ADSENSE

Isnin, 2 Mac 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 10) : Perjalanan (II) Dari Pondok Timpohon ke Laban Rata

Teman-teman yang lain meneruskan pendakian....  walaupun keletihan sudah terasa, namun berbekalkan semangat dan harapan untuk menawan puncak Kinabalu, mereka tetap teruskan langkah kaki... biar pun terasa berat, amat perlahan... namun terus pandang ke hadapan kawan-kawan! Ayuh!
(Gambar-gambar Dominican Hikers adalah ehsan rakaman dari kamera dan telefon bimbit rakan-rakan ekspedisi).
Sementara menunggu Nano dan Bell muncul, jom kita ekori kawan-kawan yang lain....

Wadeeehhhh.... nampak letih tapi jelas semangat mendaki terpancar di wajah masing-masing! Good job brader Ramlee... Faiz, Darwisah, Jamasri & Fauzan!


Ini dia tongkat untuk mendaki... tongkat bukan sebarang tongkat! Ada waktunya menjadi tongkat sakti. Betulkah Ramlee?

Tu diaaaa.... tongkat sakti sedang berfungsi!
Boleh Ramlee bantu tarik Cynthia! 
Apahal dengan tongkat kamu itu Jill..... jadi kaki tiga ya!


Wokeeeyyyy.... senyum... jangan tak senyum Azman! In shaa Allah segalanya akan berjalan lancar!

Dan kita kembali semula ke trek kami yang telah lama ditinggalkan kawan-kawan....
Selepas meninggalkan Pondok Ubah, Amie meneruskan perjalanan sehingga ke Pondok Lowi. Oh... ya... Pondok Ubah mendapat nama sempena nama pokok jambu hutan yang menjadi makanan tupai serta lotong merah  atau dikenali sebagai 'maragang' di kawasan ini.  Dalam perjalanan yang asyik terhenti-henti mengambil gambar itulah akhirnya Amie terpandang Nano sedang mengiringi Bell di belakang! Bell kelihatan pucat. Membisu seribu bahasa, tapi terus melangkah perlahan-lahan.

Kenapa lambat sampai Nano?
Bell kata jantungnya....
Kenapa jantungnya????
Dia kata degupan jantungnya kuat... berdebar kencang!
Haaa... jadi?
Nano menggerakkan kedua belah bahunya sebagai jawapan.
Oh! Nano begitu mengambil berat tentang Bell.... setianya Nano mengekori setiap langkah Bell. Bell berhenti, Nano ikut berhenti.
Bila Amie tanya, kenapa tak terus jalan... bukankah Bell ada Joe (mountain guide yang mengiringinya). Ini jawapan Nano:
Macamana.... tak kan saya nak tinggalkan Bell sorang-sorang.
(Dan di belakang Bell terus mengekor Malim Gunung yang merangkap porter membawa barang-barang kami hingga ke Laban Rata.)



11:22 pagi di Pondok Lowi... Nano berehat sebentar sementara menunggu Bell tiba. Apa kata kita tambah sedikit ilmu pengetahuan selain cerita mendaki....
Adapun... Pondok Lowi ini, tempat Nano hendak bersandar di tiang itu (seluar biru membelakangkan kamera) dinamakan sempena nama periuk kera 'Nepenthes lowii' yang boleh ditemui di sekitar kawasan ini. Perkataan 'lowii' diambil daripada nama Sir Hugh Low, orang yang pertama direkodkan mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 1851. Kawasan ini terbentuk daripada batuan jenis metamorf. 
Sepanjang pendakian melalui kawasan ini kita akan melihat pemandangan dari pelbagai jenis tumbuhan, yang namanya juga diambil sempena nama Sir Hugh Low.... terutamanya perkataan 'lowi'

12.29 minit pagi... kulihat Bell dengan tongkat di tangan kirinya, dan dengan penuh usaha meneruskan pendakian.
Bell... kuat sungguh semangatmu!
Seringkali kuterlihat Bell menghentikan langkahnya.... merenung jauh ke hadapan, dan kemudian mengatur semula langkahnya. Itulah yang dilakukannya sehinggalah......

Bell tak ada tenaga.... tak mahu minum, tak mahu makan, beritahu Nano.
Bell mengadu pening... nak muntah!
Dan Nano dengan penuh sabarnya memujuk Bell untuk makan sedikit bekalan yang dibawa. Dikeluarkannya roti... dikeluarkannya kacang! 

Oh!....

Sementara itu, mari kita terus tambah ilmu pengetahuan tentang Gunung Kinabalu ini. Selepas melewati Pondok Lowi, anda akan sampai ke Pondok Mempening pula. Nama mempening ini diambil sempena nama pokok mempening atau oak yang berkeluarga dengan fagaceae.

