalaikumussalam... betul tu... tapi rasanya sekor tak cukup tu hihihiii

Wani,
alhamdulillah... anak-anak suka pulak bila dihidang panas...licin tak tinggal ha ha haa

Fiza Lgk berkata...

Alamak soooo tempting K.Amie. Ikan tu nampak sgt segar...ditambah pula dengan Maggi cukup rasa , mesti sedap. Terbaiklah, suka resipi ikan kukus macam ni. Resipi macam ni sedap dan cepat disediakan. Nanti bulan puasa boleh selalu masak macam ni.

Amie berkata...

Fiza,
Alhamdulillah.. dapat ikan baru naik dari laut...belum terkena ais..memang sodap..terasa segar dan manisnya!