ADSENSE

Selasa, 31 Mac 2015

Jom Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin Sama Petai

Hari Ahad lepas, kawan Fuad datang ke rumah bawa ikan patin. Waktu itu Fuad tidur, jadi Fairuz yang sambut bungkusan ikan itu di pagar. Kata Amirul, kawan Fuad itu... ini ikan patin sungai, hasil pancingan. Amirul ini.... macam tau-tau saja Fuad suka makan ikan patin! Sampai 3 ekor dibawanya. Dan memang benar... bila Amie bersihkan ikan tersebut, terjumpalah biji kelapa sawit yang masih bersabut dalam perut ikan tadi. Teringat zaman baru kahwin dulu... Encik Suami selalu bawa ke Sungai Segama memancing ikan dengan menggunakan biji kelapa sawit sebagai umpan! Sekarang... bila Amie ajak Encik Suami pergi memancing, katanya... tak ada ikanlah... ikan dah habislah.... tak ada masalah... bla..bla..blaaa! Memang betul... kami kekurangan masa untuk menikmati suasana seperti itu, bersantai-santai di tepi sungai, melempar joran dan menunggu mulut ikan lampam atau ikan patin meragut umpan!
Pada hari yang sama juga, sebelah petangnya adik ipar Amie datang ke rumah, dan dibawanya petai! Jadi, petang ini Amie olah ikan patin bersama petai untuk dijadikan lauk hidangan makan kami... Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi Sama Petai! 

Terima kasih Amirul atas pemberian ikan patin, dan terima kasih buat Pak Uda & Mak Uda atas pemberian petai yang dibawa jauh dari Tawau. Alhamdulillah, kedua-duanya menjadi satu kombinasi hidangan yang sungguh enak!

Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin seberat 900 gram - bersihkan dan potong 5 bahagian - perap seketika dengan perahan jus limau nipis - cuci bersih dan toskan
1 helai daun kunyit - siat-siat
3 papan petai - ambil isinya
7 biji tomato ceri
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
400 ml santan cair
200 ml santan pekat 
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
20 biji cili padi kampung
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit

Cara:
1. Masukkan bahan tumbuk, dan serai bersama santan cair ke dalam periuk.
2. Didihkan dan kemudian masukkan ikan patin.
3. Tambahkan santan pekat dan masak hingga kuah mula mendidih. Kacau kuah perlahan-lahan sehingga ikan masak.
4. Masukkan tomto ceri, petai, daun kunyit, garam / perasa pilihan secukupnya.
5. Padamkan api dapur.

Jemput makan....

5 ulasan:

IXORAROXI berkata...

hi Kak amie
sedapnya
kalau sudi nak order brooch visit ix eikk

lia ummiirfan berkata...

sedap amie.. pandai amie masak.. lia tak pandai masak ikan patin ni. huhu.. tapi Sabtu lepas gi makan kat satu kedai ni, ikan patin masak tempoyak.. sedapnyaaa...! :))

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Masya'Allah.. ini memang lauk orang kampung.
- dengan ikan patin.. dengan petai.

Mmg terbaik.

Rohah berkata...

Enak bangeti kuwi, urap2 Karo sego, okey nyampluk ey

Yana Shaiful berkata...

sedapnyaa Kak Amie..ikan patin fresh lg..nyummnyummm..