ADSENSE

Isnin, 16 Mac 2015

Ikan Patin Goreng Berempah.... Kenangan di Madinah al-Munawarah.

Tiba-tiba teringat ikan patin goreng yang Amie temui di salah sebuah restoran Pakistan di Madinah al-Munawarah....
Ketika itu Amie bersama anakanda Farid meninjau dari sebuah restoran ke sebuah restoran yang lain berhampiran hotel tempat kami menginap. Bonda kurang sihat, dan kurang berselera untuk menjamah hidangan yang disediakan, sebab kata Bonda lauk-pauknya pedas-pedas belaka. Kami pun faham... banyak hidangan berasaskan kari, tentu perut Bonda tak berapa selesa.

Kami ingin mencari lauk yang lembut dan mudah dikunyah. Setelah membeli sebungkus nasi putih dengan harga 5 rial dan setelah beberapa kali merenung longgokan ikan goreng yang masih panas,  kami putuskan untuk membelinya. Waktu itu jam menunjukkan angka 9.30 pagi. Rasa lega sangat sebab dapat belikan Bonda lauk dengan nasi, jadi tidaklah kami bimbang Bonda kelaparan sekiranya kami balik lewat dari Masjid Nabawi nanti.

Sampai sekarang, masih teringat-ingat ikan patin goreng yang kami beli. Bukan mudah nak dapat lauk ikan di sana. Pada mulanya kami tak tahu ikan jenis apa... sebab kepingannya agak besar, dan sekeping berharga 10 rial. Kalau ikut harga di tempat kita sekeping tu harganya RM9.60 sen sebab waktu Amie tukar RM dengan rial sebelum ke sana, nisbahnya RM100 = 96 Rial.

Ini dia ikan patin goreng yang kami belikan untuk Bonda. Memang rasa sangat sedap sebab terlalu rindu dengan ikan goreng terutama yang masih panas! Apalagi... bila terbau aromanya yang menggoda! Terpandang pula jintan manis yang terlekat pada ikan goreng patin itu, sampai sekarang tak boleh lupa!

Bonda suka meratah timun yang dihidangkan di dewan makan, jadi Amie belikan timun ini untuk Bonda. Tak ingat dah berapa rial harganya. 
Wokeeeyyy... ini ikan patin goreng cara Amie. Ada jugalah iras-iras ikan patin goreng yang dijual d restoran Pakistan di Madinah tu... dan sudah semestinya Amie bubuh jintan manis yang tak mungkin Amie lupakan ...he he hehhe.

Bahan-bahan:
1 kg ikan patin - bersihkan - potong 5 bahagian
minyak
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh garam
1 sudu makan serbuk kari ikan
3 sudu makan tepung beras

Bahan tumbuk:
2 cm halia
2 ulas bawang putih

Cara:
1. Ikan patin dibiarkan dalam keadaan basah selepas dicuci.
2. Gaul dengan serbuk kunyit, garam, bahan tumbuk dan tepung beras.
3. Goreng hingga masak.


5 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Salam k.amie.. rindunya kat tanah suci... semasa di mekah hr tu setiap minggu ada pihak TH sediakan menu ikan patin goreng bercili. Ikan lain takde. Tapi di madinah jumpa juga ikan goreng, di rumah makan Indonesia dekat2 area Hilton madinah. Dapat juga le mengubat rindu mkn nasi panas dgn ikan goreng... he he

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Salam amie... alhamdulillah menjadi tetamu Allah di tanah suci.
arhh... sedapnya ikan patin tu... kalau dulu MaDiHaA kerap menolak jika diajak mkn ikan patin. Tapi skrg jika tau ianya ikan patin yang dibeli di sangkar memang takkan tolak lagi... sedap sgt isi ikan patin masak apapun sedap kan amie...

lia ummiirfan berkata...

wow! sedapnya ikan patin goreng berempah! :)

Amie berkata...

Puan Hazel,
ya di Mekah pun kami jumpa ikan patin goreng, begitu juga semasa di Madinah, rupanya di sana ikan patin jadi pilihan sebab dari hotel Mekah & Madinah sampai ke restoran pun cuma ikan patin saja yang kami jumpa.

Madiha,
terima kasih Madiha. Macam-macam boleh kita olah ikan patin... tapi yang paling Amie suka tentulah patin masak singgang! Simple tapi sodap!

Lia.
cuba2 saja ni Lia... alhadulillah.

inahar ali berkata...

wah..ikan patin ni feveret cikabe kita..huhuu! Nanti akak nk try resipi kek kukus buah amie lak..nmpak menarik lg tertarik! yummyyy!