ADSENSE

Khamis, 19 Mac 2015

Kerepek Popia Pedas .... Kudapan Musim Cuti Sekolah!

Cuti penggal kali ini kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Duduk rumah saja.... rehat-rehatkan badan, main-main dengan Firdaus dan masak apa yang ada untuk isi perut. Setiap pagi sebelum ke tempat kerja, Encik Suami belikan kami sarapan.... terima kasih Encik Suami! Jadi.... memang tak berasaplah dapur di waktu pagi! Tak adalah nak kongsi paparan menu sarapan pagi.... ahaks!

Fuad dan Fairuz pula selalu ke dapur... buka tudung saji, buka peti sejuk... tanya... Mummy masak apa? Firdaus... si kenit nan satu itu asyik memanjat sana sini, berlari ke dapur, ke ruang tamu, naik ke tingkat atas, membongkar isi almari, tolak sliding door teriak panggil anak jiran sebelah dan macam-macam lagi! Kalau Fuad hendak keluar ke perpustakaan, menangis berguling-guling nak ikut. Comelnya keletahmu duhai anak....! 
Pagi tadi, walaupun Encik Suami sudah belikan sarapan pagi, tapi Amie ke dapur juga selepas mandikan Firdaus. Teringin nak makan jemput-jemput. Buatlah sedikit jemput-jemput ikan bilis. Firdaus pula, sekejap-sekejap datang minta minum, minta itu dan ini. Dapat jemput-jemput seketul, lari semula ke ruang tamu. Dah habis jemput-jemput, minta lagi di dapur.... rasanya habis 5 ketul jemput-jemput masuk perutnya! Kuih yang Encik Suami beli, hanya seketul saja Firdaus makan.
Mmmm.... dah habis membebel pasal Firdaus, kita bebel pasal kerepek popia pedas pulak yea... ini projek malam tadi sebelum tidur. Gulung-gulung kulit popia, gunting dan goreng. Jadi, pagi ini bolehlah disira dengan sambal.

Pernah sekali Amie balik kampung beraya (entah tahun bila), Amie terjumpa kerepek popia pedas di dapur Bonda. Ya Allah! Sedapnya... sampai tak sedar Amie habiskan satu balang! Akhirnya Amie cuba buat sendiri... bukan susah kalau ada hati nak buat. Kalau kita dah biasa buat kerepek ubi, dan kemudian salut dengan sambal... kira macam itulah juga nak siapkan kerepek popia ni. Bezanya kerepek ubi itu kudapan tradisional, kerepek popia pulak kudapan moden sikit sebab guna kulit popia. Jom kita tengok resepi yang tersangatlah mudahnya di bawah ini. Kalau nak bau lebih harum... tambahkan belacan sikit dalam bahan sambal, tapi Amie gunakan udang kering. Bentuk kerepek popia tu pulak potonglah ikut suka, nak potong serong atau potong biasa.

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia saiz besar 
1 biji telur
5 sudu makan gula 
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh garam
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering

Cara:
1. Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.
2. Gunting ikut citarasa masing-masing.
3. Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
4. Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.
5. Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.
6. Masak sehingga terbit minyak.
7. Masukkan kerepek popia dan gaul rata.
8. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
 Tak susah nak buatnya kan... 

Cuti sekolah membuat kudapan,
Ingin yang ringkas enak dinikmati,
Kerepek popia mudah disediakan
Sekali makan susah nak berhenti!

7 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

sedap buat kudapan ni kak amie..x sedar habis..

isya berkata...

Mengidam ikan rebus mabung? Suka makan tapi xsuka nak siang ikan? Susah nak jumpa melainkan dikawasan berdekatan pantai? Kini kami ada penyelesaiannya.. Dengan pembelian ikan rebus mabung dari kami, anda akan dapat ikan rebus yang berkualiti gred A, isi ikan pejal dan segar, sudah siap dibuang isi perut, dan yang pasti ia sedap, bersih dan dijamin halal. 100% bumiputera.

Pelbagai menu boleh dibuat dengan ikan rebus mabung:
✅Ikan mabung rebus air asam
✅Ikan mabung percik
✅Ikan mabung masak asam pedas
✅Ikan mabung masak tauchu
✅Ikan mabung masak lemak cili padi
✅Ikan Goreng. Cepat, pantas, sedappp!

Harga promosi semurah RM8 per pack. Setiap pack mengandungi 4 ekor ikan mabung rebus gred A. Jika anda berminat boleh hubungi Ameer Jamil.

COD: Parking Lot Aeon Big Seksyen23, Shah Alam.

No. Telefon: 011-32194595
What apps only: 012-3693389

Area shah alam

isya berkata...

Mengidam ikan rebus mabung? Suka makan tapi xsuka nak siang ikan? Susah nak jumpa melainkan dikawasan berdekatan pantai? Kini kami ada penyelesaiannya.. Dengan pembelian ikan rebus mabung dari kami, anda akan dapat ikan rebus yang berkualiti gred A, isi ikan pejal dan segar, sudah siap dibuang isi perut, dan yang pasti ia sedap, bersih dan dijamin halal. 100% bumiputera.

Pelbagai menu boleh dibuat dengan ikan rebus mabung:
✅Ikan mabung rebus air asam
✅Ikan mabung percik
✅Ikan mabung masak asam pedas
✅Ikan mabung masak tauchu
✅Ikan mabung masak lemak cili padi
✅Ikan Goreng. Cepat, pantas, sedappp!

Harga promosi semurah RM8 per pack. Setiap pack mengandungi 4 ekor ikan mabung rebus gred A. Jika anda berminat boleh hubungi Ameer Jamil.

COD: Parking Lot Aeon Big Seksyen23, Shah Alam.

No. Telefon: 011-32194595
What apps only: 012-3693389

Area shah alam

Zaila Hafni berkata...

Senang je rupanya ye nak buat popia sambal ni... selama ni tau makan je.. ngap2 habis hehe

kasihilmar.com berkata...

Salam Amie, kerepek popia goreng always my favourite... bila dah mula makan tak boleh berhenti hinggalah habis. :)

syafieza stelleto berkata...

Tahan lama x?nk wt tp tkot cpt lemau

syafieza stelleto berkata...

Tahan lama x?nk wt tp tkot cpt lemau