Sampai di sini anda akan merasa perubahan suhu yang semakin sejuk. Untuk pengetahuan semua juga, suhu akan menurun sebanyak 1'C setiap pendakian sejauh 100m julat ketinggian (altitud). Jika dibandingkan dengan kawasan rendah dan tinggi, catatan jumlah hujan pada ketinggian ini adalah paling tinggi...

Itu sebabnya Bell rasa pening, rasa ingin muntah... sebab semakin lama oksigen semakin berkurangan!

Dan itu sebab juga....... adakalanya terdengar tiupan angin menderu dengan kuat, suasana tiba-tiba berubah suram, berkabus dan angin meniup dingin!

Jenis batuan disini masih terdiri dari jenis metamort, dan jika anda bernasib baik anda akan temui katak!

 Kami jumpa banyak tupai jinak!
Ada dua jenis tupai di sini.... Tupai Tanah Hitam dan Tupai Tanah Kinabalu. Tak tahu apa jenis tupai yang kami temui ini.


Rupanya sebelum kami tiba, Azman sudah jamu tupai-tupai di sini!
Ketika ini... mungkin Azman dan kawan-kawan yang lain sudah tiba di Laban Rata!


Sementara menunggu Nano mengiringi Bell, Amie sempat tangkap gambar periuk kera yang berhampiran trek.

13:29 minit petang....
Nano dengan semangat setiakawannya terus mengiringi Bell. Dibawanya bungkusan makanan Bell.... yang akhirnya Amie dan Nano yang habiskan... dan bukannya Bell, sebab Bell tiada selera!
Ada ketikanya Nano di hadapan, Bell di tengah sementara Amie di belakang Bell. Kebanyakan masa Nano berada di belakang Bell, dan Joe... mountain guide terus mengiringi.
Amie berjalan mendahului mereka.... , tapi bila terkenangkan suara Nano : Macamana... tak kan saya nak tinggalkan Bell sorang-sorang!
Dan Amie pun memperlahankan langkah, atau duduk seketika di tepian trek. Kemudian bila terpandang Nano dan Bell, Amie melangkah lagi sehinggalah sampai ke Pondok Layang-Layang. Pondok Layang-Layang ini mendapat nama sempena burung layang-layang yang kerap kelihatan di sini. Tumbuhan yang mampu hidup di sini termasuklah pokok sayat-sayat dan pokok konifer tirus dan konifer jenis primitif yang beranting leper dan daunnya tajam seperti jarum.

Jalan perlahan-lahan lagi.... dan tiba di simpang ini pada pukul 2.26 petang. Di sini Amie terjumpa beberapa orang pendaki yang memilih trek dari Mesilau. Nampaknya untuk sampai ke Laban Rata, kami perlu mendaki sejauh 2km lagi!


 .... dan pendakian diteruskan.




Ketika ini hanya terjumpa beberapa orang pendaki sahaja....



Sesekali menoleh ke belakang... elihat jejak yang ditinggalkan!
Laluan semakin mencabar...
Laluan batu kuning!

Kebanyakan waktu di sini.... hanya Amie seorang diri.
Sunyi.
Sepi.


Oh....!


Sekali lagi Amie berhenti rehat....
Jam menunjukkan angka 2.35 minit petang.
Air mineral sudah habis!
Nano dan Bell serta Malim Gunung belum kelihatan!
Alam sekitar mula berkabus! Amie toleh ke belakang berkali-kali.... berharap Nano & Bell akan muncul. Tapi yang muncul pendaki lain....



 Pendaki ini berusaha sepenuh tenaga memanjat batu-batu gunung....
Jam menunjukkan angka 2.44 petang!
Kabus di mana-mana....

Bersambung....




3 ulasan:

Ita Rossi berkata...

Amie...laluan di batu kuning ini buat ita dan kawan2 'terleka'. Pemandangan yg cantik dan berkabus kadang2 menyeramkan. Berani Amie sorang2 di laluan itu. Ada cerita yang kami ketahui setelah turun dr MT KK. Kalau pergi lg harus beringat2 di laluan ini. Apa2 pun semangat nak mendaki lagi tak pernah pudar.

nasa mulia berkata...

kawasan batu kuning itu memang cantik....akibat perubahan suhu dengan oksigen juga saya dulu pun sampai panar laban termuntah2 & dah terfikir tak nak naik ke puncak pagi esoknya...

Amie berkata...

Ita,
memang lalu sorang-sorang, tapi sekali-sekala ada pendaki lain dan juga mountain guide lalu di situ..., dan memang ada kalanya tiada sesiapa di belakang atau di depan, tu pasal saya perlahan & berhenti tunggu Nano & Bell.

Nasa,
syukurlah saya tak rasa pening atau nak muntah... cuma laparnya ya ampun!